Lagi cerita zaman kecil aku..
mak ayah aku hanya penoreh getah.
Masa tu aku kecil lagi..
sekolah rendah.selalu ikut mak dan ayah ke ‘HUMA’ (kebun dalam hutan) untuk kutip getah sekerap
dan lepas tu boleh jual.selepas selesai tolong mereka kutip getah tu,
kami juga selalu kutip pucuk paku..selalu berebut dengan kakak.
kami juga selalu kutip pucuk paku..selalu berebut dengan kakak.
Siapa yang paling banyak kutip,dialah yang menang.
Aku memang lasak semasa kecil,setakat pacat memang aku tak takut.jadi memang aku sukakan aktiviti mencari pucuk paku dalam semak di kebun getah ayah aku.
Getah sekerap yang dicari tu akan dijual kepada pembelinya..masih aku ingat..
namanya “POK SID”.dia selalu beri duit upah tolong mak kutip getah sekerap tu. RM0.50 je.masa tu dah banyak bagi budak kecik macam aku.
Sekarang pun dia masih beri kepada budak-budak duit upah..dah RM5 atau RM10..tapi dia memang baik hati. Dia menderma sambil bekerja.
Entah dimana untungnya dia dapat.. zaman kanak-kanak aku memang tidak pernah sunyi..
semuanya memang menggembirakan.
dahulu kenangan,sekarang kenyataan…
0 budak cute :):
Post a Comment
Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.