Semasa cuti mid sem yang lepas..aku gian membuat kek..
memang aku tidak pandai sangat..
tapi aku selalu buat kek coklat dan try membuat toppingnya..hehe.
Memang adik2 aku ‘disumbat’ dengan kek yang aku buat je minggu itu..
3 hari berturut2.hehe
Tetapi mujurlah mereka ni jenis makan je apa yang aku buat..
dan aku rasa kek yang aku buat tu agak sedap la (haha..perasan sungguh!)..kek itu memang tidak bersisa..
maknanya semua habis dimakan.
resepi kek ini aku belaja masa duk di klinik pengkalan kubur..
diajar oleh kawan sekumpulan dengan aku..
Okeh ni gambar kek yang sempat aku ambik sebelum di balun oleh adik2 aku…
Kalau ada sesiapa yang nak buat kek ini..
bahan-bahan:
bahan A
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
2 biji telur
bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan penuh soda bicabonate
1 cawan serbuk koko
bahan C
1 cawan minyak
1 cawan air panas
cara-cara:
pukul bahan A hingga kembang
ayak bahan B
campur bahan A, B dan C dan pukul rata
sapu sedikit minyak pada acuan/loyang dan masukkan adunan kek
kukus selama 1 jam
dah siap!!!
0 budak cute :):
Post a Comment
Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.