Showing posts with label pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan. Show all posts

Monday, February 10, 2014

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2014



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, February 21, 2013

Percaya Atau Tidak : Fakta Pelik Fakta Menarik



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


kutu dapat melompat hingga 30cm,dua puluh kali panjang tubuh mereka sendiri.

Pada Tahun 1783 sebuah letusan besar di iceland telah mengakibatkan debu yang tebal dan banyak sehingga boleh menutup matahari selama sesaat di Eropah.

Kompleks industri Cubatao di Brazil dikenali sebagai lembah maut kerana kesan dari operasi kompleks itu telah menghancurkan pokok-pokok dan sungai-sungai berhampiran dengannya.

sekitar 20-30 gunung berapi meletus setiap tahun,sebahagian besar dibawah laut.


Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar.

Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut aufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya ahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian. 


seekor katak panah emas beracun boleh membunuh lebih dari 1500 orang dengan racunnya.

burung helang pemburu boleh melihat mangsanya sejauh lebih dari 8km.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 dari berat tubuhnya

Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan

Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat

Kita tidak boleh menjilat siku kita sendiri

Ayam yang sudah terpenggal lehernya masih mampu lari sepanjang padang bola sebelum benar-benar mati.

Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

Nama yang paling banyak digunakan diseluruh dunia adalah Muhamad

Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk adalah Madu

Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, January 25, 2013

Fenomena Laut Merah/Red Tied/Alga Bloom


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Baru je plan nak ajak Mr PPP makan Char Kuew Tiaw malam ni..alamatnya kempunan lagi lah nampaknya..

terbaca status Cik Puan Azizah pasal mengidam nak makan char kuew tiaw.
lupa pula pasal Fenomena Laut Merah yang berlaku di perairan laut Pulau Gaya, Pulau Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokasi berhampiran. 


Akibat Fenomena Red Tied tu semua jenis kerang (tiram, dalus, remis dll) serta ikan palagik (tamban, basung, dll) tidak selamat dimakan buat sementara waktu. Namun ikan laut dalam, udang, ketam dan sotong selamat dimakan tetapi insang dan organ dalam perlu dibuang serta dicuci sebelum di masak. ke ada yang makan ikan sekali dengan organ dalaman?? hehe.

Red tide ni berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan phytoplankton dinoflagellate di dalam air laut.Red Tied adalah fenomena biasa yang selalu berlaku di persisiran pantai, muara sungai dan laut. Fenomena ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom. .
Nasihat supaya berhati-hati ketika memakan makanan laut lain dalam tempoh terdekat ini kerana dikhuatiri hidupan laut itu turut tercemar.



Kesan awal akibat memakan makanan laut yang tercemar ini termasuklah rasa loya, kebas, pening dan sakit kepala. sesiapa yang mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan itu perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin di pusat kesihatan berhampiran.

Phytoplankton atau alga ialah sejenis tumbuhan laut satu sel yang sangat halus. 
Ia menjadi makanan kepada pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan dan kerang-kerangan.Walaupun terdapat beribu-ribu spesies phytoplankton, hanya lebih kurang 100 spesies boleh mendatangkan keracunan.

Perubahan cuaca, pertukaran arus, peningkatan aliran sungai ke laut, penggunaan baja berlebihan dan peningkatan aliran kumbahan boleh menyebabkan harmful algal bloom (HAB) atau pertumbuhan pesat phytoplankton yang mengandungi toksin berlaku.

Faktor-faktor ini akan menyebabkan peningkatan nutrien dalam air. Pertukaran suhu juga dikesan dapat menggalakkan pertumbuhan phytoplankton. HAB berlaku apabila jumlah phytoplankton meningkat melebihi 10,000 sel setiap liter air laut. Kadangkala fenomena HAB menyebabkan air laut bertukar warna menjadi merah-coklat.








Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, November 1, 2012

CARA MEMOHON BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M 2.0)



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

kepada yang layak..jom memohon

panduan untuk memohon ada disini




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, May 10, 2012

What is Pamabrom?



Pamabrom is a diuretic (water pill). It works by increasing urination.
Pamabrom is used to treat bloating, puffiness, and other signs of water weight gain related to menstrual symptoms.
Pamabrom may also be used for other purposes not listed in this medication guide.

What is the most important information I should know about Pamabrom?
Do not use this medication if you are allergic to pamabrom or if you are unable to urinate.
Before using pamabrom, tell your doctor if you take any other diuretic (water pill), or if you have high blood pressure, heart disease, or kidney disease. If you have any of these conditions, you may need a dose adjustment or special tests to safely take pamabrom.
Use this medication as directed on the label, or as your doctor has prescribed. Do not use the medication in larger amounts or for longer than recommended.
Do not take more than 4 tablets in one day (24 hours).

What should I discuss with my healthcare provider before taking Pamabrom?
Do not use this medication if you are allergic to pamabrom or if you are unable to urinate.
Before taking pamabrom, tell your doctor if you have high blood pressure, heart disease, or kidney disease. If you have any of these conditions, you may need a dose adjustment or special tests to safely take pamabrom.
Pamabrom may or may not be harmful to an unborn baby. Tell your doctor if you are pregnant or plan to become pregnant while you are taking this medication.
It is not known whether pamabrom passes into breast milk or if it could harm a nursing baby. Do not use this medication without telling your doctor if you are breast-feeding a baby.

p/s: pamabrom terkandung dalam ubat panadol menstrual



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, April 18, 2012

Nombor Pendaftaran Kenderaan Malaysia Terbaru



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Ini adalah no. pendaftaran kereta terbaru...


PerakAHW5240
SelangorBLQ9736
PahangCDA1692
KelantanDCA5423
JohorJNN3136
KedahKDE6961
LangkawiKV1793D
LabuanLD9274
MelakaMCE4029
N SembilanNCR234
Pulau PinangPKN6465
KuchingQAA1940B
Sri AmanQBB2159
K SamarahanQCC3605
LimbangQLA6058
MiriQMS9004
KapitQP6883
SarikeiQRG3936
SibuQSW3276
BintuluQTJ5136
PerlisRK905
Kota KinabaluSAB3639J
BeaufortSB4954B
Lahad DatuSD7513H
KudatSK1697A
SandakanSS2114R
TawauST4231R
KeningauSU6549B
TerengganuTBF6604
Kuala LumpurWWQ5901



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, March 22, 2012

Permohonan Polis Diraja Malaysia melalui spa8



Assalamualaikum wbt.. {。^◕‿◕^。}

Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mulai 20 Mac 2012.  

semalam.buka portal SPA tu untuk isi borang anak saudara aku.tup-tup tertengok la iklan Polis Diraja Malaysia kat situ..senanglah lepas ni..nak minta polis ikut SPA je..jom serbu


nak upah....sini



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, March 21, 2012

APA ITU serangga TOMCAT ?





Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Ädâ sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.

Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandung toksin haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenal sebagai 'Pederin' (C24 H43 O9 N) ditemukan pada tahun 1953.

Racun ini 12 kali lebih kuat daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih tetap beracun.
Nasihat kepada  yang dijangkiti:
Kurangkan penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, kerana kumbang rove amat tertarik kepada cahaya. Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau kelambu nyamuk yang halus
Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar.. Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air. (Sumber : pak hIdali)
Jika ada yg kena Tomcat, cepat cuci air bersih,sapu hydrocortisone 1% atau sapu betametasone+antibiotik neomycin sulfat-3xsehari or sapu Acyclovir 5%

Binatangnyaseperti kalajengking tapi kecil panjang warna merah belang hitam.. jika digigit akan terjadi herpes berwarna merah dan bernanah dan akan merebak jika tidak dirawat.




p/s: binatang ni pernah menyerang kolej aku..aku tak pernah kena...parut dia susah nak hilang ooo



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, February 13, 2012

Organisma “Multi resistant” (MRO)



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Organisma “Multi resistant” (MRO) adalah salah satu penyebab utama berlakunya morbiliti dan mortaliti bagi pesakit yang dijangkiti.Implikasi MRO menyebabkan pesakit yang dijangkiti terpaksa tinggal di wad dalam jangkamasa yang lama.

Ini akan meningkatkan kos rawatan penyakit kerana memerlukan antibiotik yang mahal untuk merawat pesakit tersebut.
Selain itu, kos pengurusan pesakit juga akan meningkat kerana pesakit perlu diberi rawatan pengasingan dan ini akan melibatkan penggunaan alat pelindung diri (PPE) yang banyak.

Setiap kali bakteria terdedah kepada antibiotik, ia akan berada di bawah ”selective pressure” dimana ia hanya membenarkan organisma yang menghasilkan rintangan dapat terus hidup dan membiak.
Prinsip asasnya ialah memperlahankan evolusi rintangan dengan mengurangkan penggunaan antibiotik yang tidak perlu. (Internet:file://F:\How severe is antibiotic resistance.htm).

MRSA dikenalpasti sebagai penyebab utama jangkitan nosocomial di hospital. Kajian yang dilakukan oleh Nottingham University Hospitals mendapati 40 hingga 50% daripada jangkitan nosocomial adalah  disebabkan oleh MRSA. (http://www.nuh.nhs.uk/nch/antibiotics/Bugs/staphylococcus-aureus.htm).


MRO adalah organisma yang menghasilkan rintangan terhadap dua (2) atau lebih jenis antibiotik yang berlainan kumpulan. Organisma itu berupaya menghasilkan rintangan dalam pelbagai cara

            Contohnya:
1.Melalui proses mutasi genetik
2.Keupayaan menghasilkan enzim yang memusnahkan antibiotik
3.Menukar kepada sistem metabolic rain yang tidak dipengaruhi oleh antibiotik
4.Mengawal ketelapan membrane selnya daripada kemasukan antibiotik.
             Rujukan : (Vicniss-MRO Education Module.htm)

Ia merebak melalui
Sentuhan secara langsung dari punca ke pesakit, contohnya melalui tangan anggota kesihatan yang tercemar.
Secara tidak langsung melalui peralatan yang telah tercemar contoh stetoskop, BP set dan lain-lain.
Rujukan : (Waikato District Health Board POLICY:Infection Control Management of Multidrug-resistant Organism)







Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, February 10, 2012

Rotavirus Mengganas!!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


PRIHATIN...Mah (berdiri kiri) melawat kanak-kanak yang dirawat di Hospital Tapah dipercayai akibat wabak AGE.



TAPAH: Punca kematian mengejut dua bayi awal minggu lalu, dipercayai akibat sejenis wabak dikenali sebagai Acute Gastroenteritis (AGE) yang dibawa virus rotavirus yang kini sudah menyerang 2,236 bayi di Perak.
Difahamkan wabak dibawa virus itu tersebar melalui air dan makanan dan hanya menjangkiti bayi di Teluk Intan, Hutan Melintang, Chenderong Balai, Langkap di Hilir Perak dan Batang Padang, Tapah, di sini.

Berdasarkan aduan diterima, rotavirus lebih mudah menyerang bayi berusia antara dua bulan hingga 10 bulan menyebabkan mangsa cirit-birit dan demam panas sebagai tanda awal.


Exco Kesihatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata penemuan punca wabak AGE itu diperolehi hasil ujian makmal sejurus dua bayi mati mengejut awal minggu lalu.

Katanya, virus berbahaya itu menyebabkan bayi menghidapnya hilang selera makan, sakit kepala, sakit perut, loya dan pelbagai tanda lain.

orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan perlu segera mendapatkan rawatan.



ROTAVIRUS: sejenis virus yg menyebabkan gangguan kepada saraf di otot sistem peghadaman kita dengan mempercepatkan pergerakan peristalsis otot usus boleh menyebabkan seseorang itu muntah atau cirit birit berterusan.terdapat pada air yg tidak dirawat dengan betul atau pemindahan dari satu pesakit kepada pesakit yang lain contoh: (ibu yang membersihkan najis pesakit berisiko untuk memindahkan virus kepada semua ahli keluarga)


Jangkitan ROTAVIRUS boleh menyebabkan dehidrasi ( kehilangan air dari tubuh yg teruk ). Kejadian seumpama ini akan menyebabkan kejutan, kegagalan buah pinggang atau kerosakan otak dan mungkin menyebabkan kehilangan nyawa dalam beberapa kes. Adalah penting untuk anda mengenali simptom-simptom dehidrasi akibat jangkitan ROTAVIRUS, seperti berikut :

kelesuan
kering , sejuk badan
sedikit atau tiada air mata bila menangis
mulut yang kering dan melekit
mata yang cengkung dan fotanel yangg tenggelam ( kawasan lembut pada kepala bayi tempat tulang tengkorang yang belum rapat )
kehausan keterlaluan


Bagaimana ROTAVIRUS merebak 
Melalui faecal-oral ( virus merebak melalui najis ke mulut kanak-kanak lain )
Tangan, barangan mainan dan objek di sekitar yang tercemar
Pengambilan makanan atau minuman yang tercemar
Sentuhan pada permukaan yang tercemar


Ujian makmal:
najis akan diambil sebagai satu ujian makmal bagi menentukan najis itu terdapat virus,bacteria,dan parasit.ujian darah untuk mengenalpasti tahap dihidrasi pesakit.


Komplikasi:
dehidrasi / kekurangan air yang mencukupi dalam badan kerana pesakit mengalami muntah dan ciritbirit berterusan. Jika mengalami dehidrasi yang terlalu teruk, pesakit boleh MAUT.


Rawatan:
rawatan diberikan untuk simptom penyakit saja. Antibodi akan terimun sendiri selepas penyakit sembuh.Antibiotik diberi kepada penyakit daripada bakteria BUKAN virus.


1. Hentikan serta merta susu formula yg diberikan terhadap kanak-kanak. TUKARKAN SUSU FORMULA BERLAKTOSA KEPADA TANPA LAKTOSA bertujuan untuk mengurangkan ciritbirit berterusan.
2. ubatan untuk mengurangkan/ menghentikan simptom akan di preskripsikan
3. banyakkan minum air,dan minuman bervitamin seperti jus buah buahan
4. minuman seperti vitagen adalah digallakkan tetapi jika berlanjutan berhenti pengambilannya dan jumpa doktor anda
5. amalkan makan atau minum dalam kuantiti yg sedikit tetapi kerap mengelakkan muntah beterusan
6. JAGA KEBERSIHAN TERUTAMANYA CUCI TANGAN 





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, February 7, 2012

Bertutur bahasa korea dan mandarin selepas kemalangan



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}



BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemala-ngan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.
Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.
“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.
Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
 Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.

Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.
Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja.


p/s: ujian tuhan..diberi dan mungkin diambil serta merta..
budak tu kemungkinan mengalami foreign accent syndrome, di mana seseorang itu mengalami gangguan otak dan mampu bertutur dalam bahasa asing






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

China's largest newborn baby weighs 7.04kg

Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


A baby weighing 7.04 kilograms was born on Saturday in central Henan Province, setting a new record for being the heaviest newborn in China, local media reported.
The 29-year-old mother surnamed Wang gave birth to the super-size baby through Caesarean section in Xinxiang City. Both she and the baby are in good condition, the Dahe News said.
Wang and her husband are of normal stature and they have a 6-year-old daughter who weighed about 4 kilos at birth.
Wang's doctor Ren Xijie said the newborn boy was about 60 centimeters long. His delivery took nearly 20 minutes.
Wang said she had no special diet during pregnancy and the only difference was that she had a much bigger belly than other pregnant women.
The largest newborn baby on the Guinness World Records was a 10.1-kilogram Italian baby born in 1955 and the former national record holder was a 7-kilogram baby born in 2008 in Liaoning Province.
Shanghai Daily, February 7, 2012


7.04 kg tu besar sangat..dan kebiasaannya di Malaysia..bayi yang dilahirkan terlebih kilogram adalah bayi yang mana ibunya menghidap diabetes..

p/s: normal berat bayi 3-3.5kg sahaja. 





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, February 3, 2012

Haiwan macam udang gergasi



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


WELLINGTON – Sekumpulan saintis telah berjaya menemui haiwan krustasia seperti udang gergasi pada kedalaman tujuh kilometer (km) di perairan New Zealand dengan saiznya dianggarkan 10 kali ganda berbanding spesies berkaitan yang bersaiz normal, lapor agensi berita AFP.
Haiwan laut dalam yang tergolong dalam kumpulan kategori amphipod itu ditemui ketika satu ekspedisi menuju ke Kermadec Trench, utara New Zealand oleh sekumpulan saintis dari University of Aberdeen dan Institut Penyelidikan Marin NIWA, Wellington.
Haiwan amphipod biasanya membesar sehingga tiga sentimeter (sm).
Seorang penyelidik, Alan Jamieson dari University of Aberdeen nyata terkejut apabila terjumpa haiwan amphipod seperti udang yang bersaiz 28sm apabila dia mengosongkan perangkap di atas dek kapal penyelidikannya.
“Saya berhenti dan fikir apakah benda ini sambil melihat ke arah seekor amphipod yang jauh lebih besar daripada yang pernah saya fikirkan. Ia seperti menjumpai lipas bersaiz satu kaki,” kata Jamieson.
Amphipod lain yang kelihatan seperti udang dan dapat dirakamkan dalam ekspedisi sama tetapi tidak ditangkap dianggarkan sepanjang 34sm.
“Penemuan ini membuktikan bahawa kita hanya tahu sedikit mengenai kehidupan di kawasan laut dalam New Zealand dan habitat yang unik,” jelas ketua saintis NIWA, Ashley Rowden.
Amphipod gergasi sebelum ini pernah sekali dijumpai pada tahun 1980-an.
Ia ditemui di Hawaii, kira-kira 7,000km ke arah utara. NIWA menyatakan ia masih belum menentukan hasil tangkapan itu adalah spesies baharu atau sebaliknya.
Para saintis itu juga mengakui bahawa mereka tidak tahu kenapa hidupan laut dalam boleh membesar dengan begitu besar. – Agensi

p/s: goreng sedap tak? aeeeiii







Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, January 29, 2011

10 tanda wanita kuat cemburu



Perkara biasa adalah perasaan cemburu wujud dalam setiap diri manusia.bergantung kepada tiap-tiap antara kita untuk mengawal perasaan tersebut..cemburu wujud diantara pasangan bercinta mahupun dalam perkahwinan. Kebiasaannya cemburu dikaitkan dengan wanita kerana lelaki lebih membiasakan diri untuk menyembunyikan perasaan tersebut.

bagi lelaki-lelaki diluar sana..sila semak samada teman wanita atau isteri anda adalah kaki cemburu...

1) Setiap pergeraan anda perlu untuk dia tahu..kemana anda pergi.apa anda buat..
2) WAJIB tiada kawan perempuan
3) Selalu mengesyaki anda berlaku curang
4) Mahu mengenali semua kawan anda
5) Dia selalu menyiasat perihal anda melalui kawan-kawan
6) Tidak suka anda berpakaian terlalu kemas.
7) Dia selalu ingin kamu bersamanya berbanding rakan-rakan.
8) tidak dapat terima hakikat walaupun anda telah bercakap jujur
9) Masam muka apabila sms,panggilan tidak dijawab
10) marah jika melihat anda bercakap dengan wanita lain.

cara menyelesaikan masalah wanita kaki cemburu...?
tak dapat aku nak tolong...aku pun cemburu juga!!! haha

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, January 26, 2011

motivasilah diri kamu



walaupun beberapa hari ni agak sibuk dengan kerja-kerja
 yang diberikan,aku masih lagi mampu untuk meng'update' blog.hehe.
Bukanlah menjadi satu
gesaan untuk aku update blog ni tetapi satu kepuasan 
dapat melepaskan apa yang terbuku dihati.sekurang-kurangnya 
dapat menjadi satu pemangkin kepada diri aku supaya lebih
 berusaha untuk mencapai impian..impian? apa impian aku ya??hehe(aku pun tak tahu)

hari ni juga aku telahpun membaca sebuah buku motivasi.bertajuk PANDUAN DAN STRATEGI MOTIVASI DIRI..hasil tulisan Syarifah Akmam Syed Zakaria..agak menarik dan menjadikan aku lebih bersemangat menghadapi hari-hari yang bakal mendatang.

ingat ya,motivasi sangat penting bagi setiap individu...
Bak kata Peter Davis "motivation is like food for the brain.you cannot get enough in one sitting.It continual and regular top ups"

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, January 25, 2011

Malaysia ada Wawasan

wawasan 2020..
anda tahu ke apa wawasan 2020??
dah lama tidak mendengar tentang perkara ini..
adakah sudah tenggelam dek 1Malaysia?
adakah semua orang sedar yang negara kita mempunyai wawasan yang perlu dicapai?
kalau anda tidak tahu sila belek buku tulis adik2 anda atau anak2 anda..yang kulit warna koko tu.
cuba lihat di belakang,anda akan jumpa wawasan 2020 (sesetengah buku sahaja)
jom baca cabaran2nya...


CABARAN PERTAMA 
MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA YANG BERSATU YANG MEMPUNYAI MATLAMAT YANG DIKONGSI BERSAMA. IAITU SEBUAH NEGARA YANG AMAN, BERINTEGRASI DI PERINGKAT WILAYAH DAN KAUM, HIDUP DALAM HARMONI, BEKERJASAMA SEPENUHNYA, SECARA ADIL DAN DIDOKONG OLEH SATU BANGSA MALAYSIA YANG MEMPUNYAI KESETIAAN POLITIK DAN DEDIKASI KEPADA NEGARA.

CABARAN KEDUA 
MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA YANG BERJIWA BEBAS, TENTERAM DAN MAJU DENGAN KEYAKINAN TERHADAP DIRI SENDIRI, BANGGA DENGAN APA YANG ADA, DENGAN APA YANG DICAPAI, GAGAH MENGHADAPI PELBAGAI MASALAH. MASYARAKAT MALAYSIA YANG MUDAH DIKENALI DARI SIKAP INGIN MENCAPAI KECEMERLANGAN, SEDAR SEMULA KEMAMPUANNYA, TIDAK MENGALAH KEPADA SESIAPA DAN DIHORMATI OLEH RAKYAT NEGARA LAIN.

CABARAN KETIGA 
MEWUJUD DAN MEMBANGUNKAN MASYARAKAT DEMOKRATIK DAN MENGAMALKAN SATU BENTUK PERSEFAHAMAN MATANG IAITU DEMOKRASI MALAYSIA YANG BOLEH MENJADI CONTOH KEPADA BANYAK NEGARA MEMBANGUN.

CABARAN KEEMPAT 
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA, KUKUH DALAM NILAI AGAMA DAN KEJIWAAN DAN DIDORONG OLEH TAHAP ETIKA YANG TINGGI.

CABARAN KELIMA 
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG LIBERAL DAN BERTOLAK ANSUR, DI MANA MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA BEBAS MENGAMALKAN ADAT, KEBUDAYAAN DAN KEPERCAYAAN AGAMA MEREKA DAN PADA MASA YANG SAMA MELETAKKAN KESETIAAN MEREKA PADA SATU NEGARA

CABARAN KEENAM 
MEWUJUDKAN MASYARAKAT SAINTIFIK DAN PROGRESIF, MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI DAYA PERUBAHAN TINGGI DAN MEMANDANG KE HADAPAN YANG BUKAN SAHAJA MENJADI PENGGUNA TEKNOLOGI TETAPI JUGA PENYUMBANG KEPADA TAMADUN SAINTIFIK DAN TEKNOLOGI MASA DEPAN.

CABARAN KETUJUH 
MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG DAN BUDAYA MENYAYANGI, IAITU SATU SISTEM SOSIAL YANG MANA KEPENTINGAN MASYARAKAT ADALAH LEBIH UTAMA DARIPADA DIRI SENDIRI, YANG MANA KEBAJIKAN INSAN TIDAK AKAN BERKISAR KEPADA ORANG PERSEORANGAN TETAPI DISEKELILING SISTEM KELUARGA YANG KUKUH.

CABARAN KELAPAN
MEMASTIKAN MASYARAKAT YANG ADIL DALAM BIDANG EKONOMI. IAITU MASYARAKAT YANG MELAKSANAKAN PENGAGIHAN KEKAYAAN NEGARA SECARA ADIL DAN SAKSAMA, YANG MANA WUJUD PERKONGSIAN SEPENUHNYA BAGI SETIAP RAKYAT DALAM PERKEMBANGAN EKONOMI. MASYARAKAT SEDEMIKIAN TIDAK AKAN WUJUD JIKA MASIH ADA PENGENALAN KAUM BERDASARKAN FUNGSI EKONOMI DAN KEMUNDURAN EKONOMI BERDASARKAN KAUM.

CABARAN KESEMBILAN 
MEMUJUDKAN MASYARAKAT MAKMUR YANG MEMPUNYAI EKONOMI YANG BOLEH BERSAING, DINAMIK, GIAT DAN BERDAYA TAHAN.




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

cari jodoh=beli sepatu



pinjam kata-kata pengajar aku..beliau menyatakan bahawa 'cari jodoh@pasangan hidup umpama membeli sepatu'
yelah..aku setuju..sepatu yang dibeli mestilah sama saiz,warna yang sama..yang kiri sama dengan yang kanan dan juga sebaliknya. manakan tidak,jika membeli sepasang sepatu yang tidak sama saiz,mahukah anda memakainya? pastinya tidak kan? apatah lagi sekiranya sepatu itu tidak sama saiznya!
untuk memastikan tidak berlaku hal yang demikian,haruslah mengambil masa untuk memilih 'sepatu' tersebut agar mendapat hasil yang memuaskan.

jadi,selamat memilih 'sepatu' ^_^

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, January 15, 2011

Plastik tak ada ke?


Hari ini hari sabtu..HARI TANPA PLASTIK BAG...
jadi,sekiranya anda ingin membeli belah..sila bawa bakul ya..jika nak juga plastik,anda perlu membayar harga plastik itu..

ini adalah usaha kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik bag kerana plastik bag itu mengambil masa yang lama untuk diuraikan..Plastik-plastik yang dibuang ini tidak akan hancur dalam masa yang singkat kerana jangka hayatnya sangat panjang hingga mencapai lebih kurang 10 abad untuk hancur atau terurai. 

Selain itu, plastik-plastik yang dibuang juga boleh menyekat pengaliran air sehingga boleh menyebabkan air parit dan sungai membanjiri kawasan berhampiran apabila hujan lebat. Disebabkan oleh faktor tempoh reput yang agak panjang, maka ia akan memenuhi sebahagian besar dari kawasan tapak pelupusan sampah. 

Lebih merisaukan lagi, plastik boleh mengeluarkan kompaun toksik dan berbahaya apabila ia reput. Sekiranya hal ini berlaku, pencemaran tanah, sungai dan sumber air di bawah permukaan tanah tidak mustahil akan terjadi. 

Ingatlah bahawa bumi ini dan kesihatan yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah antara amanah yang perlu dijaga dan dipelihara oleh kita dengan sebaik-baiknya selama mana kita hidup di dalam alam yang bersifat sementara dan fana’ ini. Amatlah pedih azab yang bakal kita terima di akhirat kelak seandainya kita gagal dalam memikul tanggungjawab berkenaan. 

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, December 22, 2010

Beza Personaliti Anak




Personaliti anak-anak berbeza mengikut urutan dalam keluarga..
ikuti panduan ciri-ciri personaliti anak berdasarkan kedudukan dalam keluarga

Anak Pertama
  • pintar
  • bertanggungjawab
  • berasa curiga dan tidak percaya
  • rasa tidak selamat
  • cemburu
  • mudah teruja
  • sensitif
  • autoritarianisme (carik sendiri maksudnya.hehe)
Anak Kedua
  • berdikari
  • Agresif
  • sukakan keseronokan
  • suka berkawan
  • boleh dipercayai dan diharap
Anak Ketiga
  • mudah mengalih perhatian
  • Mendambakan kasih sayang
  • cemburu
  • berasa rendah diri
  • berasa kekurangan
Anak bongsu
  • Rasa selamat
  • yakin diri sendiri
  • pemurah
  • manja
  • tidak matang
  • suka bersaing
  • kurang bertanggungjawab
okey..itu perbezaan personaliti kanak-kanak mengikut kedudukan dalam keluarga..
p/s:
ada orang tanya..kalau ada anak 5,6,7 atau 8 macam mana?? hah..sudah! tak tahu..hehe

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, December 18, 2010

Rahsia sujud pada perkembangan otak manusia


 
JERTEH - Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA)
Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka
otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara
sempurna.
Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak
akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika
seseorang itu sujud ketika bersembahyang.
"Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di
Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam
kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor
tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan
darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.
"Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam," katanya
dalam kenyataan pada Majalah Buletin Bulanan MICNA Jordan di sini, hari ini.
Beliau berkata, doktor tersebut tertarik untuk memeluk
Islam semasa membuat kajian saraf yang
dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia
tidak dimasuk darah.
"Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang
secukupnya untuk berfungsi secara lebih normal," katanya.
Menurutnya, doktor tersebut amat kagum dengan penemuan
tersebut sehingga ia tidak dapat
diterima oleh akal fikiran.
"Kini doktor tersebut memeluk Islam dan dengan itu beliau
telah membuka sebuah klinik yang
bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Kini beliau membuat
ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui al-Quran dan Hadis Nabawi.
"Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa,
madu lebah, biji hitam (black Seed) dan sebagainya," jelasnya.
Beliau berkata, manusia yang tidak bersembahyang apatah
lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal
tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat
keputusan secara normal.
"Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia
kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan
perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka
mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.
"Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya
secara lebih normal." tambahnya.
 
Wartawan  -  Shahputra

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE