Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, October 8, 2013

Tips supaya blog dikunjungi



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Yess!! apa tujuan korang tulis blog?? salah satunya mestilah korang nak hasil tulisan/taipan korang tu dibaca..betul tak?
Ada orang yang SS..taip punya la panjang giler tapi orang tak faham.so,orang pandang sebelah mata sahaja..masuk tak,komen apatah lagi..frust kan?

Kalau korang baru saja buat blog semalam,janganlah menaruh harapan tinggi yang hari ni komen berlari-lari masuk kan..tak logik la pula.hehe.jadi,sikap sabar dan buat agar blog korang dikenali..dari segi entri dan promote barangkali??

Cara yang paling senang ialah me'link'kan blog orang lain pada entri korang...contohnya korang buat entri untuk ceritakan tentang entri yang telah aku tulis ni.mungkin dengan itu blog korang boleh menjadi perhatian blogger-blogger lain..namun,pastikan konten entri itu benar-benar berkualiti..

Selain tu korang pergi le komen dekat blog-blog lain.mana la tahu ada yang blogwalking dan tertekan link blog korang.Setiap kali kita komen akan mendapatkan satu backlink yang menuju ke blog kita.Jadi,rajin-rajinlah komen blog yang difollow.

Ada orang yang memang berbakat dalam menulis entri..banyak idea-idea baru tetapi update setahun sekali...sape nak baca blog ko dik?? asyik entri yang sama sahaja bertahun-tahun..orang pun bosan..so,dah malas nak datang blog korang lagi.see....nampak tak?? jadi,korang update la.kalau malas hari-hari pun,update seminggu sekali or sebulan sekali..sebulan?? erk?? tu pun dah cukup bagus.hehe

Tajuk entri yang sesuai...yang ini pasti..dan amat sukar..bagi aku juga..bab ni memang payah..kadang-kadang buat entri dulu lepas tu baru fikir tajuk...kadang-kadang tajuk yang bombastik buat orang tertarik nak baca blog kita..macam tajuk entri ini...'tips supaya blog dikunjungi' mungkin boleh ditukar "kenapa orang tak datang blog saya?" maksud yang sama tapi dengan penyampaian yang berbeza..

Dan,yang ke sekian kalinya sudah semestinya dapatkan reader yang setia..cuba tarik perhatian reader mengikut tajuk-tajuk atau topik yang biasa di search..

boleh baca kat sini untuk booster tips..


"short but meaningful"






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, April 9, 2012

Panduan Menghadiri Temuduga



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

hari ini aku ingin berkongsi tatacara atau tips asas untuk menghadiri temuduga..harap ianya berguna untuk korang yang bakal menghadiri temuduga..

straight to the point jelah,tak pandai buat intro.haha

Pakaian yang dipilih mestilah sesuai.bagi lelaki mestilah memakai kasut kulit hitam,rambut mestilah pendek dan kemas.Elakkan memakai selipar atau kasut sukan..juga tidak boleh memakai T-shirt,seeloknya memakai baju kemeja dan bertali leher.baju batik juga tidak sesuai untuk menghadiri temuduga.
bagi wanita,memakai pakaian yang menutup aurat dan kemas contohnya baju kurung atau baju kebaya.Juga perlu memakai berkasut yang bertutup.

Bawa keperluan seperti sijil yang difotostat dan juga yang asal mengikut keperluan jawatan yang dipohon.sediakan semuanya dalam satu fail supaya memudahkan penemuduga.
masuk jika disuruh masuk,ketuk pintu dan berikan salam,ucapan selamat pagi,selamat tengahari atau selamat petang.dan jangan lupa untuk senyum.selain menampakkan korang tenang,ia juga boleh memberikan keselesaan kepada korang dan juga penemuduga.

berjalan dengan baik,jangan berjalan seperti gangster kerana ia menunjukkan keperibadian korang.Berjalan dengan yakin dan cermat..kang tergolek depan tu ha..sape susah?hehe

dan jangan lupa untuk menutup semula pintu dengan cermat.jangan biarkan pintu terbuka jika korang memang nakkan kerja itu.dan jangan sesekali menutup pintu dengan kuat.hehe

kemudian duduk jika disuruh duduk.jangan duduk selagi tidak disuruh.Apabila duduk,duduk dengan selesa,sempurna dan tegak.elakkan meletakkan beg tangan diatas riba bagi wanita.letakkan ditepi kerusi.bebaskan diri dari memegang apa-apa barang dan jangan ubah kedudukan kerusi mengikut keselesaan korang.hanya duduk sahaja.cuba elakkan duduk dengan menyilang kaki.

selain itu,jangan meletakkan siku diatas meja penemuduga..jangan melihat sekitar dan menjenguk kertas-kertas yang ada diatas meja penemuduga.kalau aku yang jadi penemuduga memang aku dah lempang tau..haip!

biarkan penemuduga yang memulakan perbualan..jawab segala soalan yang ditanya dan kekalkan eye contact dengan penemuduga..jangan main mata pulak..ada yang kena tendang keluar nanti..jawab dengan suara jelas,terang,yakin dan teratur.elakkan ayat yang berbelit-belit..kalau bukan penemuduga yang pening,lidah korang pula yang tergeliat.haha

selain itu jangan pula korang bercakap berlebihan dan juga hal-hal yang tidak penting.

tumpukan perhatian dengan soalan yang diberi.jangan pula nanti kena tanya balik soalan yang ditanya.cuba kembangkan jawapan "ya" dan "tidak" dengan alasan yang munasabah.
bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga,kerjaya,pengajian korang dan lain-lain.

jangan sesekali bersikap angkuh dan bersikap acuh tak acuh terhadap penemuduga.gunakan satu bahasa sahaja dan jangan campurkan dengan bahasa yang lain.jangan sesekali menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap.

cuba kembangkan jawapan kepada soalan yang diberi kepada tajuk yang menarik minat penemuduga.Jika penemuduga meminta soalan dari korang,berikan soalan yang berkaitan sahaja.jika tiada soalan beritahu yang korang tiada soalan.dan biarkan penemuduga yang menamatkan temuduga.

diakhir temuduga ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menghadiri temuduga.elakkan terus keluar sahaja tanpa mengucapkan terima kasih dan jangan sesekali lupa untuk mengambil semula fail maklumat korang.

Akhir sekali,korang boleh berdoa je yang korang akan berjaya dalam temuduga tersebut.kalau korang dah usaha yang terbaik,tak mustahil dengan senang je korang boleh dapat kerja tu..

artikel ini adalah ringkasan dari video hasil dari lakonan pelatih IKM Jasin,Terbitan Media IKMJ ..untuk lebih faham,korang boleh tengok.

selain itu,korang juga boleh tengok di sini Tips dan Panduan Lulus Temuduga sektor kerajaan dan swasta







Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, March 18, 2012

churp-churp meningkat lagi!!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

tekan sini dulu sebelum baca

rasanya baru beberapa hari aku post berkaitan churp-churp meningkat kan?
hari ni bila check..meningkat lagi!! gembiranya..
nanti boleh la beli barang-barang..

ada yang tanya..macam mana nak dapatkan duit dengan iklan churp-churp ni..
aii.susah betul nak cakap kalau korang tak daftar churp-churp ni..

kalau nak belajar..sila register dulu 


atau ikut tutorial ni>>> sini

bila dah register..korang letak la iklan churp-churp dekat blog korang
>>>ikut tutorial ni

kemudian..korang boleh la mula berkempen.tak kiralah suh klik gambar churp-churp dekat blog ke..mana-mana yang rasa sesuai..

p/s: dah siap semua?? good luck!





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, March 8, 2012

Cara letak iklan churp-churp di blog



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

cik adik fyza tanya macam mana nak letak iklan churp-churp di blog..
untuk pengetahuan semua..churp-churp ni tak macam nuffnang..iklan keluar sendiri..
churp-churp ni kita yang kena letakkan iklan sendiri dan kena sentiasa alert dengan iklan terbaru..

belum daftar churp-churp? tengok sini...sign in melalui facebook atau twitter
cara-cara nak letak iklannya macam ni..

bila dah sign in ke churp-churp pergi ke dashboard dia kemudian tengok samaada terdapat iklan untuk di kongsikan. kemudian klik dekat keep sharing tu..


bila dah klik situ akan keluar url kan? copy url tersebut
masukkan dekat link campaign dalam kod dibawah 



<a href="LINK CAMPAIGN" target="_blank"><img height="70" src=
"URL GAMBAR CAMPAIGN" width="70" /></a>




untuk dapatkan url campaign pula klik dekat image iklan yang anda nak share tadi.kemudian right klik dan pilih copy image url dan pastekan dekat url gambar campaign dalam kod diatas.



okey..dah siap..yang itu bahagian kod dia.
kemudian Log in blog anda
pergi ke design > add a gadget > HTML/javascript

copy kod yang dah masukkan url campaign dan url image campaign tadi dan paste kedalamnya
save dan drag ke mana-mana yang anda suka.
apabila anda tekan gambar tadi akan keluar macam ni


untuk tambah iklan lain.copy kod yang sama tadi cuma tukarkan url kempen..

dah?







Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, February 20, 2012

Tips Untuk Blogger Baru dan Lama



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

hai korang blogger baru?? meh nak bagi tips sikit..juga untuk perhatian blogger-blogger lama sekali.
apapun..aku bukan blogger otai..atau blogger yang pandai..
just nak berkongsi sama-sama apa yang aku dapat sepanjang berblog..
yang dah buat tu baguslah..
aku lagi suka nak blogwalking ke blog korang..hehe

kalau dulu..aku nak buat blog aku paling cantik..jadi aku letak banyak-banyak widget..jam,ikan..dan macam2 lagi..hehe
tapi,lama-kelamaan aku tahu bahawa widget-widget macam tu hanya akan memberatkan blog tanpa memberikan sebarang makna pun pada korang..

yang kedua..kotak komen..dulu aku tak pernah kisah..lantak la orang nak komen ke hape ke..janji blog aku!!
tapi..lama-kelamaan.tak ada orang yang komen pun blog aku..bila aku paksa baru diorang komen..hihi..
rupa-rupanya..sangat rumit nak meninggalkan hanya satu patah perkataan sebab tak buat pop-up window comment..
nak tahu apa tu pop up window comment?? bila kita tekan dekat post a comment tu akan keluar satu window kecik macam blog aku ni..jadi tak mengganggu sesiapa nak baca entri dan juga tak perlu nak tunggu reload page semula..
dan rasanya word verification tu tak perlu juga kot..
yang ketiga..tulisan yang sesuai..kalau tulisan yang korang pilih tu macam cacing yang mana korang sendiri tak faham..jangan mengharap orang lain faham la ya..jadi..pilih tulisan yang biasa-biasa sahaja..macam aku punya..simple..orang nak baca senang..

setakat itu sahaja dulu..aku tahu korang pun malas nak baca..hihi..

p/s: anggap diri sendiri sebagai readers blog



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE