wawasan 2020..
anda tahu ke apa wawasan 2020??
dah lama tidak mendengar tentang perkara ini..
adakah sudah tenggelam dek 1Malaysia?
adakah semua orang sedar yang negara kita mempunyai wawasan yang perlu dicapai?
kalau anda tidak tahu sila belek buku tulis adik2 anda atau anak2 anda..yang kulit warna koko tu.
cuba lihat di belakang,anda akan jumpa wawasan 2020 (sesetengah buku sahaja)
jom baca cabaran2nya...
CABARAN PERTAMA
MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA YANG BERSATU YANG MEMPUNYAI MATLAMAT YANG DIKONGSI BERSAMA. IAITU SEBUAH NEGARA YANG AMAN, BERINTEGRASI DI PERINGKAT WILAYAH DAN KAUM, HIDUP DALAM HARMONI, BEKERJASAMA SEPENUHNYA, SECARA ADIL DAN DIDOKONG OLEH SATU BANGSA MALAYSIA YANG MEMPUNYAI KESETIAAN POLITIK DAN DEDIKASI KEPADA NEGARA.
CABARAN KEDUA
MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA YANG BERJIWA BEBAS, TENTERAM DAN MAJU DENGAN KEYAKINAN TERHADAP DIRI SENDIRI, BANGGA DENGAN APA YANG ADA, DENGAN APA YANG DICAPAI, GAGAH MENGHADAPI PELBAGAI MASALAH. MASYARAKAT MALAYSIA YANG MUDAH DIKENALI DARI SIKAP INGIN MENCAPAI KECEMERLANGAN, SEDAR SEMULA KEMAMPUANNYA, TIDAK MENGALAH KEPADA SESIAPA DAN DIHORMATI OLEH RAKYAT NEGARA LAIN.
CABARAN KETIGA
MEWUJUD DAN MEMBANGUNKAN MASYARAKAT DEMOKRATIK DAN MENGAMALKAN SATU BENTUK PERSEFAHAMAN MATANG IAITU DEMOKRASI MALAYSIA YANG BOLEH MENJADI CONTOH KEPADA BANYAK NEGARA MEMBANGUN.
CABARAN KEEMPAT
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA, KUKUH DALAM NILAI AGAMA DAN KEJIWAAN DAN DIDORONG OLEH TAHAP ETIKA YANG TINGGI.
CABARAN KELIMA
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG LIBERAL DAN BERTOLAK ANSUR, DI MANA MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA BEBAS MENGAMALKAN ADAT, KEBUDAYAAN DAN KEPERCAYAAN AGAMA MEREKA DAN PADA MASA YANG SAMA MELETAKKAN KESETIAAN MEREKA PADA SATU NEGARA
CABARAN KEENAM
MEWUJUDKAN MASYARAKAT SAINTIFIK DAN PROGRESIF, MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI DAYA PERUBAHAN TINGGI DAN MEMANDANG KE HADAPAN YANG BUKAN SAHAJA MENJADI PENGGUNA TEKNOLOGI TETAPI JUGA PENYUMBANG KEPADA TAMADUN SAINTIFIK DAN TEKNOLOGI MASA DEPAN.
CABARAN KETUJUH
MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG DAN BUDAYA MENYAYANGI, IAITU SATU SISTEM SOSIAL YANG MANA KEPENTINGAN MASYARAKAT ADALAH LEBIH UTAMA DARIPADA DIRI SENDIRI, YANG MANA KEBAJIKAN INSAN TIDAK AKAN BERKISAR KEPADA ORANG PERSEORANGAN TETAPI DISEKELILING SISTEM KELUARGA YANG KUKUH.
CABARAN KELAPAN
MEMASTIKAN MASYARAKAT YANG ADIL DALAM BIDANG EKONOMI. IAITU MASYARAKAT YANG MELAKSANAKAN PENGAGIHAN KEKAYAAN NEGARA SECARA ADIL DAN SAKSAMA, YANG MANA WUJUD PERKONGSIAN SEPENUHNYA BAGI SETIAP RAKYAT DALAM PERKEMBANGAN EKONOMI. MASYARAKAT SEDEMIKIAN TIDAK AKAN WUJUD JIKA MASIH ADA PENGENALAN KAUM BERDASARKAN FUNGSI EKONOMI DAN KEMUNDURAN EKONOMI BERDASARKAN KAUM.
CABARAN KESEMBILAN
MEMUJUDKAN MASYARAKAT MAKMUR YANG MEMPUNYAI EKONOMI YANG BOLEH BERSAING, DINAMIK, GIAT DAN BERDAYA TAHAN.
Kdg2 thema2 besar yg cuba digarap sbg idealogi tu hanya propaganda utk mempopularkan pemimpin2 tertentu saja. Bila datang pemimpin baru thema perjuangan itu seperti dibuang dlm bakul sampah oleh pemimpin yg menggantikannya. Masa Hussein Onn jadi PM dia perkenalkan Rukunegara, masa Mahathir jadi PM pula ada Wawasan 2020, zaman Pak Lah ada Islam Hadhari, masa Najib jadi PM dia perkenalkan 1Malaysia pula. 50 tahun lagi tengoklah... tak siapa mengenali konsep Wawasan 2020, Islam Hadhari dan 1Malaysia...
ReplyDeletesy setuju..hanya tema..:)
ReplyDelete