Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Masa terbaik untuk memberi anak makanan pejal bermula pada usia 6 bulan atau bergantung kepada kesediaannya.kerana ada sesetengah bayi mula mengambil makanan pejal sebelum usia menjangkau 6 bulan.Anda sepatutnya memperkenalkan makanan pejal kepada anak secara berperingkat. Ketahuilah bahawa makanan bayi yang disediakan sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk anak kerana segar dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet.Pemilihan bahan yang digunakan untuk memasak makanan bayi harus dititik beratkan agar makanan yang disediakan adalah berkualiti.
6 bulan
Tekstur makanan : Puri yang halus/makanan yang diblander
Minuman: Susu ibu.
Makanan yang dicadangkan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam dan lobak merah.
Perlu dielakkan: Garam, gula, produk tenusu, telur dan kekacang.
8 bulan
Tekstur makanan: Puri yang sedikit kasar/makanan yang dilecek
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan dan sayur-sayuran.
Perlu dielakkan: Garam, gula, susu lembu segar, organ dalaman haiwan, kekacang dan putih telur.
10 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan ayam.
Perlu dielakkan: Garam, gula, putih telur, kerang-kerangan, kekacang dan cili.
12 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar
Minuman: Susu ibu atau susu formula, air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan
Makanan yang dicadangkan: Sayur-sayuran, buah-buahan, makanan berprotein dan bijirin.
Perlu dielakkan: Garam dan gula yang terlalu banyak, cili dan kerang-kerangan.
Bersama-sama ini ada beberapa cadangan agar memperkenalkan makanan pejal kepada bayi anda lebih mudah:
- Ikut kehendak bayi anda. Bayi perlu belajar untuk menggerakkan makanan daripada lidahnya ke tekak dan kemudian menelannya.
- Berikan makanan dalam kuantiti yang bersesuaian. Jangan memaksa anak makan terlalu banyak kerana saiz perutnya sangat kecil.
- Sentiasa pastikan anda berada di sisi anak ketika dia sedang makan bagi memastikan dia tidak tercekik.
- Jangan memaksa anak untuk makan. Bayi tahu berapa jumlah makanan yang mereka perlukan. Biasanya mereka akan menolak makanan yang anda suapkan apabila sudah kenyang.
na ibu2 baca ni..hehehe...tq kak
ReplyDelete