Saturday, January 15, 2011

Plastik tak ada ke?


Hari ini hari sabtu..HARI TANPA PLASTIK BAG...
jadi,sekiranya anda ingin membeli belah..sila bawa bakul ya..jika nak juga plastik,anda perlu membayar harga plastik itu..

ini adalah usaha kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik bag kerana plastik bag itu mengambil masa yang lama untuk diuraikan..Plastik-plastik yang dibuang ini tidak akan hancur dalam masa yang singkat kerana jangka hayatnya sangat panjang hingga mencapai lebih kurang 10 abad untuk hancur atau terurai. 

Selain itu, plastik-plastik yang dibuang juga boleh menyekat pengaliran air sehingga boleh menyebabkan air parit dan sungai membanjiri kawasan berhampiran apabila hujan lebat. Disebabkan oleh faktor tempoh reput yang agak panjang, maka ia akan memenuhi sebahagian besar dari kawasan tapak pelupusan sampah. 

Lebih merisaukan lagi, plastik boleh mengeluarkan kompaun toksik dan berbahaya apabila ia reput. Sekiranya hal ini berlaku, pencemaran tanah, sungai dan sumber air di bawah permukaan tanah tidak mustahil akan terjadi. 

Ingatlah bahawa bumi ini dan kesihatan yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah antara amanah yang perlu dijaga dan dipelihara oleh kita dengan sebaik-baiknya selama mana kita hidup di dalam alam yang bersifat sementara dan fana’ ini. Amatlah pedih azab yang bakal kita terima di akhirat kelak seandainya kita gagal dalam memikul tanggungjawab berkenaan. 

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

0 budak cute :):

Post a Comment

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE