Mandi sungai merupakan aktiviti wajib aku masa kecil dulu..memang menyeronokkan. Bila dah mandi memang dah tak sedar pukul berapa nak balik rumah. Walaupun rumah aku dekat saja,ayah aku memang pantang kalau balik dekat-dekat nak maghrib. Masa tu dia akan duduk atas tangga sambil pegang ranting kayu..haha.
Ya..memang menakutkan. Ayah aku memang garang,mementingkan soal disiplin diri. Dia memang tidak pernah beritahu tetapi sebagai seorang anak yang memang dah sedia takut dengan tindakannya akan lebih berhati-hati dalam melakukan apa-apa perkara sekalipun.
Berbalik kepada topik mandi sungai tadi,semasa kecil lagi,aku selalu juga pergi berkelah bersama-sama kawan dan sepupu aku di tepi sungai tu. Minta dengan mak bekalan nasi dan lauk dan selepas tu pergi ambil daun pisang dalam beberapa helai.
Tujuannya adalah untuk dijadikan bekas makan nasi menggantikan pinggan. Memang menyeronokkan.main masak-masak..ada waktu makan,ada waktu tidur..(haha..kenangan..)
Tujuannya adalah untuk dijadikan bekas makan nasi menggantikan pinggan. Memang menyeronokkan.main masak-masak..ada waktu makan,ada waktu tidur..(haha..kenangan..)
Tapi,sekarang aku dah tak Nampak dah sungai dekat rumah aku tu masih boleh berkelah,air dah cetek..kotor sebab ada yang buka restaurant kat bahagian atas dan alirkan air kotor ke dalam sungai..nak mandi memang dah tak lalu..
Lagipun,budak-budak sekarang dah tak main macam aku zaman kecik dulu..sekarang dah moden.budak-budak sekarang hanya pandai main sukan,game,computer..dah tinggalkan masak2,teng2,lompat getah..kan? kalau ada pun memang jarang sangat.

bila aku tengok sungai itu,kenangan zaman kecil-kecil dulu selalu bermain dimata..aku merindui itu semua..
JAGALAH KEBERSIHAN SUNGAI KITA
masa saya kecil dulu, selalu jugak mandi sungai, tangkap ikan kat sawah, memancing ikan di sungai dan kekadang tu terpancing kat kolam ikan owg, apalah kan, itu semasa kecil banyak yang kita lakukan tanpa berfikir panjang dan tak tahu tentang baik dan buruk perkara tu...hahaha, kalau diingatkan kembali terasa lucu,
ReplyDelete