Wednesday, November 14, 2012

Kuih Lapis 3 layer



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Petang-petang,hujan macam ni sedap juga kalau buat kuih..dah lama juga dapur tak berasap dengan kuih muih ni.asyik nasi saja kadang-kadang naik bosan juga kan??
jadi,dengan bersemangatnya aku turun ke dapur untuk melaksanakan hajat aku yang kempunan sangat nak makan kuih lapis..

Tadaaaaa!!! baru masuk ke dapur,dah siap ni haa...hehe..(tipu jer..)
dari jam 4 tadi lagi duk buat ni ha..ni baru saja siap..nak santap lah pulak..


cantik tak?? hehe..
cuma lakukan variasi untuk tarikan sikit...anak aku ni kurang makan,jadi...kalau tak sedap pun at least nampak cantik..
tapi,dah berpinggan-pinggan dia angkut keluar...sedap lah tu kot..

nak buat juga??meh aku kongsikan resepinya ya..

Bahan-bahan

1. 2 cawan tepung beras
2.1 1/2 cawan tepung gandum
3. 2 sudu besar tepung ubi kayu
4.400ml santan
5.600ml air
6. sedikit garam
7.1 cawan gula pasir..boleh tambah kalau nak lagi manis..
8.1 sudu teh esen vanilla/perisa pandan
9. 3 jenis pewarna

Cara-caranya

campurkan semua bahan di atas kecuali pewarna
bila dah sebati..tapiskan ke dalam 3 buah bekas yang berlainan dan masukkan warna..


sementara campurkan warna tu..panaskan kukusan anda..
kemudian masukkan satu warna ke dalam bekas untuk mengukus


tunggu sehingga 5 minit sebelum masukkan layer yang kedua..dan begitu juga seterusnya.


bila dah masukkan semua layer..tudung dan kukuskan untuk 10-20 minit lagi supaya kuih lapis itu benar-benar masak..

bila dah masak...tunggu sehingga sejuk sebelum dihidangkan..
nak makan masa panas-panas pun boleh...terserah pada korang..

p/s: antara kuih yang digemari selain kuih koci,kuih peria,kuih bakar..dll..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

3 comments:

  1. cntik kuih..1st time bt kuihni ms mertua dtg umah..ye yang ajr..:P

    ReplyDelete
  2. Wahh.. Dah lama tak makan kuih lapis. Meleleh air liur tengok. *lap air liur jap* hehe. Baguslah share resepi.. HAHA

    ReplyDelete
  3. comel nyer...nak makan pun rasa macam sayang nye...



    klik nuff kat sini

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE