Potensi Infeksi berkait dengan Pertahanan Badan yang Lemah, cecair yang Berlebihan.
Objektif:
Infeksi dapat dielakkan dengan tiada tanda-tanda infeksi seperti peningkatan suhu badan.
1. Lakukan pemerhatian tanda vital 4 hourly untuk mengesan sebarang perubahan yang menandakan pesakit mengalami infeksi.
Contohnya : peningkatan suhu badan.
Rasional : peningkatan suhu menandakan berlakunya infeksi.
2. Beritahu pesakit supaya menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan infeksi.
Contohnya : mandi setiap hari.
Rasional : jika tidak menjaga kebersihan, risiko untuk mendapat infeksi lebih tinggi.
3. Nasihatkan pesakit supaya memberi perhatian pada jagaan kulit.
Contohnya : jangan garu, sapu losyen, dan elakkan kecederaan.
Rasional : pesakit mengalami edema dan menyebabkan kulitnya mudah tercedera. Jika tercedera, risiko mengalami infeksi lebih tinggi.
4. Amalkan standard precaution dan teknik aseptic dalam merawat pesakit, serta menjalankan perawatan dengan lemah-lembut.
Contohnya : semasa menukar cadar, elak menarik kainan dengan kasar dan kuku jururawat hendaklah sentiasa pendek.
Rasional : untuk mengelakkan kecederaan yang boleh menyebabkan infeksi kerana imuniti badan pesakit lemah.
5. Nasihatkan pesakit mengambil nutrisi yang seimbang, tinggi kalori, tinggi protein dan vitamin serta kurang garam.
Contohnya : daging, telur dan sayuran hijau
Rasiohal : untuk meningkatkan imuniti badan pesakit dan dapat mengelakkan risiko infeksi.
6. Sediakan persekitaran yang terapeutik untuk pesakit.
Contohnya : hadkan pelawat yang melawat pesakit.
Rasional : pesakit mempunyai imuniti badan yang rendah dan mudah mendapat infeksi.
7. Rawat penyakit utama (Nephrotic syndrome) dengan menggalakkan pesakit mengikut perawatan yang betul.
Rasional : untuk mengurangkan risiko infeksi.
8. Galakkan pesakit mengambil ubatan seperti yang diarahkan oleh doctor mengikut dos dan masa yang telah ditetapkan.
Contohnya : Ubatan diuretic, corticosteroid, agen cytotoxic dan antibiotic profilaksis.
Rasional : dapat mengurangkan risiko mendapat infeksi.
9. Nasihatkan pesakit supaya mematuhi tarikh temujanji yang telah ditetapkan oleh doctor.
Rasional : bagi mengesan tanda-tanda penyakit berulang dan mengelakkan daripada berlakunya sebarang infeksi jika perawatan tidak dijalankan dengan betul.
0 budak cute :):
Post a Comment
Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.