Monday, February 11, 2013

Dah nak mati,baru nak jengah!


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Penatnya......penat sangat..baru balik kerja..pesakit pula macam cendawan tumbuh lepas hujan.biasalah lepas hari raya cina ni..
Baby dalam perut pun rasa menggelepar penat juga..terasa bagai dia menjerit..
" ummi....penat ni"
hehe..bab ni tipu je..

cuma terasa sakit pinggang je...buat kerja macam orang tak mengandung je..angkat pesakit yang berat-berat tu..fuh!! nak patah pinggang..tapi masa buat tu dah tak sedar,memikirkan pesakit je masa tu..

okey,kita masuk pada cerita utama..aku nak cerita pasal seorang pesakit aku hari ni..langsung tiada orang yang menjaga dia..dari mula aku masuk kerja,mak cik tu asyik memanggil nama cucu dia.kesian pun ada sebab matanya dah tak nampak..jam 4 lebih dia minta nak makan nasi..tapi yang ada cuma biskut dengan air susu sahaja..tetapi dia tak nak..terus-terusan memanggil anak dan cucu dia sahaja.puas dipujuk..

aku telefon anak dia supaya datang..sekurang-kurangnya mak cik tu ada teman.tapi,aku terkilan..jawapannya..
"tengoklah petang-petang nanti kalau ada yang nak pergi" 
terus aku letak telefon sebab aku takut kalau lagi lama aku dengar,lagi sakit hati jadinya..

lebih kurang jam 5 petang..mak cik tu dah tak bersuara..fikir aku tidur agaknya..tapi memanglah aku tak sedap hati..pergi kejutkan dia..tapi mak cik tu tak ada respon..lantas aku check tekanan darah dan check paras gula..tekanan darah rendah sangat..74/24 sahaja..so,inform lah doktor..doktor datang dan buat apa yang patut..katanya mak cik ni dah tenat..jadi aku call family dia sekali lagi..aku cakap doktor nak jumpa dan kena datang segera..

Eh,bila dah datang..ramai..penuh sekeliling katil..tadi macam takde sangat yang nak datang..aku merungut dalam hati..
lepas tu siap tanya lagi agaknya bila mak cik ni nak 'pergi'...Astagfirullahalazim...
tak ada ke mereka terfikir macam mana agaknya mereka bila hampir dijemput pergi nanti??
sedih betul aku rasa bila keluarga sendiri buat mak cik tu macam orang asing...aku kalau boleh tak nak menjadi saksi sebuah kehilangan yang ahli keluarganya sendiri pun tiada..

sedarlah,nanti kita punya turn,belum tahu siapa yang ada...

Ibu bapa tanggungjawab semua. Perkara ini diterangkan di dalam al-Quran. Sesiapa yang melawan atau menderhaka pada ibu bapa tidak akan mencium bau syurga.itu baru melawan perintah atau suruhan. Kalau ada yang sanggup mengabaikan ibu bapa hingga melepaskan tanggungjawab dengan menghantar mereka ke rumah orang tua atau kebajikan, sudah pasti dosa itu lebih besar


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

5 comments:

  1. eee..geramnya dengar cerita ni....

    ReplyDelete
  2. Ya allah, syahdunya baca ni... Ibu kita tu... nak kejar dunia pun janganlah sampai melupakan jasa si Ibu yang telah melahirkan kita ke dunia yang sementara je ni..

    ReplyDelete
  3. hmm rasa sedih.tu la hakikatnya kan,bila dah tak diperlukan.tapi kita pun tak tau apa masalah antara mereka.tapi bila dah hujung2 nyawa.. biarlah amik yang jernih sahaja

    ReplyDelete
  4. Salam..zaman sekarang anak2 tak takut dosa,tak ingat dunia akhirat..mana pahala mana dosa pun dah tak tahu lgi..sedih baca kisah nih

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE