Monday, September 17, 2012

Sukarnya jadi Ibu tunggal




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Bukan senang untuk menjaga anak-anak sendirian..terutama bagi ibu tunggal dan tiada tempat untuk bergantung..
bagi aku,aku patut bersyukur kerana ada pekerjaan..sekurang-kurangnya aku mampu menyara hidup aku dan anak..

Namun,masa yang ada amat terhad bagi aku..kerja mengikut shif bukan senang..ia memberi masalah kepada pengasuh lagi..ia memang tak senang kiranya pengasuh tak faham yang kita kerja ikut shif..dan perlu hantar tidak mengira masa..

jika aku kerja pagi,aku perlu bangun awal.menyiapkan barang-barang sekolah anak..juga bersiap-siap untuk pergi kerja..untungnya pengasuh aku yang hantar anak ke sekolah..kebetulan anak dia berada di sekolah yang sama.aku hanya perlu hantar anak ke rumahnya..
balik dari kerja,lebih kurang jam 3 petang...aku akan ambil anak dari rumah pengasuh..balik ke rumah,kerja rumah menanti..sehinggalah aku tertidur kepenatan.

jika kerja petang..juga bangun pagi untuk siapkan anak pergi sekolah..hantar ke rumah pengasuh..
balik.buat kerja rumah...masak untuk makan malam siap-siap..malam nanti,ambil anak,lepas panaskan makanan,makan dan terus tidur..tak pun menemani anak buat kerja sekolah..

jika kerja malam..aku akan hantar anak ke rumah pengasuh sebelum pergi kerja..balik rumah,singgah ambil anak di rumah pengasuh,balik dan tidur sebelum kemas rumah dan masak untuk makan tengahari..

Apa yang aku alami ni kadang-kadang..amat biasa bagi ibu tunggal yang perlu bekerja lebih keras..tambah lagi jika tiada sumber pendapatan yang tetap.apatah lagi jika mempunyai anak ramai..sungguh! ia amat sukar..
namun,pesan aku...kepada ibu tunggal diluar sana..anda perlu lebih tabah..

p/s: sekurang-kurangnya aku isteri hujung minggu!


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

11 comments:

  1. yup.. sy pun ibu tunggal gak.. T_T
    nsb baik famly ade utk tlg2..

    ReplyDelete
  2. isteri hujung minggu??? huhuhu mcm mana tuh??

    ReplyDelete
  3. ain tak merasa lagi kesemua tu..hik

    ReplyDelete
  4. sangat2 respek kepada ibu tunngal, :)

    ReplyDelete
  5. ibu tunggal hatinya kene cekal. membesarkan anak tanpa suami memerlukan kesabaran. dialah ibu dialah bapa. sangat respect bila ada ibu tunggal yang berjaya mendidik anak2 mereka hingga berjaya.

    ReplyDelete
  6. arra..shida kdg nk tnya2 tp segan..sng2 kite borak2 eah kat FB :)

    ReplyDelete
  7. Memang kena tabah sebagai ibu tunggal..macam saya

    ReplyDelete
  8. saya pernah jadi single parent ni 5 tahun..even baru jer dapat pengganti...kenangan itu begitu pahit dan sukar nak dilupa..mcm baru smlm berlaku..saya amat memahami situasi ini dan harap Arra terus kuat dan tabah meneruskan kehidupan kita yg mmg tak putus dgn cabaran...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE