Hari ni hari pertama kerja selepas lama bertungkus lumus di dalam kelas.
bila dah masuk bekerja,memang banyak kisah-kisah..yang sakit tu memang banyak..
yang tak sakit pun banyak..
pesakit-pesakit yang datang ke hospital kadang-kadang bukan hanya akibat kesakitan yang ditanggung sahaja..
dalam hati penuh beban..malahan yang menjaga pesakit2 ni pun punyai masalah sendiri..
Manusia kan..mana yang tak ada masalah.
Kisah hari ini tentang pasangan suami isteri yang mana si suami dimasukkan ke wad akibat kemalangan jalanraya..
siapa yang tahu..dalam kepayahan seorang isteri menjaga suaminya ini,rupanya ada masalah yang disimpan!
rumahtangga mereka bergolak sejak lama dahulu..
sejak si isteri mengandungkan anak mereka yang ketiga yang berusia 4 bulan pada masa sekarang.
si suami keluar berjoli dengan perempuan lain..bila dah miskin, baru datang ke pangkuan si isteri..
pulang dengan love bite..
terlibat dengan pengambilan Marijuana (substance abuse)
alahai....isteri mana yang tahan dengan perangai lelaki yang tidak bertanggungjawab macam ni?
tetapi, si isteri tadi masih di situ..katanya kerana memikirkan pahala dan dosa sebagai isteri yang sah..
walaupun dah 7 kali turun naik mahkamah..si suami enggan melepaskan si isteri..
katanya jika si isteri meninggalkan dia..dia akan menjadi mangsa simbahan asid dan anak-anak akan diperdagangkan..
isk..tabahnya perempuan ini dalam melayari bahtera yang seringkali dipukul gelombang..
terasa sakit dengan tamparan ombak namun masih setia mempertahankan layar!
apa nasibnya di masa akan datang tiada siapa yang tahu..
kebahagiaan yang di impi, mampukah menjadi miliknya dengan pengorbanan yang dilakukan sekian lama?
berapa banyak lagi sisa hidupnya akan dihabiskan dengan lelaki yang sebegitu?
semoga Allah menolong dia dalam meneruskan kehidupan dengan lebih tabah...ataupun memberi hidayah kepada
si suami agar lebih bertanggungjawab..
* watak sebenar dirahsiakan bagi menjaga kepentingan dan maruah pesakit.
semoga tabah ye si isteri tu :)
ReplyDeletemungkin dia fikirkan anak-anak, adelah tu insyallah ganjaran untuk dia kat sana nnt :)
ReplyDeleteTimba Hijau- harap-harap macam tu lah..:)
ReplyDeleteAsyikin- mungkin juga sebab kadang-kadang orang perempuan lebih pentingkan anak-anak drp diri sendiri
ReplyDeletetabahnye la isteri ni..kalau ca, ca da xtahan da nk idup ngn laki camtu...
ReplyDelete*ca dtg dr segmen shiema~ :)
sikit sikit nak simbah asid .. hurmm .. takot punya pasai kalau pnaz pun sabar juga tapi tak tau la takat mana sabar tu..hehe tapi si isteri tu memang tabah ..
ReplyDelete