Sunday, September 2, 2012

Bertahanlah Nurul !!!




Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Hai...lama sudah tak lepak dan jenguk blog..susah hati betul bila tak ada masa untuk menguruskan minat yang satu ini..
tambah-tambah lagi risau dengan Nuffnang,..hehe..manalah tahu tiba-tiba Nuffnang beralih hati...adui mak!!

sekarang memang tak ada semangat nak terus menulis..nak mencari idea..
masa kerja,idea berlambak-lambak..bila balik...idea terus hilang,badan dah penat..tak ada benda lain yang dicari selain bantal...
rumah pun bersepah-sepah tak berkemas..tunggulah aku cuti nanti..


Balik ke rumah pun memikirkan pesakit yang seorang itu..betullah kata orang,sebagai nurse..akan ada juga beberapa pesakit yang melekat dihati..
aku juga begitu..hari demi hari makin meningkat empati kepada Nurul...kepada keluarganya apatah lagi..terutama emaknya..
saban hari bertemankan air mata yang kami semua tak nampak..hari-hari menyembunyikan kesusahan dalam dirinya untuk bertungkus lumus menjaga anak yang hanya terkebil-kebil tanpa sebarang respon..sedangkan dirinya juga mengalami kesakitan...luaran dan juga dalaman..

Dalam hati...memikirkan..adakah Nurul mampu untuk bangun suatu hari nanti..dan mampu mengucapkan terima kasih kepada ibunya??

Hari ini...
Nurul semakin tenat...segala macam usaha kami lakukan untuk membuatkan dia selesa..Nurul tercungap-cungap..Nurul mengerang bila disedut kahaknya menggunakan mesin..Nurul mengeliat jika dicucuk untuk ambil darah..

Bertahanlah Nurul jika umurmu masih panjang...atau..pergilah jika itu yang terbaik untukmu...

p/s: sesungguhnya kami juga manusia biasa ~Nurse




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

12 comments:

  1. sedihnya baca... insyaallah, akan ada yg terbaik utk nurul dan keluarganya.. u're the best nurse Arra.. :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Nurul kemalangan..lepas pembedahan buang darah beku di kepala..Nurul macam koma..hanya bagi reaksi dengan anak mata..

      Delete
    2. kes Nurul sama macam arwah kawan baik saya..kmlgn jln raya.
      3 kali pembedahan..
      1,buang drh beku kt kpala.
      2,buang darah beku kt betis.
      3,buang kaki belah kiri.

      4bulan koma,dia pergi selamanya

      Delete
  3. Kasihnya seorang Ibu!Biar org kata, harapan hanya tinggal secebis benang, namun ia tetap harapan yg sgt besar buat si Ibu.Semoga yang terbaik buat mereka!amin

    ReplyDelete
  4. uihh kesiannya nurul..lgsg koma,huhuh shida simpati juga arra huhuhu..

    ReplyDelete
  5. sedihnya. koma. aku dah rasai dengan orang yang aku sayang :(

    ReplyDelete
  6. semoga nurul kuat dan dapat pulih seperti sediakala.. amin

    ReplyDelete
  7. ala sedihnya baca entry ni.semoga nurul bertahan.baik la nurse arra ni

    ReplyDelete
  8. semoga semuanya selamat..berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE