Wednesday, February 15, 2012

Benign Prostatic hyperplasia

Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


•      Pembesaran pada prostate gland menyebabkan penyempitan pada uretra dan urinary system
•      Dikenali juga Benign Prostatic hyperthrophy
•      Berlaku pada golongan lelaki lebih 40 tahun.
•      Kejadian ini mungkin kesan inflamasi yang kronik di prostate gland, peranan metabolik dan faktor diet serta kemungkinan arterosclerosis.
•      Kejadiaan ini juga terjadi akibat sosioekonomi, keturunan, gangguan sistemik (hormonal), umur yang meningkat dan kehadiran testicular androgen.

Patofisiologi   

•      Pada usia muda, kapsul prostat adalah nipis dan terlekat pada tisu
•      Apabila umur meningkat, glandular dalam kelenjar prostate mengalami hyperplasia tisu – proses patologik hyperplasia prostatik berlaku.
•      Apabila kelenjar prostate membesar:
–      menghala ke atas , ke dalam pundi kencing
–     Menghala ke dalam, menyempitkan urethtra dan menyekat pengaliran urin
•      Pundi kencing menjadi hyperirritable dan menyebabkan urgency dan frequency
•      Apabila pundi kencing cuba mengatasi bebanan ke atasnya, otot-otot pada dinding pundi kencing akan menjadi hypertrophy dan mungkin membentuk ‘cellules’ dan diverticular
•      Jika keadaan ini diteruskan,penyekatan pengaliran urin akan menyebabkan dilatasi ureter(hydroureter) dan ginjal(hydronephrosis) secara perlahan-lahan
•      Kelenjar yang membesar menyekat leher pundi kencing atau urethra prostatik, dan menyebabkan retensi urinary atau incomplete bladder emptying. Overflow urinary incontinence adalah biasanya berlaku
•      Stasis urinary mungkin menyebabkan infeksi  dalam tract urinary

Tanda-Tanda
•      Asymptomatic : otot detrusor dapat memampatkan rintangan uretra yang bertambah
•      Simptom sekatan:
–     Kekerapan kencing
–     Kekurangan dalam kelajuan aliran kencing
–     Air kencing meleleh selepas baru kencing
–     Rasa tidak puas selepas kencing
–     Strain semasa pembuangan urin
–     Retensi urin
•      Nocturia
•      Urgency
•      Simptom-simptom renal disebabkan oleh sekatan yang lama:
–     Dilasi urethra
–     Hydronephrosis
–     Infeksi renal
–     Hematuria: ruptured vena yang membesar pada leher pundi kencing
–     Edema,pallor dan pruritis oleh renal insufficiency
–     Uremia( jika kegagalan renal)


            Penyiasatan
•      Pemeriksaan rectal – pembesaran kelenjar prostat
•      Urinalisis – untuk mengesan infeksi dan hematuria
    -urine FEME-WBC, RBC
    -Spesifik Graviti urine meningkat
    -urine culture & sensitivity menunjukkan kehadiran bakteria
•      Sr creatinine dan BUN – menilai fungsi renal
•      Sr PSA (prostate specific antigent) – untuk mengesan kanser, tetapi ia mungkin boleh meningkat dalam BPH
•      FBC – mengesan anemia dan infeksi
•      KUB – menunjukkan trek urinary dalam abdomen
•      Intravenous pyelography (IVP) – menunjukkan struktur dan fungsi tract urinary
•      Penyelidikan diagnostic yang mungkin dilakukan:
–     Urodynamics: penting dalam diagnosis penyekatan pada leher pundi kencing
–     Ultrasound atau pengkateteran – menyukat residual urin selepas baru kencing
–     Cystourethroscopy – memeriksa uretra dan pundi kencing dan menilai saiz prostat



    Komplikasi
•      Retensi urinari akut
•      Kontraksi pundi kencing involuntari
•      Divertikular  pundi kencing
•      Sistolitiasis
•      Refluks vesikoureteral,hidrouter,hidronefrosis
•      Hematuria
•      Infeksi trek urinari





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

0 budak cute :):

Post a Comment

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE