Monday, June 25, 2012

Pesakit kanser leher terjun tingkat 3 wad




GEORGETOWN: Tidak tahan menanggung penderitaan kerana barah leher dialaminya, seorang lelaki warga emas nekad terjun dari tingkat tiga Wad C 15, Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, awal pagi semalam.
Tan Jit Wan, 68, sudah seminggu berada di HPP untuk menjalani rawatan penyakit dialaminya itu dan dia dikatakan pernah mengadu kepada doktor serta jururawat kerana tidak tahan menanggung sakit.

Bagaimanapun, kira-kira jam 2.30 pagi semalam, mangsa yang dilihat murung dan termenung di tepi tingkap berhampiran katilnya, terjun melalui tingkap itu.

Pengawal keselamatan, Sarina Maidin, 50-an berkata, dia terdengar bunyi objek terhempas sebelum meninjau di lokasi kejadian.

“Saya terkejut mendapati tubuh seorang lelaki dengan kesan darah di kepalanya sebelum menghubungi polis,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komsioner Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati mangsa terjun kerana tidak tahan menanggung penderitaan akibat penyakit dialaminya itu.

“Mangsa sebelum ini pernah menceritakan kepada doktor serta jururawat yang dia tidak dapat menahan penderitaan akibat kanser leher dialaminya itu.

“Selain itu, mangsa juga dilihat kerap termenung di tepi tingkap dan semalam, dia akhirnya nekad terjun dari tingkat tiga dan mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Difahamkan, ketika itu ada beberapa pesakit ternampak mangsa yang cuba terjun namun mereka tidak sempat menghalangnya kerana kejadian berlaku dengan pantas.

Kes itu adalah kejadian kali kedua membabitkan pesakit terjun di tingkat tiga wad C15 kerana tidak tahan menanggung azab penyakit dialami.


Mei lalu, seorang penghidap penyakit batuk kering yang juga seorang lelaki warga emas, R Tanchavarnam, 68, turut mengambil jalan mudah menamatkan riwayatnya dengan terjun dari tingkap.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

11 comments:

  1. siannya. kalau ada support dari keluarga insyaAllah x de terjun ni kan.

    ReplyDelete
  2. salam;
    ada juga aku lihat kes ni dalam berita TV tempoh hari..dalam hal ni seperti pihak Hospital dipersalahkan..kerana kurangnya menjaga keselamatan pesakit....

    ReplyDelete
  3. dulu waktu temankan adik xcdent di sebelah bangunan tu terletak wad untuk pesakit jiwa

    so dari tingkap bangunan yg rawat adik leh la nampak macam-macam perangai pesakit jiwa tu.
    pernah sekali tu ada remaja perempuan lari dalam keadaan naked.
    ramai pula yang nak pergi tolong

    nurse situ kata awek cun tu jadi gila lepas tunang dia mati xcdent seminggu lagi nak kawin.
    kesian kan.

    ReplyDelete
  4. bahaya btoi org zmn skrgkan...ambil jln mudah je

    ReplyDelete
  5. cik belalang pernah juga posting kt hosp nie..wad nie memg..sian3...x thn mnangung...

    ReplyDelete
  6. suka blog ni, done klik churpy dan nuff. klik sini juga k

    ReplyDelete
  7. hurm.. apabila kita sakit.. kita kena sabar.. hmm

    ReplyDelete
  8. aduhai, harap2 nanti bila sy dah keje xde lah kes mcmni.. jenuh nak tulis incident report.. takut lah.. mintak2 di jauhkan. Amin..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE