Wednesday, November 30, 2011

Tuhan, kau ambillah nyawaku..



Tuhan,kau ambillah nyawaku..bila-bila masa yang kau mahu.

Sesiapa yang membaca entri aku sebelum ini
Kata-katanya buat aku berfikir
akan tahu siapa yang aku maksudkan..
Luahan..rungutan..bukanlah sifatnya..
dia sakit,dia diam..

lidahnya sentiasa mengucapkan kata syukur..terima kasih..
aku tak mampu berhenti menulis kerananya..

Esok hari terakhir aku menjaganya..sungguh! aku terkilan..

aku sayang untuk mengatakan yang aku tak akan mampu menjaganya lagi..
aku sedih untuk memberitahu

"Pak cik, esok hari terakhir sy bekerja,Pak cik jaga diri elok-elok ya"

"Pak cik, sy datang esok nak tengok pak cik sihat"

dan sebenarnya banyak lagi pesanan yang hendak aku beritahu..
namun,melihatkan air mukanya berubah.aku diamkan saja..

selepas ni siapa yang hendak bertanyakan pak cik 

"pak cik dah makan?"

"pak cik dah solat?"

"pak cik sakit ke?"


katanya, biarlah dia sakit..sekurang-kurangnya nyawanya tidak di ambil sekelip mata.
sekurang-kurangnya dia sempat melakukan amal ibadat..

sekurang-kurangnya dia telah mendidik anak-anaknya ke arah yang betul..
dan, kesakitan yang di alami adalah penghapus dosa..

subhanallah! begitu tabahnya dia dalam menghadapi ujian hidup..
mampukah kita setabah dia dalam meniti hari-hari yang kian berlalu walaupun tanpa
diberi kesakitan?






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

9 comments:

  1. rajin yer slalu tanye pakcik tu,,papepun kesakitan adalah ujian,,ntahla dapat tabah ke tak mcm pakcik tu,,:(

    ReplyDelete
  2. Tiba2 saja teringat lagu Alleycat "Andai Aku Pergi Dulu" dan lagu Ungu "Andai Ku Tahu"


    Entri terbaru di blog JR:

    "Biar Betul...Ada Pemimpin Wanita Malaysia Pakai Bra RM26,000??"

    ReplyDelete
  3. baca entri nie pas lagu di belog nie . .
    sngat tacink !!

    sob3 ~

    ReplyDelete
  4. salam;
    tiada yang kekal kecuali dengan keizinan-Nya..

    ReplyDelete
  5. http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2012/01/vote-for-dewisyifaindehouseblogspotcom.html


    Lyeen harap sangat-sangat u all berbesar hati dan meringankan jari-jemari anda untuk tekan butang "VOTE" tu..Okey..:)

    ReplyDelete
  6. sedihnya baca
    cik Arra nama Allah guna huruf besar yer
    sekadar menegur

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE