Thursday, August 2, 2012

Berbezanya kita !




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

sekejap sahaja masa berlalu...
bulan puasa pun hampir berlalu pergi..dah tak lama pun..akan tiba pula hari raya..

terkenang pula zaman kecil-kecil dulu..masa baru-baru nak belajar puasa..
minum air paip tu dah jadi perkara biasa..
tapi kalau terserempak dengan mak ayah..mula lah aku dikuarantin masa berbuka!
makan lah sorang-sorang selepas orang lain dah kenyang..hehe.

semua tu dah jadi kenangan..sebab dah lama berlalu..
sekarang,giliran aku pula yang mengajar anak aku berpuasa..
aku tak pernah tahu kalau dia berbuka minum air paip...hehe

tapi,setakat hari ini 3 hari dia tak puasa..sebab demam..yang lainnya..ok lah..boleh dikatakan selamat..
takde pula aku tengok dia keluar masuk bilik air macam aku dulu..
cuma rengekkan je yang aku dengar setiap petang..kecuali kalau cuaca hari tu tak panas..

dan..pasar ramadan kat sini (Johor) sumpah tak semeriah pasar ramadan dekat kampung (Terengganu)
kat sini tak banyak pilihan makanan..lebih banyak jual lauk..
dekat terengganu lebih banyak jual kuih..lauk pun ada cuma tak semua jual lauk..
kuih pula sudah semestinya bukan kuih karipap!!

yang adanya onde-onde (buah melaka), kepek idung (aku tak tau kat sini panggil apa..hehe)
sungguh! tak sabar nak balik kampung..dan sudah tentu aku rindu dengan masakan mak..
tiada yang lebih enak dari masakan mak..kalau mak goreng ikan sekalipun sudah sedap..
dan aku tahu.hidangan wajib bila aku balik kampung adalah ulam-ulaman dan budu..
dan..masa tu aku akan makan nasi berkali-kali selepas berbuka..
padanlah aku mudah gemuk di bulan Ramadhan..

dan ikhlas aku nak beritahu...aku sendiri tak tahu apa kaitan tajuk diatas dengan entri aku hari ni..sekian..haha



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

4 comments:

  1. baru tahu,..Arra dah kawen n ada anak...ingat masih belum kawen..sorry,...sbb xbanyak cerita pasal anak disini....

    yaa..kenangan bersama mak mmg terindah...mak masak apa pon sedap!! sokong sangat2 fakta tuu

    ReplyDelete
  2. tak nafikan dulu wak2 budak2 bab keluar masuh b.mandi mmg wajib..hehe..budak2 sekarang nek kurang plak sbb ida tgk ank2 sedara x macam 2 pon :)

    ReplyDelete
  3. heh nasib baik anaknya tak ikut...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE