Tuesday, November 13, 2012

Misi Pocong!!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Hari ini aku cuti..yes! saja nak bagitau nak kasi jeles..hehe
penat rasanya bekerja untuk beberapa hari yang lepas..semua pesakit bed ridden..dan yang suka melaung kalau sakit..
tak nafikan,hanya dia yang tahu bagaimana rasanya..tapi yang melalak dan meraung yang bukan-bukan tu aku agak tak suka la..

Tapi,dah tugas aku..harus bersabar..
aku baru habis kerja malam..malam pertama tu kawan aku yang incharge..aku membantu apa yang termampu..semua berjalan dengan lancar
hinggalah pada paginya..perlu ambil spesimen darah..ada la seorang pesakit tu..sepanjang malam tak tidur.asyik menangis..nak balik..dan meraung sahaja..

kawan aku tu cucuk lah dia..masa tu aku membantu dia pegang tangan pesakit tersebut..ditariknya tangan.sambil cakap
"misi jahat!! misi pocong!! asyik sedut darah aku je...pocong!!"

Aduh!! aku belajar jadi misi 3 tahun..tiba-tiba dapat pangkat baru..pocong...haha
tapi aku tak kisah sangat...dah perangai dia macam tu..
apa sahaja yang dapat kita bantu kalau semua pesakit macam tu..

dan malam besoknya aku yang incharge...pagi itu aku yang kena ambil spesimen darah..lepas kena ceramah sekali,pesakit tu dah senyap dan aku dapat ambil darah dengan selamat..hehe,..niat aku baik tau..kalau tak buat macam tu,memang susahlah..

p/s: compliant lah pada rawatan untuk kesan yang terbaik


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

4 comments:

  1. Pocong cuma aktif waktu malam, tapi misi pocong kerja syif siang dan malam...hehehehe...

    ReplyDelete
  2. haha samakan nurse dgn pocong. tak pnh d buat org

    ReplyDelete
  3. hahaha..misi jahat!!tapi comel..ehh? :p

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE