Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
(sebelum korang baca ni..nak bagi AMARAN.jangan terpengaruh dengan entri permulaan..SILA BACA SAMPAI TAMAT)
Aku geram betul la dengan seorang blogger ni..bila buka blog dia pun aku rasa sakit geram juga..walaupun blog dia kaler-kaler kelabu yang menenangkan mata gitu.aku tetap geram juga..
Selidik punya selidik rupa-rupanya blogger ni start buat blog julai 2009 lagi, lepas tu mula aktif masa tahun lepas since julai 2011.Blogger ni juga start beli domain dia pada julai 2011.
Aku juga dapat tahu yang blogger tu mula buat blog tu sebab suka2 je. selalu cerita apa yang dibuat dan kongsi gambar.Lepas tu, sejak tahun lepas blogger ni start aktif blogging dan cuba untuk bermain SEO.. setakat ini blogger tersebut jadikan blog miliknya lebih kepada hiburan dan sukan. Dua-dua aku tak minat!
Bila aku tanya blogger tersebut..apa yang menyebabkan beliau tertarik dengan dunia blog..katanya tak ada sebab pun, memang sebab keinginan.katanya minat bab koding sebab blogger ni study ada kaitan ngan Koding & website..untung lah kan??
Kali ni aku selidik lagi..rupa-rupanya blogger ni menjadikan abgteror, Ammboi, wancikgumuzik sebagai idola..terfikir pula..apesal tak angkat aku je jadi idola kan? haha..dengan muka tersorong-sorong aku mengensot ke bucu meja..haha..tiba-tiba rasa nak angkat bakul sendiri..
Tak padan dengan itu.blogger ini cuba pula menaruh harapan agar blog yang dipunyai itu menjadi sebuah blog hiburan dan sukan yang dikunjungi ramai selain kongsi info-info dan ilmu baru bersama pengunjung blognya..ada hati pula kan? blog aku pun blog hiburan apa?
dan yang paling mengejutkan blogger ni beritahu aku yang dia akan berblogging hingga penggunaan internet diharamkan dalam dunia ni..aduh..kalau macam ni..glamer la dia..blogger yang paling lama dekat muka bumi..haha
nak tahu siapa blogger ni? hehe
Sebelum tu nak beritahu..Setiap baris catatan di atas cumalah gurauan semata-mata..hehe
ini adalah satu segmen yang mana aku perlu buat entri tentang partner aku iaitu...
tak semua dapat diceritakan dengan kata-kata..bak kata Adam Fikri...datanglah ke blog beliau dan lihat sendiri..godek-godek apa yang ada..pada aku..walaupun aku ni tak minat cerita tentang artis atau dunia hiburan..banyak lagi info-info menarik di blog Adam..
dunia blog ni sebenarnya best.. ramai yang tergila2kan follower..sebenarnya pada pandangan adam. sebenarnya follower kita tak payah kejar. kita cuma perlu kejar reader. kalau follower ramai tak semestinya diorang semua baca blog kita kan? so, selami dunia blogging ni.. dan anda akan jumpa banyak benda best..
pesanan kepada blogger kat luar sana, berblog la dengan berhemah, elakkan dari copy entry orang bulat2. kalau nak copy , olah balik artikel tu. kalau malas sangat pun at least letak kredit. Jangan copy url gambar dari blog orang lain terutama blog yang guna hosting sendiri. nanti bandwitdh makan banyak woo... so, cubalah untuk maju dalam dunia blogger ni. kita kena ingat setiap yang berjaya tu diorang mula dari bawah...bukan terus berada diatas.
p/s: Adam Fikri tak ada makwe lagi..hehe