hari ini hari pertama dalam minggu pre management..fuh..memang mencabar jiwa dan raga!
dah la tak reti..tak tahu dengan siapa nak mintak tolong..
cukup 3 minggu management,memang tinggal tulang la aku..!
dulu,aku ingat nak jadi staff nurse ni senang..bila dah masuk sini,pandangan tu langsung terus berubah..
serius aku katakan nak jadi staff nurse ni bukan senang walaupun orang tengok keje nurse layan pesakit,jaga pesakit..tapi disebalik itu banyak lagi yang orang tidak tahu..
sesiapa yang ada dalam bidang ini tahulah betapa susahnya untuk bergelar seorang staff nurse..
hari-hari aku minta dengan TUHAN agar cepatkanlah tahun ini berlalu..kerana biarlah dugaan ini cepat berakhir..
tapi..berakhirkah ujian itu???
untuk hari esok...akan aku pujuk hati ini supaya lebih tabah dalam mengharungi jalan yang berliku untuk menjadi seorang staff nurse yang berdedikasi...ceewah! (perasaan..haha)
semoga sesiapa sahaja yang sama bidang dengan aku ini bertambahlah kesabaran dalam mengharungi jalan yang kamu pilih sendiri..^_^
0 budak cute :):
Post a Comment
Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.