Monday, July 2, 2012

Pemegang Ijazah boleh memohon jawatan dalam SPM,SPA



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Berita baik bagi pemegang Ijazah yang masih menganggur..
SPA dah umumkan pemohon pekerjaan boleh memohon jawatan yang dua peringkat lebih rendah daripada kelulusan yang dimiliki.Dengan ini akan meningkatkan peluang pekerjaan bagi mereka yang masih belum mendapat kerja

Calon berkelayakan Ijazah Sarjana Muda kini dibenarkan untuk memohon dan dilantik ke jawatan yang berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia. Ini bertujuan bagi membolehkan semua calon bersaing bagi memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik yang dimiliki calon. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan kaedah ini, semua calon boleh memohon mana-mana jawatan yang dimohon tersebut dua (2) peringkat lebih rendah daripada kelayakan akademik tertinggi yang dimiliki calon.

Calon kini dibenarkan memohon sehingga 15 pilihan jawatan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i bagi semua peringkat kelayakan sama ada SPM, Diploma atau Ijazah. Kaedah ini bertujuan untuk membolehkan calon memohon seberapa banyak jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik masing-masing serta calon akan mempunyai banyak peluang untuk dilantik ke jawatan yang bersesuaian.

Dengan ini akan membuka lebih peluang kepada mereka-mereka yang ingin memohon jawatan yang mereka ingini..

p/s: Bagi pemegang SPM,perlu lebih berusaha kerana makin ramai pesaing.


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

8 comments:

  1. jenuh la bagi yang ada sijil spm sahaja untuk dapatkan kerja di spa.. apa pun rezeki ada di mana2 kan ;)

    ReplyDelete
  2. dah 2 tahun apply. tp x pernah di panggil ke temuduga pon

    ReplyDelete
  3. sian yg spm kan kene bersaing dgn org ijazah...

    ReplyDelete
  4. mcm x relevan la..cian org yg ada SPm je

    ReplyDelete
  5. kene saing la.. saingan yg hebad..=D

    ReplyDelete
  6. sokong ngn phat..shida ni 5tahun berturut2 aply cuma smpai surat proses jawatan..tah ler...hurmm..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE