Wednesday, June 13, 2012

Lukisan pemandangan yang paling indah!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

semasa aku di kolej..pengajar aku ada buat game..
game tu..dia bagi sehelai kertas A4 yang dibahagi dua..
dan kami diberi masa hanya 1 minit sahaja untuk melukis pemandangan yang paling indah yang pernah kami nampak..

hah!! 1 minit je tau..jangan lebih2..cuba korang buat.bak sini nak nengok korang lukis hape..hehe

selesai je habis 1 minit..memang kami langsung tidak diberi masa tambahan pun..kami dikehendaki duduk diam dan pengajar kami akan terangkan apa yang kami lukis..

sebenarnya majoriti daripada kami lukis macam ni>>>klik
dan apa yang pengajar kami beritahu totally betul.

yes! normal la.ada gunung..matahari kat tengah-tengah.ada sawah padi..ada burung-burung terbang dekat awan..dan juga ada pondok kecil dekat sawah padi tu..kan.kan..??hehe

tapi,kenapa?? pemikiran kita telah di asuh sejak kecil untuk melukis pemandangan seperti itu..betul tak? dari tadika lagi kan..cikgu cakap, 

"okey,murid-murid..hari ni kita belajar melukis pemandangan..mesti ada gunung,sawah padi,matahari..."

keh..keh..gelak sorang-sorang aku mengingatkan kenangan zaman tadika.
tadika zaman paling indah.. sebab perlu lukis yang itu sahaja..haha

apa kata..cikgu-cikgu tadika zaman sekarang or korang-korang yang dah bergelar ibu bapa zaman sekarang.ubah mentaliti anak-anak kita agar tidak terlalu tertumpukan pada keindahan sawah padi dan gunung semata-mata..sedangkan banyak lagi pemandangan indah yang boleh dilukiskan!



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

18 comments:

  1. Hahaha, kalaw cp, cp bygkn pntai, huhu

    ReplyDelete
  2. sama mcm lukisan sm masa kecik2 dulu..ahahaha..memang dh di set kn dr kecik lukis cmtu..best kut main lukis2 nie..:)

    ReplyDelete
  3. Akak dulu suka lukis pemandangan pantai ngan pokok nyoq ( kelapa) nan sebatang siap senget lagi ha ha..

    ReplyDelete
  4. tema lukisan tu memang 2 bukit ke??errr..
    kbai!

    ReplyDelete
  5. comel la tu asalkan ada lukisan yg dpt digmbarkan org lain sama... hehehhehe

    ReplyDelete
  6. hahaha..btul..mesti gunung 2,ad mtahari,ada burung ckit pastu umah... :) nk cerita keindahan mmg byk kat bumi ni :)

    ReplyDelete
  7. mmg la kalo pemandagan mst lukis tu sbb kite dah diajar dr kecik so smpai tua pon ingt hehee ^_^

    ReplyDelete
  8. mmg imagine mcm tu tapi kalau lukis xpasti plak

    ReplyDelete
  9. btul tu.. takpun pntai

    ReplyDelete
  10. salam;
    Apa pemandangan indah selain dari pada pokok,gunung,bukit,laut dan sungai?...bagi aku susah nak fikir pemandangan yg indah kalau tiada termasuk benda2 yang aku sebut di atas...

    ReplyDelete
  11. haha..zaman budak lukis apapun nmpk comey..paling best lukis org lidi..haha

    ReplyDelete
  12. haha..btoi2..skang pn dok lukis cmtu lg, tp dh modified sket lg bg cun sket dr lukisan masa tadika dulu 2...

    ReplyDelete
  13. betullll.....padahal muka baby yang kiut tu permandangan yang indah dan mengasyikkan...=p

    ReplyDelete
  14. pemikiran dan ingatan masa kita kecik2 dulu, pasti jadi ingaatan sampai bila2.. sebab kita start dari satu :)

    ReplyDelete
  15. sama mcm lukisan sm masa kecik2 dulu..ahahaha..memang dh di set kn dr kecik lukis cmtu..best kut main lukis2 nie..:)

    wa komen lg sekali..kih2..

    ReplyDelete
  16. ehhh,..mmg btollah...kalau diingat2 kembali, mmg kbnykn akn lukis gmbr mcm 2...

    ReplyDelete
  17. tulah dr kecik mmg dah itu yg terbayang...lukis sawah,gunung,matahari mesti ada le...

    ReplyDelete
  18. betul2 sampai besar panjang pun masih suka lukis lukisan macam tu.. haha.. tapi satu lagi maksudnya.. ilmu yang berterusan sebaiknya cikgu harus beri contoh yang baik begitu juga ibu bapa. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE