Friday, June 29, 2012

Elak mual dan muntah semasa hamil



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hari ni nak kongsikan tajuk yang digemari bagi yang sedang hamil diluar sana..
biasa lah kan..awal-awal kehamilan akan ada mual-mual, muntah, selera makan berkurang...
ini memang kes biasa..yang masuk wad aku pun ramai ni..kata senior aku..ni musim mengawan..haha..jahat tak??

caranya macam biasa..cuma perlu tambah dan elakkan beberapa perkara


Berasa loya selalunya tanda awal bagi kehamilan. Keadaan ini boleh bermula dari minggu kelima dan berlarutan sehingga kira-kira minggu kelima belas. Namun begitu, ada kemungkinan bahawa keadaan ini akan kembali lagi pada tahap kehamilan yang lain. Loya boleh berlaku pada bila-bila masa dalam sehari, tetapi kebanyakan wanita merasakan keadaan ini berlaku pada suatu waktu tertentu. Menghidu bau sesetengah makanan atau asap rokok boleh menyebabkan loya dan keadaan ini bertambah teruk apabila keletihan.Dipercayai ia adalah disebabkan oleh paras hormon yang tidak stabil dalam badan semasa hamil.


Makan makanan seimbang dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar, bersama sekurang-kurangnya 2 cawan susu rendah lemak setiap hari (atau produk tenusu seperti keju dan yogurt).
Untuk mengelakkan pedih hulu hati dan serangan gastrik, boleh memakan makanan ringan yang sihat di antara waktu-waktu makan, atau makan dengan sedikit tetapi kerap.

Jika sering rasa mual dan kerap muntah, gantikan cecair yang hilang dengan meminum air, jus buah-buahan perahan segar yang tidak bergula atau susu..kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan banyak lemak serta kafein,ini akan meningkatkan ketidakselesaan yang di alami..

Apabila terasa mual semasa bangun dari tidur..dinasihatkan tidak terus bangun dari katil..ambil makanan atau minuman terlebih dahulu..biasanya susu..dan elakkan bangun dari katil atau dari posisi duduk kepada berdiri secara tiba-tiba..
Sekiranya mengetahui anda alah pada bau-bauan ataupun rasa tertentu..elakkan terlebih dahulu sehingga dah tak rasa mual..

Makan sedikit tetapi kerap..makan apa sahaja sehinggalah anda jumpa dengan makanan yang sesuai dengan anda.biasanya ia akan hilang dengan sendiri dan anda tidak akan jumpa makanan yang sesuai.Perut yang kosong akan memburukkan lagi keadaan mual sehingga boleh menyebabkan pedih ulu hati dan kembung perut.
jika rasa mahu muntah,muntah sahaja,jangan ditahan-tahan.lagi anda tahan,lagi menyeksa diri.Tetapi jangan sekali-kali beranggapan bila sudah lega,ia tidak menyerang lagi.

Bagi yang rasa sebu atau kembung perut,minuman halia atau teh “chamomile” boleh membantu melegakan keadaan ini.tetapi tidak digalakkan mengambilnya dalam kuantiti yang banyak.mencukupi jika anda sudah mula merasa lega.
Terdapat juga pendapat bahawa memakan vitamin yang mencukupi semasa tempoh tersebut boleh mengurangkan penderitaan yang dialami.namun,bukan semua orang macam tu..
sehingga sekarang penyebab mual semasa hamil tidak dapat dipastikan..hanya teori-teori yang dirasakan bersangkut paut sahaja yang dibentangkan termasuklah disebabkan oleh hormon.

Jangan risau kerana mual dan muntah akan berkurang dan menghilang dengan sendirinya.Namun,kadang-kadang akan mengalaminya sepanjang kehamilan..
rujuk doktor jika keadaan makin teruk..


p/s: bila nak dapat anak nombor 2 ni???


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

4 comments:

  1. errr..tak kawen lg nie. hihi
    btw, gud info ^^

    ReplyDelete
  2. Aduh..terkenang waktu mengandung dulu2...perut lapar tapi xleh nk makan..kalau makan keluar semula... Ujian Allah .. susah bahagian ni..,mungkin allah nak bagi senang bahagian lain..

    ReplyDelete
  3. sdg mengalami..perut asik nak mkn je...tp mual.mual tp tak muntah..kepala sakit..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE