Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
Hari ini hari yang cukup penat bagi aku...sebab perlu cover untuk hantarkan pesakit ke Jabatan Radiologi bagi temujanji MRI dan CT TAP..
pesakit tu sakitnya NPC (Nasopharyngeal Cancer) memang dah tak boleh lying flat..memang dekat wad pun dia sentiasa berada dalam prop up position.
Nak dilengkapkan cerita,MRI dan CT TAP adalah prosedur yang memerlukan pesakit baring flat dan akan masuk dalam terowong.Bagi prosedur MRI,mengambil masa selama 1jam..lebih kurang lah.kalau CT TAP tu sekejap je..dalam 10-15 minit.
sebelum masuk tu dah satu hal nak suruh pesakit baring flat..pesakit tu memang dah nampak lain masa tu..sebab memang tak boleh nak baring macam tu..agak-agak macam semput je..aku dengan selamba je cakap pada doktor tu..minta supplykan oksigen..sebab takut pesakit tiba-tiba SOB...memang naya aku..
Then...masuklah pesakit tu ke bilik MRI...segalanya berjalan lancar sehinggalah 31 minit kemudian..pegawai Radiologi tu panggil..SPO2 pesakit tiba-tiba drop...aku dah agak dah! 85% tu pun under oksigen 3liter nasal prong.
kitorang keluarkan pesakit tu dari situ dan kami diarahkan untuk ke Radiologi department...sebab MRI cancelled..diorang tak berani nak teruskan prosedur tu.
ok,aku pun tolak lah pesakit tu dengan PPK yang menemani aku ke Radiologi Department..sampai je dekat kaunter..terus minta staff sana supplykan oksigen untuk pesakit..
selepas doktor tengok,dia tanya aku samada nak teruskan prosedur atau macam mana..aku cakap,aku tak berani nak teruskan dengan SPO2 drop,BP drop..lepas bincang-bincang..aku cakap nak bawa pesakit ke A+E..(kecemasan) sebab doktor di situ macam tak tahu nak buat apa memandangkan pesakit tu bukan under hospital mereka.
Aku cakap aku tak kira...nak juga pesakit tu dihantar ke A+E sebab aku tak nak bawa balik pesakit dengan keadaan BP dan SPO2 drop...sekurang-kurangnya sudah distabilkan.Then,tolaklah kami ke Resus Zone...
Alhamdulillah sebab staff disitu layan kami dengan baik..mungkin sebab ketika itu tidak ramai pesakit..
Bila doktor disana check..diorang pun dah tak boleh nak buat apa-apa memandangkan pesakit itu sudah pun DIL NAR..dan kami diminta membawa pulang pesakit tu ke hospital kami..
sempat lagi doktor disana bergurau..
"kalau apa-apa jadi dalam ambulans..korang tengok je ya..."
Kami balik dengan hati yang gundah..takut betul..2 minit sekali check BP...haha..tapi pesakit tu nampak ok..GCS full...Ambulans pun dah bertukar jadi roket..aku dah mabuk-mabuk laut bila sampai dekat hospital kami..maklumlah..dentuman demi dentuman kami lalui..fuh!! mahu tercabut kepala rasanya..hehe
Dah serik nak hantar kes..aiyoo..selalu sahaja pesakit yang aku hantar..akan mengalami situasi yang sama..
masa tu rasa macam perut nak terburai..takut sangat!!
harap-harap lepas ni dah tak kena macam ni..tapi.....esok dan lusa oncall...waaaaa....tak nak! tak nak!
mimpi ngeri!
p/s: mood: nak berhenti kerja...haha
Haha . Pengalaman yang best nie . Jangan berhenti kerja . Rugi !
ReplyDeletebest tapi menakutkan...:)
Deletewuuu kalau sy mesti dah panic sangat
ReplyDeletehehe...tulah..tadi pun panic gak..:)
Deletehuhuhu^^ nk bt cmne kan..keje nursing mmg gtu..
ReplyDeleteTulah shida..kalau hari-hari macam tu..memang naya.hehe
Deletewalaupun tak berapa nak faham dengan istilah2 perubatan nie.. gua cuba jugak imaginkan dia.. memang cuak kot yelah hal nyawa kot. So gua memang tak layak jadi nurse. silap2 gua yang out sat g. :P
ReplyDeleteHaha..tulah aida..
Deletejgn berenti..susah nk cri org yg sgt bertanggjwb sperti anda
ReplyDeleteHurm..kalau berhenti,tak tahu nak buat apa lepas ni.hehe
DeleteKerja membantu menyelamatkan nyawa org memang sangat mencabar..Nanti bila dah jadi sister tak payah dilambung van ambulan lagi...
ReplyDeleteNak juga jd sister..hehe.belum ada rezeki
Deletedugaan ...kan..
ReplyDeleteBetul.
Deleteakak ni doktor ke? banyak term yang azie tak paham. hihi
ReplyDeleteTaklah azie,nurse je.
Deletepanic tapi mesti best kan.. tak suke bile buat MRI, sebab bunyi bising walaupun pakai lagu kat telinga..heheh..*byk kali buat..bosan..sigh*
ReplyDeleteBetul tu maya..tp nk buat mcm mana,kena tahan le.hehe
Deletehaish..jangan berhenti kerja..terus berbakti kepada manusia.kerana itu adalah satu pekerjaaan yang sangat2 mulia... :)
ReplyDeleteBest kalau semua orang fikir macam tu.
Deleteteruskan kerjaya kamu tu dengan keyakinan,keberanian,dan semangat yang kental dear :)
ReplyDeletetahniah kerana telah berjaya menangani dan menghadapi situasi itu :)
Thanks arina
Delete
ReplyDeletesgt mncabar ^_^
tp pngalaman yang tak ternilai ... ;)
Betul tu azzwa
DeletePergh mencabar betoi na kerja Arra ni...Sabaq tau jgn berhenti keja tu,,
ReplyDeleteMencabar sebab kebanyakan masa melayan kerenah orang
Deletesabaq naa..ada ganjaran dia tu :)
ReplyDeleteYup.tq.:)
Deletebukan mimpi tapi realiti (:
ReplyDeleteYeah
Deleteuih..
ReplyDeleteawat doktor banyak tanyak kt jururawat?
bukan sepatutnya situasi tu terbalik ke??
banyak sungguh guna technical term.. @_@
Sebab dr hospital lain.2lah diorang susah nak buat keputusan.:)
DeleteAlaa..kenapa nk brhnti. Awk kena brsyukur awk org trpilih utk buat kerja mulia mcm ni. Adventure laaa.
ReplyDeleteDil Nar tu apa? Boleh terangkan dengan lebih lanjut tak?
ReplyDelete