Cerpen: Jalinan Kasih Part 1
"Murni..apa jawapan kau?" tanya Iqbal..
"Iqbal,aku tak ada jawapan untuk soalan atau luahan kau..aku anggap kau kawan aku.." lantas murni bangun dan terus berlalu ke tandas..
Di tandas..Murni pantas sekali menutup pintu rapat-rapat...
Ah! apakah perasaan ini?? jantung berdegup kencang..kenapa dia musnahkan persahabatan yang dah lama di bina..apabila dia meluahkan rasa itu..situasi sudah tak sama lagi...ah,Iqbal! kenapa kau tega perlakukan aku sebegini...
**********
Sebulan berlalu tanpa jawapan dari Murni..tiap kali Iqbal cuba untuk bersuara..Murni melarikan diri..
Murni masih belum punyai jawapan untuk Iqbal..
Apabila mata bertentang mata dengan Iqbal semasa di kelas..jantung Murni berdegup kencang..serba tak kena rasanya untuk terus berhadapan dengan keadaan tersebut..lantas dicapainya sehelai kertas..
Iqbal,aku cuba..aku cuba untuk menerima cinta kau
Lantas dimasukkan surat itu kedalam saku..dipandangnya wajah muram Iqbal dari jauh..
"sudah lama wajah itu tidak senyum"..bisik Murni.. dan kemudiannya Murni tersenyum sendirian..
Pada waktu rehat...Murni sengaja tidak keluar untuk ke kantin..dia ada tugas yang perlu dilakukan..
perlahan-lahan dia menuju ke arah tempat duduk Iqbal yang bertentangan dengan tempat duduknya..
diselaknya alas meja plastik yang mengalas meja Iqbal..lalu diselitkan surat yang ditulisnya tadi disitu..
"ini untuk membuat kau senyum Iqbal" Beritahu Murni sambil berlalu keluar dari kelas dan menuju ke perpustakaan..
Habisnya waktu rehat,masing-masing menuju ke kelas..termasuklah Murni..
mengambil tempat yang paling selesa..Murni menunggu respon dari Iqbal..Namun,sepertinya Iqbal tidak perasan akan kehadiran surat dibawah alas mejanya walaupun masa berlalu lebih satu jam..Lalu,Murni memutuskan untuk menumpukan sepenuh perhatian pada Cikgu Mohamad yang sedang mengajar subjek Matematik dihadapan kelas.
"Iqbal!!! apa yang kau menungkan tu?? faham tak apa yang cikgu ajar ni??" marah Cikgu Mohamad pada Iqbal.
"Err..tak ada apa-apa cikgu..saya faham " beritahu Iqbal sambil menggaru kepalanya yang tak gatal..
semua pelajar lain gelak-gelak dan tak kurang ada yang tertawa sinis..
" sudah! tumpukan perhatian " kata Cikgu Mohamad.
Murni memandang Iqbal..dan Iqbal mengangkat surat yang Murni tuliskan untuknya sambil tersenyum..
Murni juga turut tersenyum..rupanya itulah sebab Iqbal termenung..dan bukan termenung sahaja..tetapi dia merenung Murni sebenarnya...
seakan-akan tidak percaya yang Murni memberikan jawapan yang positif kepadanya.serasa mahu menjerit kegembiraan apabila Murni menerima huluran cinta yang tak seberapa darinya..
"Murni...akan aku jaga cinta kita ini" bentak Iqbal dalam hati..
kesudahan?? belum ada..teruskan menanti..part 3
0 budak cute :):
Post a Comment
Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.