Tuesday, March 1, 2011

seminggu bersama pesakit mental





agak lama tidak 'update' blog ini..sunyi sepi sungguh! hehe..maaflah jika ada yang ternanti-nantikan en3 baru.aku tidak dapat bagi korang sume bahan bacaan buat masa sekarang kerana terlalu banyak kerja yang perlu aku jelaskan 'hutang-hutangnya' terlebih dahulu..hehe

seminggu ini aku mendapat pengalaman yang cukup berharga kerana bertugas di wad psikatric..sungguh mencabar kerana saban hari hanya berkomunikasi dengan pesakit mental!
tetapi kamu semua jangan pandang rendah pada pesakit mental..kerana ada diantara mereka juga sama seperti kita..manusia normal! cuma bezanya mereka berada disana...
mereka kadang-kadang lebih tahu tentang dunia ini berbanding kita..mereka lebih tahu tentang hakikat kehidupan walaupun kadangkala terlebih tahu dan merapu!

tetapi itu tidak meninggalkan kesan pada aku kerana tugas aku merawat mereka..peluang untuk bersama-sama duduk dengan mereka membuka mata aku bahawa lebih ramai yang diluar sana yang sakit jiwa!

manakan tidak..saban hari banyak kes-kes berkaitan dengan manusia yang bermasalah mental.

manusia sekarang tidak tahu mengawal perasaan dan stress yang mereka alami membuatkan ianya menjadi salah satu faktor yang penting dalam membawa kepada masalah mental..

ingatlah semua..mungkin hari ini hari mereka..esok lusa kita tidak mengetahuinya..
layanlah mereka seadanya..elakkan stigma..supaya mereka juga boleh hidup normal seperti kita..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

0 budak cute :):

Post a Comment

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE