"saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Biologi dengan kepujian..saya mengikuti program matrikulasi satu tahun sebelum melanjutkan ijazah..saya telah menjadi seorang guru selepas saya bergraduasi..tapi takdir Allah tu maha besar..Dia menghalakan saya kearah minat saya semula..walau sejauh mana saya lari, saya tetap menyimpan cita-cita untuk menjadi jururawat..jangan tanya kenapa tidak bermula sejak selepas SPM..yang boleh saya katakan hanyalah, jauh perjalanan, luas permandangan, banyak pengalaman..jadi tak salahkan saya mengambil diploma selepas menggenggam degree? its crazy, but its lovely..lets ur passion be ur profession! :)"
fyezrahman
cuba teka apa perasaan aku bila baca ni..
sesungguhnya semangat untuk bergelar guru makin membuak2..
aku tak sehebat dia..ada degree..tapi,aku tak dapat nak lupakan cita2 tetap aku iaitu
untuk menjadi seorang guru..
umpama orang bercinta..walaupun berada dengan orang lain,hatinya tetap pada insan yang dicintai..
kadang-kadang aku terfikir..kenapa Tuhan tidak berikan aku kerjaya guru yang dia miliki
pada aku dan kerjaya aku kepada dia? kan?
tapi, bila difikirkan balik..mungkin kerjaya itu tak sesuai dengan aku..ataupun Dia ingin aku
berusaha lebih untuk mendapatkan apa yang aku impikan ataupun mungkin juga menguji samada
aku betul-betul bersungguh.
Dan kini, walaupun makin hampir bergelar seorang jururawat..hati aku masih pada yang satu itu..
dan mungkin aku juga akan melakukan sesuatu yang dikatakan "crazy, but lovely" oleh insan diatas..
thanks..
>_<
Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini
bleh je dik nak kejar cita2 yg diingini,,mcm kwn baik akk sendri,,dulu beriya2 nasihat org bg semgt jd nurse,,,alih2 dia tukar profesion jd cikgu,,mungkin dia jumpa passion dia kt situ,,,tak kisahla keje ape pun dik,,,yg penting minat,, ;)
ReplyDeletebetul tu..minatlah yang penting sekali..
ReplyDeleteAllahuakbar! arra..kita tak rasa apa pun masa menulis entri tu..tapi bila baca semula potongan entri yang awk adunkan ni, air mata bergenang..okey, im touching..seriously!
ReplyDeletefor me, nurse is a great job..we can be a care giver, a counselor, a teacher, a friend etc..tak mustahil awk akn jd pengajar satu hari nanti, insyaAllah..
just remember, kita beruntung kerana terpilih utk berada disini..sbg nurse, kita boleh jadi apa saja yang kita mahu, tapi tak semua org boleh jd mcm kita- a nurse..be proud dear..lets ur passion be ur profession! :)
yup..sedih betul malam ni..
ReplyDeleteharap2 pun macam tu..xleh komen banyak2..haha
semoga berjaya mencapai apa yg diinginkan..
ReplyDeleteThanks teratak hati..:)
ReplyDelete