Sunday, October 16, 2011

Nurse tak rasa apa-apa ke??



seorang pesakit sedang tenat..

ramai waris berkerumun..

bacaan yasin memenuhi ruang wad itu.

aku mengundur ke belakang memberi laluan..

lantas aku berpusing untuk kembali melakukan kerja2 aku..

just berhadapan dengan katil pesakit yang sedang tenat tadi..

sedang aku menulis disitu..

pesakit yang ada di katil tersebut bertanya..

"Nurse tak rasa apa-apa ke?"

aku bertanya tentang maksud soalannya..

katanya dia melihat aku tenang sedangkan pesakit dihadapannya sedang menunggu masa sahaja..

aku hanya tersenyum dan beredar dari situ..

buat pesakit tersebut,maaf..aku tak dapat menjawab soalan itu.

kamu nampak saja aku sedang tenang..

tapi dalam hati..pedih..

pilu..

aku tak mampu menyelamatkan seorang lagi pesakit aku..

aku tak mampu memberikan perawatan lagi kepadanya..

malah aku juga tak mampu untuk melihat dia pulang ke rumah dengan sihat seperti mana yang aku 

harap-harapkan.

aku tenang kerana aku tidak mampu menunjukkan kesedihan aku..

aku diam kerana aku kecewa..

tapi,Allah Maha Mengetahui..
jodoh pertemuan,ajal maut ditanganNYA..

Al-fatihah kepada pesakit aku yang meninggal pada jam 8.30  malam tadi..




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

3 comments:

  1. sedihnya... nurse pun manusia biasa... terbatas kemampuannya. Tapi tak bermakna dia tak berusaha... sabar ya cik arra. =)

    ReplyDelete
  2. thanks zana..>_<

    zahidah,memang itu yang perlu kan..:)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE