Bagaimana rasanya anda melihat gambar ini?? sungguh aku tidak sanggup!
kanak-kanak sekecil ini dijadikan mangsa mereka-mereka yang rakus dalam mengejar keduniaan..
mungkin mereka boleh tidur malam tanpa merasa resah..mereka bergembira apabila bom-bom mereka mengenai sasaran..
malah boleh bergembira mendengar jeritan dan tangisan mereka yang kehilangan insan tersayang..
Hanya doa yang mampu dikirimkan mengiringi perjuangan saudara seislam di semenanjung Gaza..
biarpun jauh..terasa peritnya dihati mengenangkan penderitaan yang mereka alami sepanjang hari..
dengan bunyi bom,tembakan..bagaimana mereka tidur?? bagaimana mereka makan??
malah menahan kesakitan sebegitu rupa?
menitis air mata menyaksikan dan mendengarkan berita tentang mereka..ada sahaja nyawa yang melayang setiap hari..
Tabahlah wahai saudaraku...tempatmu di Syurga...
penindasan dan kekejaman mereka yang berterusan di bumi Gaza harus menginsafkan umat islam di Malaysia supaya tidak lagi leka..apatah lagi bertelagah sesama sendiri.
GAZA CITY 18 Nov. - Serangan udara Israel ke atas bahagian tengah Gaza, hari ini menyebabkan 10 orang terbunuh, termasuk enam kanak-kanak Palestin dan tiga wanita, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121119/lu_07/Israel-terus-bedil-Genting-Gaza#ixzz2CgGAbrVP© Utusan Melayu (M) Bhd
Kesian rakyat Gaza...dan kita rakyat Malaysia hanya dpt berdoa. Doakan juga agar kerajaan kita menghentikan dagangan dgn Israel, beberapa bulan lepas juga kapal Israel berlabuh di Port Kelang. Setiap wang hasil dagangan Malaysia dgn Israel pasti akan digunakan mereka utk membeli peluru membunuh rakan seagama kita. Berdoalah....
ReplyDeleteaduhai,,kesiannyer..
ReplyDeletesedihnya...
ReplyDeletehuhuhu..xsggup tgk ;(
ReplyDelete