Showing posts with label lain-lain. Show all posts
Showing posts with label lain-lain. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

buat lagi sekali,ayah..



seorang budak umur 7 tahun 
menangis teresak-esak di dalam bilik tidurnya.
ibu dan ayahnya mendapatkan budak tersebut dan bertanya kenapa dia menangis.
si anak menjawab dia telah tertelan duit syiling 5 sen.
si ibu dan ayah cuba memujuk anak mereka namun tidak berjaya..
si ayah dan ibu buntu~

si ayah tiba-tiba teringat didalam poketnya terdapat duit syiling 5 sen.
kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan
mengeluarkan duit syiling melalui telinga anaknya..
"ha..ayah dah keluarkan ni.."
si anak teruja dan berhenti menangis..
sepantas kilat si anak mengambil duit 5 sen tadi dan menelannya..
"buat lagi sekali,ayah"


moral: jangan buat lawak dengan budak-budak..hehe

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, October 1, 2011

satu kali lagi...boleh kan??




Alhamdulillah..
tamat sudah OSCE (ujian praktikal) aku hari ini..
bersyukur sangat walaupun tak dapat buat sangat..
 sekurang-kurangnya debaran yang dialami tu dah hilang!
menunggu dah satu hal..debaran kencang bagai nak luruh jantung..
sungguh..tak dapat dibayangkan debarannya.
orang nak bersalin pun rasanya tak pernah rasa debaran macam ni..(pengalaman sendiri la...)
aku masih ada lagi satu OSCE final yang harus ditempuhi..dan,rasanya sudah tak sanggup nak rasakan debaran tu lagi...sudah cukup
12kali melalui debaran itu sepanjang 3tahun belajar...
boleh jadi arythmias rasanya sebab palpitation yang amat...
harap aku dapat bertahan untuk satu
saja lagi perjuangan sebelum tamat belajar..




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, January 29, 2011

Bercinta Dengan suami orang tapi tak berniat jadi perampas

Jatuh cinta 
perasaan yang cukup indah namun 
tidak semua kesudahan rasa cinta itu membahagiakan..
mencintai dan memiliki adalah dua istilah yang berbeza yang perlu difahami dan diterima seadanya..Atas ketentuan inilah manusia yang bercinta boleh
memiliki dan ada juga sekadar bercinta tetapi 
hanya mampu melihat dari kejauhan dan merelakan perpisahan.
cinta yang berpaksikan nafsu dan kepentingan 
diri hanya akan bertahan sehingga 
semua nafsu dan kepentingan sudah 
dipenuhi dan diakhiri dengan kebencian dan melepaskan diri dari 
tanggungjawab.
sesetengah wanita mengatakan bahawa mereka bercinta dengan suami orang tetapi tidak berniat menjadi perampas..apakah maksudnya? 
jika dia sudahpun tahu lelaki itu sudah punyai isteri,mengapa masih mahu mencuba?...wah..aku sensitippp hari ni...maaf.
Bercinta dengan seseorang yang telah beristeri jelaslah satu hal yang membawa kepada keruntuhan institusi rumahtangga.

memang niat baik untuk mendapatkan pahala MENDIRIKAN MASJID.tetapi,adakah mereka menyedari yang terdapat juga dosa MERUNTUHKAN masjid ??


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Antara Nurse Dan Cikgu



Dengar celoteh roomate aku pasal cikgu dan nurse..
katanya cikgu dapat cuti bila cuti sekolah..tapi kalau nurse,hari cuti kena kerja..orang bercuti..memang kena kerja..
tetapi..kerja nurse mulia sama standard dengan cikgu.cikgu membentuk masa depan seseorang.nurse menyelamatkan nyawa seseorang..kalau ada yang mengatakan kerja nurse tu kotor...main dengan muntah pesakit..dan lain-lain yang menjijikkan orang lain,memang!!!
tetapi,cuba fikir kalau bukan nurse yang buat,siapa yang nak buat??
ada yang anak-anak sendiri pun tidak sanggup cuci kalau mak ayah diaorang buang air..adakah kerja nurse masih kotor?
dan cubalah fikir dahulu jika nak kata nurse tak buat kerja semasa bekerja..
jangan nanti semua nurse-nurse kat Malaysia pakat-pakat boikot tak mahu pergi kerja..kita tengok siapa yang susah..manakan tidak..siapa yang nak jaga pesakit?siapa nak tolong doktor?
dengan siapa nak mintak tolong?

tepuk dada tanya lah sendiri ia jawab atau tak!

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, January 27, 2011

Blogwalking 3,4 hari tak cukup


blogwalking...
aku suka tetapi niat asal mahu meng'update' blog akan melencong akibat blogwalking..hehe.
tambahan lagi aku hanya dapat menggunakan internet hanya untuk beberapa jam sahaja dalam sehari..broadband? tak ada..tak ada niat untuk memelihara BENDA itu.hehe

so,aku kena gunakan masa yang ada sebaik-baiknya dan perlu seimbangkan update dengan blogwalking..kerana aku suka membaca hasil tulisan yang tajuknya sahaja pun sudah mampu membuatkan keseluruhan en3 itu RASA MACAM BEST JER...^_^
24 jam sehari memang mencukupi untuk aktiviti aku..namun,agak keletihan dalam minggu ini kerana terlalu banyak kerja yang dibekalkan dan masih belum siap..jadi hari-hari yang aku lalui terasa kejap je..
jadi aku harap cepatlah habis tahun ini ya..
kerana 
aku akan bergelar 


STAFF NURSE
pada 
tahun 2012..


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, December 28, 2010

Bahasa Melayu Pupus!


Bahasa Melayu..bahasa ibunda kita..
aku sayang Bahasa Melayu..
satu-satunya bahasa yang aku reti adalah Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab ada juga.namun,tak dapat nak diterjemahkan oleh orang lain..haha
ada juga bunyi macam bahasa sanskrit..:P

Pernahkah anda semua terfikirkan apabila suatu hari nanti Bahasa Melayu sudah pun pupus di dunia?
ada yang kata mustahil kan?
tapi pernahkah anda semua terfikir,bahasa yang kita gunakan sekarang ini.adakah betul-betul Bahasa Melayu?
ya..aku tahu..anda semua pasti berkata..ah,biasalah..peralihan zaman.zaman moden,bahasa pun moden..
TIDAK!!!
bahasa yang kita gunakan sekarang bukanlah Bahasa Melayu yang asli..semuanya telah bercampur aduk..
jika anda semua baca akhbar baru-baru ini,ada juga keluh kesah berkenaan dengan hal ini.
manakan tidak..bahasa rojak!
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sudah bercampur..

contoh1.: Eh,ko tau tak class dah cancel..inform kawan2 lain yerk..
 (Contoh ini dipetik dari akhbar)


penggunaan SMS sekarang meningkatkan lagi kemusnahan pada Bahasa Melayu kita..kerana seboleh-bolehnya semua perkataan hendak disingkatkan..jimat ruang! jimat duit!
Segala perkataan SMS menggunakan ayat singkatan..

contoh2 :
nuxx- nak
axue-aku
uat- buat
mucuqq-busuk
cedewh-sedih

titow-tidur


Jadi,marilah sama-sama kita fikir..10 tahun,20 tahun atau 100 tahun akan datang...
Masihkah ada lagi Bahasa Melayu???




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, December 21, 2010

Merah untuk siapa?




"Hijau untuk askar,kuning untuk raja..merah untuk kita lah...."

Inilah ragam orang-orang yang suka melanggar lampu isyarat..
jika lampu isyarat tu dah pun berubah warna kuning,lagi ditekan pedal minyak..alasannya,takut tak sempat..
sebab semasa lampu kuning,still boleh lagi lalu..
apa diaorang tak pernah terfikirkah bahawa silap-silap haribulan,tergolek kepala atas tar!
ataupun lebih cantik lagi kemek seperti biskut yang diramas??
ataupun jadi mumia di hospital-hospital yang berdekatan sebab berbalut seluruh badan..
alahai...siapa yang susah??
kalau tidak ahli keluarga,diri sendiri yang susah..

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA...

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE