Wanita...
Sebagaimana TUHAN jadikan kita seorang wanita..seorang insan.
sentiasa mempunyai kehendak. Begitu juga didalam kehidupan berumahtangga.
Percaya atau tidak,seorang wanita..apabila dia menyatakan rasa cinta kepada pasangannya,dia sudah tidak pedulikan apa-apa halangan yang mendatang.Termasuklah kepercayaan yang diserahkan hampir 100% kepada pasangannya.
Tidak difikirkan bahawa rasa cinta boleh beralih arah,sentiasa sabar menunggu cinta hadir.alasannya,jika takut dilambung ombak..jangan berumah ditepi pantai.
Tidak difikirkan bahawa rasa cinta boleh beralih arah,sentiasa sabar menunggu cinta hadir.alasannya,jika takut dilambung ombak..jangan berumah ditepi pantai.
Tetapi,adakah lelaki juga berfikiran sama seperti seorang wanita? Tidak! Kerana lelaki boleh berkahwin 4. Berpoligami.Rasa cinta boleh berbelah bahagi..Namun,bolehkah keadilan itu diamalkan?
Tidak dapat dinafikan bahawa ada lelaki yang mampu menjadikan keluarganya bahagia walaupun bermadu.bagaimana caranya?mestilah mengikut syariat yang ditetapkan oleh Islam. Usahlah mengaku mahu mengikut syariat jika sembahyang 5 waktu pun tidak mencukupi wahai lelaki.. bukan menghalang malah tidak juga menyuruh.
Seorang wanita hanya mahukan sebuah kehidupan bahagia bersama keluarga mereka. Tidak bolehkah lelaki memberikan itu? Menerima buruk dan baik seorang isteri sebagai panduan bersama,ditegur melalui nasihat untuk kebaikan bersama dan juga tidak memusnahkan kepercayaan seorang wanita yang bergelar isteri.
Aku sentiasa disogokkan dengan masalah rumahtangga yang berlaku di sekeliling.
Pelbagai masalah yang menjadikan punca perceraian pada zaman moden ini. Saban hari ada sahaja berita berkenaan hal yang tersebut.Mengapa? adakah aku terlalu mengambil tahu? Tidak,aku cuba menjadikan hal berkenaan panduan untuk menjalani kehidupan berumahtangga,cuba untuk tidak melakukan kesalahan yang menjadikan aku termasuk didalam angka insan yang menjadi JANDA!
Aku mencuba sedaya mungkin untuk menjadi isteri yang elok pekerti,mungkin tidak sehebat isteri-isteri Nabi,Tetapi biarlah cukup untuk membuat keluarga aku bahagia dan gembira berada bersama aku disisi mereka.

0 budak cute :):
Post a Comment
Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.