Friday, June 29, 2012

Tiada galang gantinya



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Bukan senang untuk menjaga orang tua atau golongan warga emas..tambah lagi yang sakit..
kerja aku duk di hospital..hari-hari nampak orang tua yang masuk wad..ada anak-anak yang jaga..dan ada juga yang tak jaga.maklumlah..semua bekerja.tak boleh nak tinggal kerja..jadi,yang menjaga mereka umpama emak sendiri adalah kami-kami yang bergelar 'Misi' ni..

Yang menyayat hati..sampai mak ayah mati pun tak ada yang menjenguk..apatah lagi menelefon bertanyakan khabar..apa nak dikata..anak sibuk dengan kerja,mencari bekalan untuk hidup.tanpa disedari,bekalan akhirat telahpun di abaikan..

Bukan susah datang jenguk emak yang sakit..sekadar memberi perangsang untuk meneruskan rawatan bagi menjamin kesihatan diri,ataupun sekadar menyuapkan makanan kemulut mereka yang dahagakan kasih sayang..tentunya perasaan atau makanan itu sendiri terasa lain apabila insan yang disayangi yang menyuapkan..betul tak??

Bukan juga susah untuk bacakan surah Yaasin tatkala Izrail datang menjemput mereka..memang kita tidak mendoakan mereka pergi meninggalkan kita untuk selamanya..tetapi sekadar mengurangkan azab sakaratul maut..Mudah-mudahan..

Sedarlah anak-anak, sekalipun anda sibuk bekerja..luangkan sedikit masa untuk menjengah emak anda..Kerja boleh dicari..emak anda tiada galang gantinya...
jangan hanya bila dah tiada barulah anda mencari!

p/s: sedih menyaksikan pesakit tidak mahu makan semata-mata menunggu anak datang...



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

6 comments:

  1. jaga dan hargailah kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada...merekalah segalanya bg kita tanpa mereka siapalah kita.

    ReplyDelete
  2. ye, betul tu.. mak ayah sanggup berlapar demi anak2..

    ReplyDelete
  3. betul tu.tiada mereka tiada kita. :)

    ReplyDelete
  4. yup..btol tu. ika selalu jugak dengar cerita dari akak ika . dia pon nurse jugak. sedih bila dgar citer yg anak2 taknak jaga parents yg sakit :(

    ReplyDelete
  5. mak ayah sangat menghargai anak2. bagaimna pulak dgn anak2 ye? :(

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE