Thursday, September 13, 2012

Meningitis

Assalamualaikum wbt.. 


Nyatakan definisi meningitis.

Inflamasi pada membran meninges dan spinal cord: achranoid mater dan pia mater.

Nyatakan jenis – jenis meningitis.
1.        Viral meningitis
–disebabkan oleh virus seperti mumps dan measles
2.        Bacterial meningitis
–disebabkan oleh bakteria seperti E. Coli dan Haemophilus Influenza
3.        Fungal meningitis
–disebabkan oleh fungal seperti Candida Albicans
4.        Tuberculosis meningitis
–disebabkan oleh tubercle bacili

Nyatakan manifestasi klinikal meningitis.
1.        Perubahan neurologikal
–keliru
–drowsy
2.        Tanda peningkatan ICP
–hypertension
–muntah
3.        Tanda iritasi meningeal
–Nuchal rigidity – kekakuan pada sendi
–photophobia
4.        Lain – lain
–demam dan chills
–lemah

Nyatakan manifestasi klinikal bacterial meningitis.

1.        Restlessness
2.        Severe headache
3.        Tanda iritasi meningeal
–nuchal rigidity – kekakuan pada leher
–photophobia
4.        Seizures
5.        Tanda peningkatan ICP
–bradycardia – denyutan nadi kurang dari 50 denyutan seminit

Nyatakan tanda – tanda peningkatan ICP.

1.        Tekanan nadi yang luas
2.        Bradycardia
3.        Hypertension
4.        Sakit kepala
5.        Muntah


Nyatakan tanda – tanda iritasi meningeal.

1.        Nuchal rigidity – kekakuan pada sendi leher
2.        Positive Kernig’s sign – pesakit tidak boleh meluruskan kaki pada lutut apabila paha dikekalkan pada sudut tepat dengan tubuh
3.        Positive Brudzinski’s sign – apabila leher difleks ke dada, lutut dan punggung akan fleks bersama
4.        Photophobia – pesakit akan mengalami kesilauan
5.        Irritability – emosi tidak stabil

Nyatakan pendidikan kesihatan yang akan diberikan untuk mencegah penyakit meningitis dari berulang.

1.        Nasihatkan pesakit supaya mendapatkan rehat yang mencukupi.
2.        Nasihatkan pesakit mengambil makanan yang tinggi vitamin dan protein untuk menggalakkan penyembuhan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.
3.        Nasihatkan pesakit meneruskan pengambilan ubatan mengikut dos dan masa yang telah diarahkan oleh doktor.
4.        Beritahu pesakit tentang kepentingan penjagaan kebersihan diri bertujuan untuk keselesaan diri dan mencegah sebarang jangkitan infeksi.
5.        Nasihatkan pesakit supaya sentiasa melakukan senaman mengikut kemampuan diri.
6.        Beritahu pesakit tentang kepentingan rawatan susulan adalah bertujuan untuk memantau perkembangan taraf kesihatan pesakit dan memantau keberkesanan rawatan.
7.        Beritahu pesakit tentang tanda -  tanda penyakit meningitis seperti demam, keliru dan segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

Nyatakan tanggungjawab pemberian ubatan IV Mannitol.

1.        Beritahu kepada pesakit tentang tujuan pemberian IV Mannitol kepadanya adalah untuk mengurangkan risiko peningkatan ICP dan menyingkirkan cecair yang berlebihan dalam badan.
2.        Amalkan prinsip 7R semasa pemberian ubat iaitu pesakit yang betul, dos yang betul, ubat yang betul, masa yang betul, cara pemberian yang betul dan dokumentasi yang betul untuk mengelak dari sebarang kesilapan.
3.        Berikan ubatan IV Mannitol pada waktu pagi sahaja bertujuan untuk tidak mengganggu masa tidur pesakit pada waktu malam.
4.        Monitor urine output pesakit untuk menilai status cecair dalam badan pesakit dengan mencatat pada carta Intake / Output.
5.        Tempatkan pesakit di katil yang berhampiran dengan tandas supaya pesakit senang ke tandas untuk membuang urin.
6.        Lakukan pemasangan kateter kepada pesakit mengikut arahan doktor jika pesakit tidak berupaya membuang urin secara normal.
7.        Lakukan pemerhatian ke atas pesakit setiap masa untuk memastikan sebarang kesan sampingan berlaku pada pesakit seperti keliru.
8.        Bantu doktor dalam melakukan penyiasatan makmal seperti penyiasatan BUSE untuk mengesan fungsi kidney dan serum elekrolit.


Nyatakan tindakan untuk mengurangkan risiko peningkatan ICP.

1.        Posisikan pesakit dengan meninggikan kepala katil 30° dengan kepala pesakit dalam keadaan neutral bertujuan untuk mengurangkan risiko peningkatan ICP.
2.        Elakkan dari flekskan kepala dan leher pesakit kerana ia boleh menyebabkan risiko peningkatan ICP.
3.        Lakukan pemerhatian terhadap keadaan am pesakit untuk mengesan samada pesakit menjadi  keliru atau tidak dan tanda vital pesakit untuk memastikan pesakit tidak mengalami tekanan darah tinggi dan bradycardia.
4.        Berikan ubatan IV Mannitol kepada pesakit mengikut arahan doktor pada waktu pagi sahaja bertujuan untuk menggalakkan penyingkiran cecair dan mengurangkan risiko peningkatan ICP.
5.        Nasihatkan pesakit supaya mengurangkan pergerakan dan berehat sepenuhnya di atas katil bertujuan untuk mengurangkan risiko peningkatan ICP.
6.        Rancang setiap perawatan yang akan dilakukan terhadap pesakit terlebih dahulu bertujuan dari mengganggu masa rehat pesakit.
7.        Lakukan setiap prosedur ke atas pesakit dengan lemah lembut dan berhati – hati seperti sponging dan bed making untuk mengurangkan pergerakan pesakit yang boleh menyebabkan risiko peningkatan ICP.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

4 comments:

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE