Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

Jerebu : Panduan Kesihatan Untuk Anda



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
Pembakaran Secara Terbuka
Asap Dari Kilang
Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPU STATUS
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya


Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
Kanak-kanak
Orang tua
Mereka yang mengalami penyakit
asma
bronkitis
radang paru-paru
penyakit paru-paru yang kronik
jantung
alahan
Perokok
Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, April 29, 2012

Bengkel Kecergasan Aerobikthon Terbuka 2012



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Semalam aku telah menyertai Bengkel Kecergasan Aerobikthon Terbuka 2012 
di Kompleks Belia Dan Sukan Ayer Keroh Melaka..seramai 130 peserta telah hadir..

Bengkel ni adalah anjuran Persatuan Kecergasan Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab kecergasan Darfit dan jabatan Belia dan sukan Negeri Melaka..

Dah pergi sana baru aku tahu Aerobikthon tu apa..aerobik tanpa henti selama 2 jam..haha..maunya aku tak rasa nak balik masa dia cakap macam tu..2jam tu..yang 15minit pun penat..inikan pula 2 jam tanpa henti...
Diajar oleh En Giant..agak menyeronokkan sebab dapat ikut dengan memuaskan.hehe

Bengkel ni bermula jam 8 pagi..mula dengan pendaftaran ape semua..sampai kat rumah dah jam 7 petang..balik aje terus pergi pasar malam..lepas makan.terus pengsan..penat sangat oih..
tapi jam 1 pagi dah start tak dapat tidur pasal habis lenguh-lenguh satu badan..

p/s: kalau ada lagi bengkel ni 50% nak pergi...haha




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, February 7, 2012

Obesiti



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。} 


Obesiti adalah salah satu masalah kesihatan yang biasa dihidapi oleh rakyat di Malaysia. 


Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. 

Di Malaysia, masalah obesiti telah menjadi masalah yang besar kerana hampir 10 juta rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti ataupun kegemukan. Kebanyakannya berpunca daripada pengambilan makanan segera yang melampau. (Utusan Malaysia, Feb 09). Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami obesiti. 

Obesiti juga menjadi penyumbang kepada penyakit sendi atau osteoartritis yang kerap dialami oleh golongan dewasa sehingga mengehadkan pergerakan mereka. Perkembangan ini antara lain berpunca daripada perubahan gaya hidup rakyat negara ini ekoran pertumbuhan pesat sosioekonomi yang memberangsangkan. 

Kegemukan tidak berlaku dalam sekelip mata. Penurunan berat badan juga tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat kerana mereka yang mengalami masalah obesiti perlu menurunkan berat badan secara sistematik iaitu antara 0.5 hingga satu kilogram seminggu. Penurunan berat badan yang drastik melalui pengambilan ubat-ubatan tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan akan mendatangkan kemudaratan dan seterusnya kematian. 




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, January 22, 2012

Bakar lemak tak bermakna keluar peluh



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Ini biasanya ayat orang-orang yang diet..
"aku nak bersenam dan keluarkan peluh.baru bakar lemak"

bila bersenam dan tak keluarkan peluh..dah mula risau takut tak bakar lemak..
sebenarnya pendapat itu salah...

peluh terdiri dari air dan garam mineral..kalau korang minum air banyak..
maka..korang akan berpeluh lebih banyak..

katakan korang bersenam dengan kawan yang keluarkan banyak peluh dan korang tidak banyak berpeluh sedangkan aktiviti yang dilakukan adalah sama..
jangan risau kerana lemak yang dibakar adalah lebih kurang sama!

>_<

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Vitamin C anti Udang??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Ada tak orang makan udang dan vitamin C bersama?
sebenarnya kalau korang nak tahu..udang dan vitamin C TIDAK BOLEH diambil bersama..

sebabnya..ia akan menyebabkan keracunan kesan dari racun arsenik iaitu dari proses reaksi dari udang dan vitamin C dalam badan..

kesannya..sudah tentu membahayakan..

jadi,ingatkan diri korang..jangan makan udang selepas pengambilan vitamin C..

>_<





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, December 28, 2011

Doakan beliau sihat



Merokok!!!

Mungkin kita tak sedar akan kesannya..

sekarang mungkin kita masih sihat..sekarang kita masih lagi mampu bernafas dimuka bumi ini..

tak pernah nak hiraukan apa nasihat orang lain..

tapi,ketahuilah bahawa merokok bukan saja membahayakan diri sendiri..malah memberi kesan buruk pada orang lain di sekeliling kita..

tapi hari ini aku bukan nak berkempen ke apa...

tapi, nak bercerita tentang seorang rakan blogger kita yang dimasukkan ke hospital


aku doakan saudara Yusuf cepat sihat..

kawan2 pun jangan lupa doakan beliau..

Berita lanjut klik Sini



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, November 19, 2011

Kesinambungan Tips Kurus Berkesan



hai..

aku baru balik keje ni..semangat nak taip entri buat korang..

mesti dah baca kan entri yang sebelum ni..

ni ha baru nak bagitahu tipsnya..
ini betul2 yang berlaku depan mata dan aku tahu cara yang dia buat tu berkesan..

pertama sekali..korang kena hadkan makan nasi..

bukan tak makan langsung..seminggu sekali pun ok..

kalau korang ni penagih nasi yang tegar, korang boleh kurangkan secara beransur-ansur 

korang jangan berhenti secara tiba-tiba sebab korang boleh dapat hypoglysemia pulak.

kalau korang tak makan nasi,korang boleh gantikan dengan makanan 

dari kumpulan makanan yang sama iaitu karbohidrat.

contohnya macam roti wholemeal tu..

Kedua, korang perlu bersenam tiap-tiap hari..jangan pernah tidak.

kalau korang takde masa sangat korang buat sit up 20 kali sehari..
kalau kawan aku tu, dia jogging tiap-tiap hari..pergi gym selalu.

Ketiga, banyakkan makan buah. tak kira la buah apa..

tapi biarlah buah yang tinggi kandungan serat.

keempat, korang perlu ambil makanan tinggi kandungan serat contohnya sayuran, buah..

korang boleh makan lauk sahaja..ingat,tadi dah kurangkan nasi..

tapi bukan untuk kenyang sangat ok..kalau korang kurangkan nasi 

tapi makan lauk macam tak hengat..tak jadi gak ya..

kelima, kalau korang rasa korang memang tak boleh mengawal nafsu makan..korang boleh berpuasa..

dan berbuka dengan makanan yang cukup sekali makan..
kawan aku buat camtu la..

keenam ,kurangkan pengambilan makanan yang berlemak..

selain penyebab gemuk,boleh mendatangkan

pelbagai penyakit..



jangan ikut aku punyer tips kalau korang dah di diagnoskan penyakit gastik..

nanti makin teruk penyakit korang. 

korang boleh nak makan makanan yang berlebih2.tapi pilih 1 hari yang sama tiap2 minggu..

sehari saja tau...selain tu korang perlu kenalpasti tanda-tanda

badan korang tak cukup gula (hypoglysemia) boleh tanya pakcik GOOGLE.


inilah perkara asas untuk diet..kalau korang tak boleh nak ikut,memang la korang

tak akan kurus..

korang ambik la pil apa pun..ubat apa pun..yang asasnya adalah macam ni..

yang penting apa yang korang dah tanamkan

dalam diri korang..

azam korang kena kuat..

sebab apa korang nak kurus??

adakah hanya semata-mata untuk cantik ataupun

untuk kesihatan.




>_<






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, November 18, 2011

Tips Kurus berkesan



memang banyak kita dengar atau baca iklan nak kurus dengan cepat kan.

tapi tak ramai yang berjaya melakukannya.

aku cuma nak berkongsikan satu cerita tentang seorang kawan yang dulu boleh dikatakan "gemuk"

tapi,sekarang..kalau korang tengok dia..korang akan kata "macam mana dia buat eh"

cara dia lakukan perlukan semangat yang kental..azam yang kuat..dibuat secara konsisten dan tak mudah terpengaruh..

tak perlu menggunakan apa-apa jenis produk pun..

nak tahu??? tunggu entri aku seterusnya.kalau berpeluang aku letak foto sekali..

>_<

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, October 3, 2011

peka la sikit!!




Setiap individu perlu lebih bertanggungjawab dan peka pada tahap kesihatan mereka..
amalan gaya hidup sekarang ni menjadi punca masalah kesihatan yang ada..
penyakit pulak pelik2..

Usia muda tak menjamin seseorang hidup sihat kalau tidak amalkan gaya hidup sihat..tambah pulak yang langsung tak ambil berat pasal kesihatan..
apa nak peduli...ah,demam sikit je..sakit sikit je..

Dalam erti kata yang mudah..amalan gaya hidup seseorang memberi impak secara tidak langsung pada kesihatan seseorang individu..

macam mana yang dikatakan amalan kehidupan yang sihat dan cergas?
jom kita check...

1. waktu tidur yang berkualiti
wei.kalau korang tidur 2 jam sehari 2 memang korang manusia yang pelik la..tak normal..masalah tak cukup tidur boleh menyumbang kepada penyakit..

2. minum air dengan cukup.
minum air masak @ air putih...elakkan yang berkarbonat

3. diet yang seimbang
ikut piramid makanan..orang sekarang dah terbalikkan piramid makanan mereka..cuba betulkan balik ya..hehe

4. katakan TAK NAK pada rokok
bakar duit je la korang ni..macam2 alasan kalau suh tinggal yang satu ni..terutama lelaki..
dah tau kandungan dalam rokok tu ape..masih nak bahayakan diri..sampai orang kat sekeliling pun kena..
(suka iklan yang baca surah Yasin ramai2 bila orang isap rokok..>_<)

5. uruskan tekanan
kalau korang tension,uruskan dengan baik..jangan biarkan.guna media yang betul untuk tujuan itu..

6.lakukan pemeriksaan kesihatan
kalau korang ada sakit tu..periksalah.bertemu dengan pakar atau doktor yang bertauliah..jangan rawat sendiri..


banyak lagi sebenarnya..korang bukan tak tahu..korang tak ambil kisah je..bagi korang ini isu biasa..tapi bagi aku or paramedik...ini isu paling penting...
dah tak nak tengok mayat orang kat hospital...


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, March 15, 2011

hilang stress dengan reiki



Reiki ialah satu kaedah melegakan tekanan dari jepun..
Dengan mengalirkan tenaga perawat kepada pesakit melalui sentuhan je..
Reiki ni dapat beri keseimbangan dan keharmonian gelombang/ medan magnet kepada seorang individu.

Reiki juga boleh melegakan kesakitan pada system tubuh
dengan mengurangkan halangan yang wujud.
Tapi reiki ni bukan ubat ya..sekadar satu cara untuk menghilangkan tekanan,juga boleh membantu meningkatkan tahap focus dan rawat stress.

Jom buat reiki! hehe



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, February 10, 2011

Orang Malaysia tak pandai jaga kesihatan



Kenyataan kah?
itu pendapat aku sendiri..melalui pemerhatian yang aku jalankan,orang Malaysia ni tak pandai nak jaga kesihatan..

bila dah sakit baru sibuk nak pergi klinik,pergi hospital..ada juga yang pergi jumpa bomoh dulu!
kenapa? sebab kurangnya kesedaran mereka tentang kesihatan diri,kepentingan menjaga kesihatan untuk menggelakkan penyakit dan juga dapat memastikan diri sentiasa sihat dan cergas.
malah,jarang sekali adanya promosi-promosi kesihatan yang dijalankan di tempat awam..yang ada cuma sekali sekala kat TV..

itupun bukannya semua orang tengok..kan?
apa kata kalau semua iklan kat TV tu iklan kesihatan?
kemudian,buat ceramah kat tempat awam macam kat pasar ke..kat tempat yang selalu orang datang..shopping complex ke??(boleh ke?haha)

maklumat kesihatan pun banyak kat internet..tinggal nak cari je..tapi,berapa kerat je yang cari?
yang ada kat hospital je yang cari? atau bila dah sakit?

kan bagus kalau semua orang tahu yang kesan tidak menjaga kesihatan ni  boleh dapat komplikasi penyakit yang lebih teruk lagi walaupun sakit mereka hanya sakit kepala,sakit perut ataupun lenguh-lenguh badan..
sungguh, mereka yang menghargai tahap kesihatan dan menjaga kesihatan mereka dengan baik menjamin hidup yang lebih berkualiti..
percayalah!




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, February 8, 2011

Apa Itu Sakit Kepala?

Definisi
- kesakitan yang dirasai dalam
tengkorak
 
Am
- salah satu masalah klinikal yang paling kerap dan sukar dalam perubatan
- kebanyakan kes- tidak serius dan berbalik
- sakit kepala bagi keadaan serius biasanya dapat dikenalpasti.

Jenis sakit kepala 
1. Sakit kepala primer
- kerap berpunca dari tekanan mental
- contoh:
  - “tension headache”
  - migrain
 
2. Sakit kepala sekunder
- kerap berpunca dari keabnormalan tertentu.
 
A. “Tension headache”
- jenis yang paling kerap dijumpai
ciri2 kesakitan
  - biasanya bilateral di frontal, oksipital atau temporal
  - “dull”
  - “tight”- “sensation of a band around the head”
  - tiada mual & muntah.
  - tiada fotofobia
  - tidak membangunkan pesakit dari tidur
  - faktor pengcetus:  - stres
  - keresahan
  - depresi 
 
  faktor melegakan 
  - melakukan kerja
 
B. Kesakitan kepala peningkatan ICP
ciri2 kesakitan
  - menyeluruh
  - “throbbing”
  - “constant”
  - papiledema
  - perubahan tahap kesedaran
  - perubahan personaliti.
mungkin disertakan:
  - kabur penglihatan
  - muntah
  - bradikardia
  - hipertensi arterial (kes teruk)
  - demam (jika meningitis).

C. Sakit kepala hipertensi benigna
 
- agak jarang
- lebih kerap di kalangan:
  - wanita:  - muda
  - gemuk
 
 faktor pengcetus
  - pengambilan ubat:
  - pil kontraseptif oral
  - steroid
  - tetracycline.
 
D. Sakit kepala arteritis temporal

ciri-ciri kesakitan
- kesakitan di bahagian temporal
- “constant”
- “burning sensation”
- tender di kulit
- kerap pada:  - waktu malam
- disertakan malaise (keletihan).




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, January 16, 2011

Fungsi Otak Kanan Dan Otak Kiri







Merujuk kepada persoalan pengajar aku siang tadi..aku cuba mencari tentang fungsi otak kanan dan otak kiri..
dah jumpa
jom kita kongsikan bersama..jadi anda semua bolehlah merujuk sama ada selama ini anda menggunakan otak kanan,otak kiri atau keduanya..:)

 
Fungsi Otak Kanan-Kreatif (Creative)
- Sintesis
- Analogi(membentuk kefahaman sesuatu konsep secara mengaitkan dengan ciri yg serupa)
- Ruang
- Intuitif(kebolehan mengetahui sesuatu dengan tidak melalui proses berfikir yg biasa/mengikut gerak hati)
- Holistik(kebolehan memahami idea secara keseluruhan)
- Bentuk / Corak / Pola / Lukisan / Rentak / Muzik / Imej / Visual / Gambar
- Imaginasi
- Kreativiti (kebolehan menyusun idea-idea dengan cara baru dan imaginative)
- Global
- Interaktif
- Gerakan / tarian- Melihat perhubungan dan keseluruhan- Amalan
- Serentak (kebolehan memproses lebih drpd satu jenis aktiviti minda dalam satu masa)
- Visi- Perkongsian / Kerohanian- Bunyi semula jadi
- Emosi(perasaan)
- Konkrit


Fungsi Otak Kiri-Logik(Logic/Numerical)
- Bahasa / Lisan
- Terancang dan berstruktu
- Bukan gerakan
- Pengiraan
- Penulisan
- Melihat Bahagian-bahagian
- Teori
- Mengawal perasaan
- Analisis
- Simbolik
- Abstrak
- Sekuens (turutan
- Rasional
- Digital
- Logik
- Fakta
- Terperinci
- Perancangan
- Prosedur
- Ulangan
- Pengelolaan
- Lelurus (linear)

 Otak kanan berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreativitas, bentuk atau ruang, emosi, musik dan warna. Daya ingat otak kanan bersifat panjang (long term memory). Bila terjadi kerosakan otak kanan misalnya pada penyakit stroke atau tumor otak, maka fungsi otak yang terganggu adalah kemampuan visual dan emosi misalnya.

Otak kiri berfungsi dalam hal perbezaan, angka, urutan, tulisan, bahasa, hitungan dan logika. Daya ingat otak kiri bersifat jangka pendek (short term memory). Bila terjadi kerosakan pada otak kiri maka akan terjadi gangguan dalam hal fungsi berbicara, berbahasa dan kemahiran matematik.

okey itu sahaja..
aku guna otak bahagian mana ya??
tengah2 kut..haha

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, January 8, 2011

Jom Cuci Tangan



Berapa kali sehari anda cuci tangan?
kalau tangan anda kotor  cuci tak?



Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih. Basuh tangan dengan betul dan sempurna dengan air dan sabun:
1. Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
2. Selepas menggunakan tandas
3. Selepas mengendalikan sisa makanan
4. Selepas menghembus hingus
5. Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya

Basuh dengan sabun untuk membersihkan tangan dari kuman dan kotoran.
Ada sesetengah orang tak basuh pun..alasannya tangan masih lagi nampak bersih,tak ada kesan pun?
ada juga yang lepas tu makan nasi..eii..kan kotor tu..
Baiklah,hari ni Puan Misi ni nak cerita tentang basuh tangan jer..
anda semua perlu lebih prihatin tentang penjagaan kebersihan walaupun hanya basuh tangan.Daripada tangan lah sesuatu masuk ke perut kan?
selepas hari ni..basuhlah tangan selalu,bayar bil air lebih sikit pun tak apa.hehe



amalkan langkah-langkah cuci tangan yang betul untuk membersihkan kotoran dan bakteria..
semoga dapat praktikkan dalam kehidupan seharian anda untuk mengelakkan diri daripada penyakit..:).


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, December 31, 2010

Bronkiol Asthma


Bronkiol asthma bukanlah nama orang ataupun tempat.tetapi satu penyakit.
Penyakit ini merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. 
Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasm (kejang) pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. 
Pesakit asma mungkin mengalami wheezing (pernafasan yang berbunyi), sesak nafas, dan sukar untuk melakukan aktiviti.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan kekurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.



Faktor-faktor yang mempradisposkan/membolehkan seseorang mendapat serangan asthma ialah alahan dihidu seperti house dust mite, debunga, spora kulapuk (mould spores), bulu binatang peliharaan udara sejuk,senaman,jangkitan sistem pernafasan,tekanan emosi (stress)aspirin dan ubat seumpamanya,merokok dan menghidu asap rokok,makanan tertentu.

Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.ianya tidak boleh dirawat tetapi boleh dicegah dan dikawal melalui.

1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.
2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma anda semakin meruncing.
3. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler.
4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.
5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
6. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma
7. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor anda.

Pesakit asthma boleh menjalani kehidupan seperti orang normal jika pandai mengawal penyakitnya sendiri..;) 




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, December 18, 2010

Mulut Berbau???eiii



Bau mulut dalam istilah perubatan disebut ‘halitosis’ atau dalam bahasa Inggeris dinamakan ‘Bad Breath’. Ini merupakan suatu masalah yang kerap mengganggu apatah lagi ketika sedang berkomunikasi dengan orang lain.

Bau mulut boleh mengurangkan keyakinan diri..
90% penyebab mulut berbau adalah pasal mulut tu sendiri
selebihnya kerana masalah pencernaan serta penyakit lain. Mengambil makanan tertentu dan merokok juga menjadi sumber mulut berbau.
jika ada sisa-sisa makanan yang lekat di celah-celah gigi,sisa makanan akan membusuk disebabkan oleh bakteria dan seterusnya akan hasilkan sulfur yang jadi penyebab bau mulut.
penyelesaiannya,selain berus gigi tiap-tiap hari,bersihkan juga permukaan lidah atau gunakan flos.
masalah yang lebih berat seperti gigi berlubang,abses gusi atau karang gigi,hanya doktor gigi yang boleh menyelesaikannya! 

Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang penyakit mulut seperti tonsil, resdung, sakit tekak, selesema, demam, kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, kanser mulut, dan sebagainya, nafas berbau ini selalunya berpunca daripada penjagaan oral (mulut) yang tidak betul.

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Rahsia sujud pada perkembangan otak manusia


 
JERTEH - Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA)
Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka
otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara
sempurna.
Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak
akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika
seseorang itu sujud ketika bersembahyang.
"Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di
Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam
kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor
tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan
darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.
"Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam," katanya
dalam kenyataan pada Majalah Buletin Bulanan MICNA Jordan di sini, hari ini.
Beliau berkata, doktor tersebut tertarik untuk memeluk
Islam semasa membuat kajian saraf yang
dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia
tidak dimasuk darah.
"Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang
secukupnya untuk berfungsi secara lebih normal," katanya.
Menurutnya, doktor tersebut amat kagum dengan penemuan
tersebut sehingga ia tidak dapat
diterima oleh akal fikiran.
"Kini doktor tersebut memeluk Islam dan dengan itu beliau
telah membuka sebuah klinik yang
bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Kini beliau membuat
ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui al-Quran dan Hadis Nabawi.
"Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa,
madu lebah, biji hitam (black Seed) dan sebagainya," jelasnya.
Beliau berkata, manusia yang tidak bersembahyang apatah
lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal
tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat
keputusan secara normal.
"Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia
kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan
perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka
mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.
"Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya
secara lebih normal." tambahnya.
 
Wartawan  -  Shahputra

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE