Thursday, September 13, 2012

Reflektif Praktis



PENGENALAN 

Reflective practice 

Reflective practice merupakan salah satu cara dimana seseorang jururawat pelatih tersebut mengimbas kembali sesuatu peristiwa yang berlaku dan mempelajari sesuatu daripada pengalaman tersebut. Repflective practice ini diperolehi melalui pengalaman semasa menjalani praktikal di wad. Seseorang itu perlu mengambil pengajaran melalui peristiwa atau kejadian tersebut supaya tidak mengulanginya lagi pada masa akan datang. 

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk melakukan reflective practice ini. Antaranya ialah mencatat peristiwa atau kejadian tersebut didalam diari dengan mencatat tarikh, perasaan ketika kejadian tersebut berlaku serta cara penyelesaian peristiwa tersebut. Selain itu, perbincangan kumpulan dan pengalaman daripada rakan-rakan serta mengimbas kembali dan menganalisa sesuatu kejadian yang berlaku boleh dijadikan reflective practice. 

Dengan menerima pandangan daripada orang lain dan cuba menyelesaikan masalah daripada kejadian tersebut melalui perbincangan adalah salah satu cara yang boleh digunakan sebagai reflective practice. Sokongan daripada pengajar dan juga jururawat klinikal dalam menyelesaikan masalah turut membantu jururawat pelatih untuk meningkatkan ilmu pengetahuan supaya pelatih-pelatih dapat mempelajari daripada peristiwa tersebut. 

WIKIPEDIA, FREE ENCYCLOPEDIA 

Reflective Practice is "the capacity to reflect on action so as to engage in a process of continuous learning", which, according to the originator of the term, is "one of the defining characteristics of professional practice".

According to one definition it involves "paying critical attention to the practical values and theories which inform everyday actions, by examining practice reflectively and reflexively. This leads to developmental insight".

Reflective practice can be an important tool in practice-based professional learning settings where individuals learning from their own professional experiences, rather than from formal teaching or knowledge transfer, may be the most important source of personal professional development and improvement. As such the notion has achieved wide take-up, particularly in professional development for practitioners in the areas of education and healthcare. 


LAPORAN REFLECTIVE PRACTICE 

DESCRIPTION 

Kejadian yang terjadi ini memberi kesan mendalam terhadap diri saya selama saya belajar dalam bidang kejururawatan . Peristiwa ini akan saya ingati sampai bila-bila. Peristiwa ini berlaku pada 14/09/2011. Kejadian ini berlaku semasa saya menjalani praktikal di wad 28 iaitu wad surgical perempuan.Saya terlambat melaporkan keabnormalan kepada jururawat bertugas iaitu semasa melakukan pemerhatian pada waktu pagi kira-kira jam 8.00 pagi dimana pesakit saya didapatihypertension iaitu 160/90 mmhg. 

Nama pesakit yang terlibat adalah Zainab binti Mamat berusia 57 tahun.Beliau mempunyai sejarah hypertension ketika berusia 35 tahun tetapi tidak pernah mengambil sebarang ubatan. Keluarganya tidak mempunyai sejarah hypertension.Pada pukul 8 pagi, saya melakukan pemerhatian seorang diri di kubikal tengah iaitu acute bed,pesakit saya pada masa itu hanya 4 orang tetapi dalam keadaan kurang stabil manakala pesakit kelihatan stabil Cuma mengalami hypertension. 

Selepas saya mengambil pemerhatian puan zainab binti mamat,saya mendapati pesakit mengalami hypertension iaitu 160/90mmhg,belum sempat saya berjumpa dengan jururawat bertugas, tiba-tiba seorang pesakit lain katil berhampiran mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri oleh itu saya menolong doctor melakukan rawatan kecemasan.saya menolong doctor melakukan resuscitation, saya membantu doctor melakukan bagging terhadap pesakit tersebut sehingga keadaan pesakit sedikit stabil.apabila keadaan pesakit agak stabil, pesakit berkenaan dihantar ke ICU (intensivecare unit) saya menghantar pesakit berkenaan bersama 2 orang doctor, seorang staffnurse,seorang student MA KIST dan seorang rakan saya iaitu student nurseWan supaya pesakit tersebut mendapat rawatan rapi disana. 

Setelah balik dari mehantar pesakit dari wad ICU, jururawat memanggil saya dan telah memarahi saya dihadapan doctor , pesakit lain dan rakan-rakan yang lain kerana tidak melaporkan tekanan darah pesakit iaitu puan zainab binti mamat yang abnormal iaitu tekanan darah beliau tinggi iaitu 160/90 mmhg.Saya cuba untuk menjelaskan hal sebenar tetapi jururawat bertugas tidak dapat menerima alasan yangdiberikan. Jururawat tersebut memarahi saya dengan suara yang kuat. Saya berasa malu dan amat bersalah terhadap pesakit,waris, kawan sekerja serta kepada doctor. 


FEELINGS 

Perasaan sebelum kejadian, saya berasa begitu bersemangat untuk memulakan tugas,tetapi terdapat juga perasaaaan takut kerana ditugaskan menjaga acute bed seorang diri sahaja namun saya melakukan tugasan tersebut dengan penuh keyakinan dan berharap tiada apa-apa yang buruk akan berlaku.Saya berasa yakin ketika melakukan observations kerana saya yakin saya melakukannya dengan betul.walaupun keadaan pesakit kelihatan kurang stabil namun hanya seorang pesakit yang tanda vitalnya tidak stabil. 

Semasa kejadian berlaku, saya berasa amat takut serta berasa sedih kerana dimarahi oleh jururawat bertugas di depan waris pesakit,doctor dan rakan-rakan yang lain tanpa menerima alasan yang saya nyatakan kepadanya. Cara jururawat tersebut menegur saya amat tidak munasabah kerana sepatutnya seorang jururawat harus bersikap professional terhadap kerjayanya dan harus faham jika berlaku kecemasan perlu diutamakan. Tetapi saya mengakui kecuaian saya walaupun tiada kejadiaan yang berlaku kepada pesakit adalah sebagai satu langkah berjaga-jaga. 

Namun selepas kejadian tersebut saya berasa sangat bersalah kepada keluarga pesakit . Saya juga takut jika berlaku perkara atau kejadiaan yang tidak elok kepada pesakit. Saya bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang perkara yang tidak diingini.Saya juga berasa sangat lega dan senang hati apabila pesakit tidak mengalami apa-apa komplikasi lain seperti yang saya fikirkan.Saya juga memarahi diri sendiri diatas tindakan saya yang sangat cuai tersebut. Saya juga berasa malu dengan kawan-kawan dan juga staff nurse diatas kecuaian saya tersebut.saya berjanji dengan staff nursedan diri sendiri bahawa tidak akan mengulangi lagi kesilapan tersebut. 

EVALUATION 

Penilaian positif yang saya dapat simpulkan disini ialah saya akan lebih berhati-hati dalam penjagaan pesakit terutamanya dalam pengambilan tanda vital kerana ia sangat penting dalam penjagaan pesakit. Saya juga akan lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakan yang saya telah lakukan. Saya akan lebih peka terhadap tanda vital yang saya ambil dan jika terdapat sebarang keabnormalan saya akan segera beritahu kepada staff nurse supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Saya akan lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan.Saya juga akan lebih yakin dalam menghadapi saat-saat cemas seperti kejadian tersebut supaya saya lebih bersedia dan berhati-hati. Selain itu,Saya akan lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakan atau keputusan yang telah saya lakukan dan saya akan bertanya dan merujuk terlebih dahulu kepada staff nurse dalam membuat sebarang keputusan ataupun sebarang tindakan. 

Penilaian negatif yang saya dapati ialah saya berasa sangat menyesal diatas tindakan saya yang lambat dalam memberitahu staff nurse terhadap tanda vital yang abnormal.Saya juga berasa kurang yakin semasa menghadapi waktu-waktu cemas kerana saya mudah panik.Saya juga berasa cepat takut untuk melakukan sesuatu tanpa diberitahu terlebih dahulu oleh staff nurse dan sukar untuk membuat keputusan.Selain itu, saya juga cepat panik dan gelisah jika menghadapi waktu-waktu kecemasan.Saya juga berasa malu kepada diri sendiri,rakan–rakan,staff nurse,doctor dan pesakit tersebut diatas tindakan saya. Saya berasa takut untuk melakukan sebarang prosedur tanpa pengawasan daripada staff nurse atau jururawatan klinikal. Saya berasa kurang yakin dengan diri sendiri ketika melakukan sebarang perawatan,dalam membuat sebarang keputusan atau tindakan. 

ANALYSIS 

Setelah saya mengkaji semula peristiwa yang telah berlaku, saya mendapati banyak pengajaran yang saya perolehi.Pengalaman ini mematangkan saya dalam bidang kejururawatan.Kerjaya jururawat adalah profession yang memerlukan kesabaran dan perhatian yang tinggi semasa menjalankan tugas. Saya seharusnya dapat membezakan sama ada yang penting atau tidak contohnya saya harus melaporkan keabnormalan kepada jururawat terlebih dahulu. 

Peristiwa ini menjadi saya lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas serta melakukan tugas bersama rakan-rakan yang lain. Saya juga perlu meningkatkan pengetahuan saya supaya kejadian seperti ini tidak berlaku dan menjadi tauladan kepada saya dan rakan-rakan 

Analisis lain ynag saya dapat daripada peristiwa ini ialah saya akan lebih bertanggungjawab atas tindakan yang saya ambil dan tidak akan menyembunyikan kesilapan yang saya lakukan daripada pengetahuaan staff nurse atau jururawat klinikal.Semoga dengan reflective practice ini dapat memberi banyak pengajaran dan tidak akan diulangi pada masa akan datang. 


ACTION PLAN 

Saya akan melaporkan setiap keabnormalan kepada staff nurse jika didapati terdapat keabnormalan semasa pengambilan tanda-tanda vital pesakit. Saya juga akan lebih berhati-hati dalam melakukan tugasan supaya lebih teratur dan berjalan lancar. Saya akan menambahkan ilmu pengetahuan saya melalui rujukan pada buku-buku berkaitan dengan penyakit tersebut serta ubatan dan komplikasinya supaya saya lebih faham. Saya juga akan membuat rujukan melalui internet untuk menambah pengetahuan saya. 

Saya juga akan meningkatkan lagi keyakinan diri saya ketika menghadapi waktu-waktu cemas supaya saya dapat membuat keputusan yang betul dan tidak cepat cemas jika menghadapi situasi tersebut. Saya juga akan sentiasa bertanggungjawab terhadap tindakan yang telah saya lakukan dan lebih bertanggungjawab dalam penjagaan pesakit.Sebelum melakukan sesuatu prosedur terhadap pesakit saya seharusnya mengetahui sejarah penyakit yang dialami oleh pesakit bagi mengelakkan kejadian yangtidak diingini dari berlaku dan sebagai langkah berjaga-jaga. 

RUMUSAN 

Setelah menyempurnakan tugasan ini, saya dapat merumuskan disini bahawa reflective practice ini amatlah berguna kepada pelatih-pelatih jururawat supaya pelatih dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa atau kejadian yang berlaku supaya kejadian itu dapat diperbetulkan atau lebih yakin dalam melakukan tugasan. Pelatih boleh memperolehi pengalaman ini daripada kejadian yang berlaku sama ada pada diri sendiri atau kawan-kawan dan cuba mencari jalan penyelesaian bagi memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. 

Selain itu, tugasan ini juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan pelatih dan menggalakkan pelatih berfikiran kreatif dan kritis dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan.Disamping itu, dapat menggalakan pelatih supaya melakukan perawatan ke atas pesakit mengikut standard of procedure (SOP).Tambahan pula, reflective practice ini dapat meningkatkan mutu kerja jururawat dalam melakukan setiap tugasan. 

Oleh sebab itu, tugasan ini perlulah diamalkan oleh pelatih supaya pelatih dapat mempelajari daripada kejadian-kejadian yang berlaku dan cuba memperbaiki kelemahan dan kesalahan yang telah dilakukan 


RUJUKAN 

1. Kamus Jururawat Oxford Fajar edisi kedua 

2. Case Studies Across the Curriculum PRENTICE HALL HEALTH 

3. The Images of Professional Nursing Strategies for Action 

4. Principles of Critical Care companion handbook 

5. Reflective practice in Nursing The Growth of the Professional Practitioner second edision 

6. Ethics in Nursing The Caring Relationship third edition 


8. http://www.itslifejimbutnotasweknowit.org.uk/files/whatisreflectivepractice.pdf



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

3 comments:

  1. assalamualaikum ^^ sy pun kena buat reflektif praktis utk clinical practicum sem ni..entry ni membantu, terima kasih!

    ReplyDelete
  2. informasi yang baik dari seorang jururawat pro.. untuk adik-adik yang bakal menjadi jururawat ye?

    ReplyDelete
  3. jenuh juga ye nk buat kajian nih haihhh~
    adik2 yg bakal nk jd nurse sila-sila bookmark...heheee

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE