Sunday, September 30, 2012

Mak selalu maafkan aku...



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Sebenarnya aku letih..nak buka blog pun rasa tak larat.tapi gagahkan diri juga untuk update..yelah,sebab takut En Nuffnang merajuk pula nanti..

Malam ni malam terakhir aku kerja malam..dah dua malam yang lepas macam-macam hal yang berlaku dan juga menuntut kesabaran yang berpanjangan..kes-kes yang agak menuntut perhatian hingga menongkat mata dengan batang mancis agar tak tertutup..kah kah..(itu tipu...)

memang kebiasaan kerja malam hanya 2 orang staffnurse ataupun 1 staffnurse dan 1 Jururawat Masyarakat..dan yang wajibnya satu PPK.
sampaikan Pengarah asyik bertanya...betul ke u all kerja 2 orang je malam??
tak percaya agaknya...

Kepenatan lagi bertambah bila balik ke rumah..menguruskan anak yang seorang itu seorang diri..memandu sendiri..fuh!! kadang-kadang aku terfikir juga macam mana agaknya mak aku..ayah aku jaga aku dulu...tabahnya diorang! 
Mana taknya..bila tak bagi keluar rumah,dia keluar senyap-senyap.lepas tu kalau aku tidur...satu persatu barang dia angkut keluar rumah!

Bila disuruh mandi...sabun dan ubat gigi habis disepah-sepahkan...buat main..hadoi!! itulah budak-budak tengah membesar..nak marah pun tak dengar..kasi cubit sekali dekat peha baru dia diam...
Ada juga aku tanya dia..

"Dah tak nak duduk dengan Umi ke? tak dengar Umi larang pun??"

dia anggukkan kepala..nak katanya...
last- last aku yang mengeluh...sabar jelah..kadang-kadang telefon ke kampung...
tanya mak..macam mana mak jaga aku dulu..berlinangan juga air mata mengenangkan pengorbanan mak menjaga aku sehinggalah sekarang..mak masih ambil berat tentang aku..Aku banyak menyusahkan mak..tapi mak selalu maafkan aku..

Sejak mendapat anak yang pertama,aku tekadkan dalam hati..ingin balas budi mak yang tak putus-putus doakan kejayaan aku..sekarang aku tahu bagaimana mak rasa bila aku kecewakan mak..
betullah orang kata..kita akan dapat rasa apa yang mak rasa jika kita dah ada anak sendiri..

p/s: nak bawa mak tengok aku konvo minggu depan..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

13 comments:

  1. sedihnye. aku lagi menyusahkan mak dari kecik sampai besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buatkan mak bahagia dgn kejayaan kita.selalu hubungi mak.:)

      Delete
  2. Kasih ibu membawa kita ke syurga. Maaf cik ara, nak tumpang selit ckit. Melur house da FOLLOW blog cik ara tau. Harap2 cik ara sudi follow melur pula. Cian la kt melur ni. Http://mymelurhouse.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Tepat sgt cik Arra... Kasih umi memang menggunung tinggi. Setiap diri kita sbg anak diterima sepenuh dari hati yang ikhlas...:)

    ReplyDelete
  4. kasih ibu kepada beta tak terhingga sepanjang masa.....

    ReplyDelete
  5. bila kita dah ada anak baru kita tahu bertapa sabarnya seorang ibu menjaga kita yg banyak kerenah ini...

    ReplyDelete
  6. Nnt nak tgk pakai jubah tu yea.... Tahniah ;-)

    ReplyDelete
  7. Jasa dan pengorbanan ibu nie tiada tandingan nye kan.. ;)

    ReplyDelete
  8. huhuhu..mak bgitu bharga..wlu pe jd pn shida juga xkn lupa mak huhuhu..syg mak!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE