Friday, June 29, 2012

Kisah Kasih darinya..




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Amaran keras kepada ibu mengandung tak cukup bulan...warga emas yang tak ada gigi dan bayi umur bawah 1 bulan dilarang membaca!!!


Nabiel Faan sangat kecewa melihat MK Syahir makan maggie sorang2.namun Aida Omar juga turut kecewa sebab ‎Shawn Razaleigh tak muncul-muncul kerana dating dengan BabyZyra Roxx yang curang bersama Zul De Alexis dan kantoi depan mata Arra Ahmad.Namun,Encik Atan terus menampar Korn El Jr. yang leka mengorat Cik Kartun.. 

"Aduhhhh..... sakittt..." Lalu Lea Isnawi sapu ubat. sapu ubat kuat buatan MK Syahir & Zul De Alexis.
yang sedang melihat tom & jerry 

namun ubat itu telah ditelan oleh Mk Syahir sendiri..ubat itu dijampi oleh Shawn Razaleigh menyebabkan MK Syahir menjadi seorang perempuan berkaki panjang..panjang macam Korn El Jr.berbulu macam ‎Akmal Hakim yg kakinya patah jeles melihat kejadian ini..juga bermontot seksi seperti Afzal Sukasuki...lalu die menggoda Muhamad Jajam.lalu dia menjerit memanggil Miera Edora yang sedang???

namun sebenarnya Miera Edora ada menemani beliau..Apakan daya panas tidaklah sampai ke petang,Asma Liyana telah datang membuat huru hara.. dan mengaku lelakinya jugak Akmal Hakim.. sudahhhhhh... ayoooo.. jeng jeng jeng Bug Love menyanyi riang... tiba2 pintu diterajang oleh Muhamad Jajam lalu pecah berderai bak karipap Adila Saddam..yang mengaku dirinya sebagai jamani slam, mendengar akan kenyataannya itu menyebabkan Man Kete muntah ayam. 

Kunun2 jajam nak jadi hero, tetapi kakinya dibentes Adam Sahaja ketika menerajang pintu. maka terjatuh jajam berguling2.. jatuh cerpelop! ke dalam tasik tempat Ain Dzayaberdeting ngan Ik Hanif trrrrrr..... Arra Ahmad datang masuk bilik bawak makan untuk Akmal Hakim..... lunch time..... 

"ko tertinggal jauh ni Korn El Jr. " kata Khalila Mohd Ishak..

ah Korn El Jr. lari tajuk!!

"laa.. skang kan masih dalam bilik tempat akmal hakim tu.. betul ah" Bentak Korn El Jr.

seperti yg diketahui penduduk kampung, tasik ni penuh dengan buaya jadian ciptaan Faezah Albaj.. buaya itu pernah menelan bulat2 Bonz Zackless.. sehingga tak bersisa seperti Shafuan Kechik yg leka meratah ayam kepsi bersama Eyda Syahida II. jeng3.... mereka pasangan yang sangat cute seperti Hazira Alias.

jeng3, Bug Love bernyanyi riang sekali lagi sambil mencungkil ayam goreng yang tersisa di gigi dan sambil nyanyi lagu makhluk tuhan paling seksi... tiba2 hujan turun dengan lebatnya. tanda Miera Edorasedang menangis.

Entah kenapa Miera Edora menangis tak henti2 sambil menjeling tajam Adam Sahaja..sedangkan semalam baru menang cabutan bertuah. mungkin dipukul oleh Aida Omar

mungkin juga disepak oleh Encik Atan...mungkin juga dicabut bulu hidungnya oleh Shawn Razaleigh dan BabyZyra Roxx yang cemburu dengan kecantikan bulu hidungnya...yang ketika itu sangat panjang sepanjang bulu kaki Safarin Sulaiman dan kerinting bak rambut Amirul Kizmyself RafiQin... lalu dipotongnya...

dan semua orang mula beransur2 balik mengikuti jejak Arra Ahmad...
 
‎"nanti, kalian masih berhutang dengan aku!" kata Muhamad Jajam yg tiba2 keluar dari tasik tadi. 

bersambunggg... Entah kenapa tiba-tiba muncul MK Syahir memeriahkan suasana...suasana suram MK Syahir tercekik makan durian..

HUARGHHH!~~~~dinasor baru bgn, cumil kunun2...
AAAAHHH!! AAAAAHHH!! AAAAAHHH!! 

moral of the story:
aku pun tak faham cerita ni kisah apa.korang fahammmmmm???? haha

p/s: kisah kasih dari Geng Blogger Sengal..ko ada???



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tiada galang gantinya



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Bukan senang untuk menjaga orang tua atau golongan warga emas..tambah lagi yang sakit..
kerja aku duk di hospital..hari-hari nampak orang tua yang masuk wad..ada anak-anak yang jaga..dan ada juga yang tak jaga.maklumlah..semua bekerja.tak boleh nak tinggal kerja..jadi,yang menjaga mereka umpama emak sendiri adalah kami-kami yang bergelar 'Misi' ni..

Yang menyayat hati..sampai mak ayah mati pun tak ada yang menjenguk..apatah lagi menelefon bertanyakan khabar..apa nak dikata..anak sibuk dengan kerja,mencari bekalan untuk hidup.tanpa disedari,bekalan akhirat telahpun di abaikan..

Bukan susah datang jenguk emak yang sakit..sekadar memberi perangsang untuk meneruskan rawatan bagi menjamin kesihatan diri,ataupun sekadar menyuapkan makanan kemulut mereka yang dahagakan kasih sayang..tentunya perasaan atau makanan itu sendiri terasa lain apabila insan yang disayangi yang menyuapkan..betul tak??

Bukan juga susah untuk bacakan surah Yaasin tatkala Izrail datang menjemput mereka..memang kita tidak mendoakan mereka pergi meninggalkan kita untuk selamanya..tetapi sekadar mengurangkan azab sakaratul maut..Mudah-mudahan..

Sedarlah anak-anak, sekalipun anda sibuk bekerja..luangkan sedikit masa untuk menjengah emak anda..Kerja boleh dicari..emak anda tiada galang gantinya...
jangan hanya bila dah tiada barulah anda mencari!

p/s: sedih menyaksikan pesakit tidak mahu makan semata-mata menunggu anak datang...



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Elak mual dan muntah semasa hamil



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hari ni nak kongsikan tajuk yang digemari bagi yang sedang hamil diluar sana..
biasa lah kan..awal-awal kehamilan akan ada mual-mual, muntah, selera makan berkurang...
ini memang kes biasa..yang masuk wad aku pun ramai ni..kata senior aku..ni musim mengawan..haha..jahat tak??

caranya macam biasa..cuma perlu tambah dan elakkan beberapa perkara


Berasa loya selalunya tanda awal bagi kehamilan. Keadaan ini boleh bermula dari minggu kelima dan berlarutan sehingga kira-kira minggu kelima belas. Namun begitu, ada kemungkinan bahawa keadaan ini akan kembali lagi pada tahap kehamilan yang lain. Loya boleh berlaku pada bila-bila masa dalam sehari, tetapi kebanyakan wanita merasakan keadaan ini berlaku pada suatu waktu tertentu. Menghidu bau sesetengah makanan atau asap rokok boleh menyebabkan loya dan keadaan ini bertambah teruk apabila keletihan.Dipercayai ia adalah disebabkan oleh paras hormon yang tidak stabil dalam badan semasa hamil.


Makan makanan seimbang dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar, bersama sekurang-kurangnya 2 cawan susu rendah lemak setiap hari (atau produk tenusu seperti keju dan yogurt).
Untuk mengelakkan pedih hulu hati dan serangan gastrik, boleh memakan makanan ringan yang sihat di antara waktu-waktu makan, atau makan dengan sedikit tetapi kerap.

Jika sering rasa mual dan kerap muntah, gantikan cecair yang hilang dengan meminum air, jus buah-buahan perahan segar yang tidak bergula atau susu..kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan banyak lemak serta kafein,ini akan meningkatkan ketidakselesaan yang di alami..

Apabila terasa mual semasa bangun dari tidur..dinasihatkan tidak terus bangun dari katil..ambil makanan atau minuman terlebih dahulu..biasanya susu..dan elakkan bangun dari katil atau dari posisi duduk kepada berdiri secara tiba-tiba..
Sekiranya mengetahui anda alah pada bau-bauan ataupun rasa tertentu..elakkan terlebih dahulu sehingga dah tak rasa mual..

Makan sedikit tetapi kerap..makan apa sahaja sehinggalah anda jumpa dengan makanan yang sesuai dengan anda.biasanya ia akan hilang dengan sendiri dan anda tidak akan jumpa makanan yang sesuai.Perut yang kosong akan memburukkan lagi keadaan mual sehingga boleh menyebabkan pedih ulu hati dan kembung perut.
jika rasa mahu muntah,muntah sahaja,jangan ditahan-tahan.lagi anda tahan,lagi menyeksa diri.Tetapi jangan sekali-kali beranggapan bila sudah lega,ia tidak menyerang lagi.

Bagi yang rasa sebu atau kembung perut,minuman halia atau teh “chamomile” boleh membantu melegakan keadaan ini.tetapi tidak digalakkan mengambilnya dalam kuantiti yang banyak.mencukupi jika anda sudah mula merasa lega.
Terdapat juga pendapat bahawa memakan vitamin yang mencukupi semasa tempoh tersebut boleh mengurangkan penderitaan yang dialami.namun,bukan semua orang macam tu..
sehingga sekarang penyebab mual semasa hamil tidak dapat dipastikan..hanya teori-teori yang dirasakan bersangkut paut sahaja yang dibentangkan termasuklah disebabkan oleh hormon.

Jangan risau kerana mual dan muntah akan berkurang dan menghilang dengan sendirinya.Namun,kadang-kadang akan mengalaminya sepanjang kehamilan..
rujuk doktor jika keadaan makin teruk..


p/s: bila nak dapat anak nombor 2 ni???


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, June 27, 2012

Air hijau harga 5 sen



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Terasa kian lama sudah aku tak update..
tah lah.kalau update pun aku rasa tak puas hati..pertama sekali,laptop ada masalah...keduanya aku tak ada masa..
penat weh balik kerja nak mengadap blogspot ni.nak perah otak lagi..malas pula rasanya..hehe

Ni aku nak cerita pasal semalam..anak aku main basikal dekat depan rumah..memang biasa dia main basikal petang-petang dengan anak jiran sebelah..
pada pukul 6 lebih kurang..dia masuk dalam rumah.ambil tabung dan duk korek-korek duit dalam tu.bila aku tanya,dia kata nak beli air kat depan sana..orang jual dengan motosikal.

aku tanya la berapa ringgit air yang dia nak beli..
dia kata 5 sen..

aku dah rasa pelik dah air apa yang murah sangat sampai jual 5 sen je..aku tanya banyak kali juga lah..betul ke harga air tu 5 sen je?
dia kata ya..memang 5 sen..
tapi aku berikan je rm 1 sebab aku tak sure harga dia 5 sen..tak logik la kan air 5 sen??

lepas tu dia pergi beli air tu berbekalkan duit rm 1 yang aku beri dan 20 sen yang dia sempat ambil dari tabung..

balik je dia bawak air kaler hijau dalam plastik kecik..aku tanya berapa harga air tu?
dia cakap rm1..
haih!! mahal betul sampai air dalam plastik cenggitu rm1..mentang-mentang budak kecik tak tahu nak mengira..dibalunnya sampai rm 1

aku siap pesan lain kali jangan beli lagi air tu!

p/s: 5 sen dan rm1 jauh bezanya!


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, June 26, 2012

Abbreviations dalam Gynaecology



ACA anticardiolipin antibodies
ACTH adrenocorticotrophic hormone
aFP a-fetoprotein
AGCT adult granulosa cell tumours
AGUS atypical glandular cells of undetermined
significance
AIDS acquired immune deficiency
AIS adenocarcinoma in situ
ANA antinuclear antibodies
AP anteroposterior
APA antiphospholipid antibodies
APTT activated partial thromboplastin time
ART assisted reproductive techniques
ASCUS atypical squamous cells of undetermined
significance
ATP adenosine triphosphate


b.i.d. bis in die (twice a day)
BCC basal cell carcinoma
BMI body mass index
BPL Bio Products Laboratory
BSO bilateral salpingo-oophorectomy
BV bacterial vaginosis
CA125 cancer cell surface antigen 125
CDC Centers for Disease Control
CEE conjugated equine oestrogen
CHD coronary heart disease
CI confidence interval
CIGN cervical intraepithelial glandular neoplasia
CIN cervical intraepithelial neoplasia
CIS carcinoma in situ
CISH classic interstitial Semm hysterectomy
CLSI capillary/lymphatic space invasion
CNS central nervous system
CO2 carbon dioxide


COC combined oral contraceptive
CPP chronic pelvic pain
CRL crown rump length
CT computerised tomography
Cu copper
CURT calibrated uterine resection tool
CVP central venous pressure
D&C dilatation and curettage
DBCP dibromochloropropane
DCIS ductal carcinoma in situ
DDAVP 1-desamino-8-d-arginine vasopressin
DES diethylstilbestrol
DEXA double X-ray absorptiometry
DGI disseminated gonococcal infection
DHT dihydrotestosterone
DI detrusor instability
DMPA depo-medroxyprogesterone acetate
DNA deoxyribonucleic acid
DRVTT dilute Russell’s viper venom time
DUB dysfunctional uterine bleeding
DVT deep vein thrombosis
DXA double X-ray absorptiometry
EBRT external beam radiation therapy
ECC endocervical curettage
EDRF endothelial-derived relaxing factor
ELISA enzyme-linked immunosorbent assay
EMA-CO etoposide, methotrexate, actinomycin D,
cyclophosphamide, vincristine
EMBT endocervical-like mucinous borderline tumour
ENA extractable nuclear antigen
ESR erythrocyte sedimentation rate
ESS endometrial stromal sarcoma
EUA examination under anaesthesia
FBC full blood count
FIGO International Federation of Gynecology and
Obstetrics
FMH fetal maternal haemorrhage
FPA Family Planning Association

FSH follicle-stimulating hormone
FTA abs fluorescent treponemal antibody (absorbed)
GnRH gonadotrophin-releasing hormone
GnRHa gonadotrophin-releasing hormone agonist
GSI genuine stress incontinence
GTD gestational trophoblastic disease
H2O2 hydrogen peroxide
Hb haemoglobin
hCG human chorionic gonadotrophin
HDL high density lipoprotein
HERS Heart and Estrogen/Progestin Replacement Study
HIV human immunodeficiency virus
HLA human leukocyte antigen
hMG human menopausal gonadotrophins
HNPCC hereditary non-polyposis colorectal cancer
HPV human papillomavirus
HRT hormone replacement therapy
HSG hysterosalpingogram
HSIL high grade squamous intraepithelial lesion
HSV herpes simplex virus
HTF Human tubal fluid
HVS High vaginal swab
i.m. intramuscularly
i.n. intranasally
i.v. intravenously
IBS irritable bowel syndrome
ICS International Continence Society
ICSI intracytoplasmic sperm injection
Ig immunoglobulin
IGF insulin-like growth factor
IMBT intestinal-type mucinous borderline tumour
INS-VNTR insulin variable number of tandem repeats
ISGP International Society of Gynaecological Pathologists
ISSVD International Society for the Study of Vulval
Disease
IUD intrauterine device
IUI intrauterine insemination
IUS intrauterine system


IVF in vitro fertilisation
IVF-ET in vitro fertilisation and embryo transfer
IVP intravenous pyelogram
JGCT juvenile granulosa cell tumours
LA lupus anticoagulant
LAVH laparoscopically assisted vaginal hysterectomy
LCR ligase chain reaction
LDH lactate dehydrogenase
LDL low density lipoprotein
LEEP loop electrosurgical excision procedure
LFT liver function test
LH laparoscopic hysterectomy
LH luteinising hormone
LHRH luteinising hormone-releasing hormone
LLETZ large loop excision of the transformation zone
LMP last menstrual period
LMWH low molecular weight heparins
LNG levonorgestrel
LNG-IUS levonorgestrel intrauterine releasing system
LSIL low grade squamous intraepithelial lesion
LVSI lymphatic/vascular space invasion
MAC methotrexate, actinomycin D,
cyclophosphamide
MBL menstrual blood loss
MI myocardial infarction
MIF microimmunofluorescent
MISTLETOE minimally invasive surgical techniques – laser,
endothermal or endoresection survey
MMK Marshall Marchetti Krantz
MMMT malignant mixed Müllerian tumour
MPA medroxyprogesterone acetate
MRI magnetic resonance imaging
MRSA methicillin-resistant Staphylococcus aureus
MSU mid-stream urinalysis
Nd:YAG neodymium:yttrium–aluminium–garnet laser
NET-EN norethidrone enanthate

NETA norethisterone acetate
NORG norgestrel
NSAID non-steroidal anti-inflammatories
NT nuchal translucency
OAB overactive bladder
OHSS ovarian hyperstimulation syndrome
p.o. per os
p.r. per rectum
p.r.n. pro re nata (when required)
PCB polychlorinated biphenyls
PCOS polycystic ovary syndrome
PCR polymerase chain reaction
PE pulmonary embolism
PEPI Postmenopausal Estrogen/Progestin Interventions
Trial
PFL Plasma Fractionation Laboratory
PG prostaglandin
PI pulsatility index
PID pelvic inflammatory disease
PIF prolactin inhibitor factor
PMS premenstrual syndrome
POF premature ovarian failure
POP progestogen-only pill
POPQ pelvic organ prolapse quantification
PSTT placental site trophoblastic tumour
q.i.d. quater in die (four times a day)
QCT quantitative computerised tomography
QoL quality of life
rAFS (revised) American Fertility Society
RCT randomised controlled trial
RI resistive index
RIF right iliac fossa
RLE radical local excision
RNA ribonucleic acid
RPR rapid reagin test
RR relative risk

s.c. subcutaneously
SCC squamous cell carcinoma
sd standard deviation
SD systolic diastolic ratio
SERM selective oestrogen receptor modulator
SGO Society of Gynecologic Oncology
SHBG sex hormone-binding globulin
SIL squamous intraepithelial lesion
SIS saline infusion sonography
SLE systemic lupus erythematosus
SSRI selective serotonin reuptake inhibitor
stat statim (immediately)
STD sexually transmitted disease
STI sexually transmitted infection
SXA single X-ray absorptiometry
t.d.s. ter die sumendum (three times a day)
T3 triiodothyronine
T4 thyroxine
TA transabdominal
TAH total abdominal hysterectomy
TED thromboembolic disease
TENS transcutaneous electrical nerve stimulation
TEWL transepidermal water loss
TOP termination of pregnancy
TPHA Treponema pallidum haemagglutination
TRH thyrotrophin-releasing hormone
TSH thyroid-stimulating hormone
TV transvaginal
TVS transvaginal ultrasound
TVT tension-free vaginal tape
U&E urea and electrolytes
UI urinary incontinence
UTI urinary tract infection
VAIN vaginal intraepithelial neoplasia
VDRL Venereal Disease Reference Laboratory
VEGF vascular endothelial growth factor
VH vaginal hysterectomy

VIN vulval intraepithelial neoplasia
VLDL very low density lipoprotein
VTE venous thromboembolus
vWD von Willebrand’s disease
vWF von Willebrand’s factor
WBC white blood cell
WHO World Health Organisation
WISDOM Women’s International Study of Long Duration
Oestrogen After Menopause
WLE wide local excision




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, June 25, 2012

Pesakit kanser leher terjun tingkat 3 wad




GEORGETOWN: Tidak tahan menanggung penderitaan kerana barah leher dialaminya, seorang lelaki warga emas nekad terjun dari tingkat tiga Wad C 15, Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, awal pagi semalam.
Tan Jit Wan, 68, sudah seminggu berada di HPP untuk menjalani rawatan penyakit dialaminya itu dan dia dikatakan pernah mengadu kepada doktor serta jururawat kerana tidak tahan menanggung sakit.

Bagaimanapun, kira-kira jam 2.30 pagi semalam, mangsa yang dilihat murung dan termenung di tepi tingkap berhampiran katilnya, terjun melalui tingkap itu.

Pengawal keselamatan, Sarina Maidin, 50-an berkata, dia terdengar bunyi objek terhempas sebelum meninjau di lokasi kejadian.

“Saya terkejut mendapati tubuh seorang lelaki dengan kesan darah di kepalanya sebelum menghubungi polis,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komsioner Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati mangsa terjun kerana tidak tahan menanggung penderitaan akibat penyakit dialaminya itu.

“Mangsa sebelum ini pernah menceritakan kepada doktor serta jururawat yang dia tidak dapat menahan penderitaan akibat kanser leher dialaminya itu.

“Selain itu, mangsa juga dilihat kerap termenung di tepi tingkap dan semalam, dia akhirnya nekad terjun dari tingkat tiga dan mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Difahamkan, ketika itu ada beberapa pesakit ternampak mangsa yang cuba terjun namun mereka tidak sempat menghalangnya kerana kejadian berlaku dengan pantas.

Kes itu adalah kejadian kali kedua membabitkan pesakit terjun di tingkat tiga wad C15 kerana tidak tahan menanggung azab penyakit dialami.


Mei lalu, seorang penghidap penyakit batuk kering yang juga seorang lelaki warga emas, R Tanchavarnam, 68, turut mengambil jalan mudah menamatkan riwayatnya dengan terjun dari tingkap.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, June 22, 2012

Glory Jane



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Tak tahu samada aku masih ketinggalan berkenaan dengan cerita ni..Glory Jane yang disiarkan setiap isnin hingga jumaat di Tv8..
baru sahaja 3 episod aku tengok cerita ni maklumlah aku bekerja.bukan selalu ada kat depan tv..
bila tengok dah rasa best so,teruskan aje bila berkesempatan untuk tengok

Glory Jane berkisah soal Jane alias Yoon Jae In (Park Min Young), perempuan yang bercita-cita jadi seorang Jururawat..dia seorang yang ceria dan cantik. Jae In yang besar di panti asuhan ini tidak mengingati masa lalunya. 
Dia sebenarnya adalah anak pengusaha kaya yang meninggal dalam suatu kecelakaan.
Pada suatu kesempatan Jae In berkenalan dengan Young Kwang (Chun Jung Myung). Mereka tidak tahu, bahawa ayah Young Kwang-lah yang menghantar Jae In ke panti asuhan. Selain itu, ibu kandung Jae In ternyata masih hidup dan dalam keadaan koma.


untuk dapatkan sinopsis yang lengkap boleh ke link dibawah

episode 2 part 1 part 2
episode 3 part 1 part 2
episode 4 part 1 part 2 
episode 5 part 1 part 2 
episode 6 part 1 part 2 
episode 7 part 1 part 2 
episode 8 part 1 part 2 
episode 12 part 1 part 2 
episode 13 part 1 part 2 
episode 14 part 1 part 2 
episode 15 part 1 part 2 
episode 16 part 1 part 2 
episode 17 part 1 part 2 
episode 18 part 1 part 2 
episode 19 part 1 part 2 
episode 20 part 1 part 2 
episode 21 part 1 part 2 
episode 22 part 1 part 2 
episode 23 part 1 part 2 
episode 24 part 1 part 2 



  



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, June 20, 2012

Berikan kebebasan padanya



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Tajuk hari ni agak terasa normal pada fikiran aku..yes! memang normal pun.hari-hari yang lepas tak normal ke? haha..
entah...

< Ayat di atas tu ada sebab aku tak reti buat pendahuluan..>

Siapa yang dah ada anak? tak termasuk anak kucing ya..ini anak orang..hehe..

Dulu masa mula-mula aku beranak..anak aku memang aku tak suka orang sentuh..terutama adik-adik ipar yang masih kecil tu..sebab aku bimbang.manalah tahu kan..jatuh ke.terseliuh ke..
yelah.anak aku kecik weh..berat 1.96 kg je..

tapi bila di fikirkan balik..aku pun tak ada pengalaman jaga baby..tak suka dengan budak..
budak pun tak sukakan aku kot..aku tak reti nak layan budak..yang merengek-rengek tu lagikan aku jerkah..

kemudian..bila dia dah besar..pun aku masih tak harapkan dia buat kerja sendiri..contahnya..main-main dengan pisau ke..main basikal ke..
sebab aku bimbang dia jatuh..pendek kata umpama aku tak percayakan kebolehan dia...
baru-baru ni aku ada belikan di basikal..yang ada roda kecik kiri dan kanan tu..
sebab aku rasa dia memang tak reti naik basikal..

lepas tu aku ada balik kampung baru ni untuk ambil dia tinggal dengan aku..Mr PPP kata,dia dah pandai naik basikal 2 roda..serius aku tak percaya..dan memang tak harapkan dia naik basikal tanpa roda tu..sebab aku takut dia jatuh..

tapi,bila aku tengok sendiri dengan mata aku...
barulah aku percaya..itupun aku tak harapkan dia bawak sendiri..aku sangat-sangat takut dia jatuh..
yelah..anak aku seorang je.

dan..aku mulai sedar sedikit demi sedikit...
apabila kita berikan kebebasan dan sedikit kepercayaan  kepada anak kita..mereka mampu buat lebih dari apa yang kita harapkan

p/s: Terbaikkkkk!




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, June 19, 2012

Tukar Warna scrollbar



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

lama dah aku tak buat tutorial kan? bukan rajin sangat pun..haha

hari ni nak tunjukkan cara macam mana nak tukar warna scrollbar..
maaf kepada yang mencuba tapi tak menjadi..tapi untuk aku ia menjadi je..hehe

caranya:

Dashboard > Design > Edit HTML
Tekan Ctrl F dan cari kod ini

/* Header 

bila dah jumpa copy kod dibawah dan pastekan di atas kod yang korang cari tadi

::-webkit-scrollbar {
height:12px;
width: 12px;
background: #000000;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #FFFFFF;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
}

merah- warna background scrollbar
hijau- saiz scrollbar
purple-warna scrollbar

alternative: pastekan di atas kod  ]]></b:skin> atau  a:hover {





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Aku Blogger Underground??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


terima kasih kepada Kertas Warna Merah untuk penghargaan seperti ini..
apapun...aku tidak menulis untuk diikuti..ataupun dikagumi semata-mata...
tetapi adalah untuk kepuasan hati sendiri..

kadang-kadang kita tak mampu untuk meluahkan rasa hati melalui perkataan dan jalan yang terbaik ialah melalui penulisan..
percaya atau tidak.tak semua blogger di Malaysia ni peramah seumpama di blog.
tak semua mampu bercakap seperti ditulis di blog..
tetapi,mereka bukan hipokrit..
mereka hanya meluahkan kata-kata yang tak mampu diungkapkan oleh mulut..
yang lahir dari hati..


p/s: andai hati berkata-kata...ah!



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, June 18, 2012

To get it,must give it



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Kadang-kadang kita selalu sahaja jumpa dengan insan-insan yang langsung tidak menghargai apa yang kita buat.malah selalu mengkritik dengan segala usaha kita..

yes! adat hidup di dunia ini...mana-mana pun mesti ada orang macam ni..
tak kira lah dia itu siapa..

memang sukar sekali kita memahami segala tingkah manusia..kerana masing-masing mempunyai sikap tersendiri.
mungkin sikap yang dirasa baik untuknya tidak elok dipandangan orang.
dan begitulah sebaliknya..

hormatilah pendapat atau kerja orang lain untuk kerja dan pendapat kita juga dihargai sama.

p/s: rasa nak geget2 cuping telinga dia! 



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, June 15, 2012

Hidup diselubungi hackers



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


 ala..ada ke yang nak hack blog aku guna teknik phishing ni?
ni yang tak suka ni.
aku tak buat salah dengan siapa-siapa..tolong jangan hack aku..

aku tahu ada diantara hacker ni baik hati juga..daripada hack blog aku ni baik hack blog-blog yang menghina Islam ke..yang tak bermoral ke..
blog aku ni tak ada pape..hanya perkongsian pengalaman dari bidang nursing..hal-hal kehidupan aku..
nak kata dapat duit banyak dari iklan-iklan pun tak ada!

dan..bagi aku...blog aku dunia aku..nak kata aku tulis diari memang tak ada!
aku suka menulis..aku suka menaip.
jadi,tinggalkan aku..
jangan ganggu..
kalau rasa apa yang aku taip,korang tak berkenan...just tinggalkan mesej..aku akan cuba baiki..

dan thanks untuk Shafuan untuk tips2 berkenaan dengan hackers ni..
sedikit sebanyak pengetahuan makin bertambah




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, June 13, 2012

Lukisan pemandangan yang paling indah!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

semasa aku di kolej..pengajar aku ada buat game..
game tu..dia bagi sehelai kertas A4 yang dibahagi dua..
dan kami diberi masa hanya 1 minit sahaja untuk melukis pemandangan yang paling indah yang pernah kami nampak..

hah!! 1 minit je tau..jangan lebih2..cuba korang buat.bak sini nak nengok korang lukis hape..hehe

selesai je habis 1 minit..memang kami langsung tidak diberi masa tambahan pun..kami dikehendaki duduk diam dan pengajar kami akan terangkan apa yang kami lukis..

sebenarnya majoriti daripada kami lukis macam ni>>>klik
dan apa yang pengajar kami beritahu totally betul.

yes! normal la.ada gunung..matahari kat tengah-tengah.ada sawah padi..ada burung-burung terbang dekat awan..dan juga ada pondok kecil dekat sawah padi tu..kan.kan..??hehe

tapi,kenapa?? pemikiran kita telah di asuh sejak kecil untuk melukis pemandangan seperti itu..betul tak? dari tadika lagi kan..cikgu cakap, 

"okey,murid-murid..hari ni kita belajar melukis pemandangan..mesti ada gunung,sawah padi,matahari..."

keh..keh..gelak sorang-sorang aku mengingatkan kenangan zaman tadika.
tadika zaman paling indah.. sebab perlu lukis yang itu sahaja..haha

apa kata..cikgu-cikgu tadika zaman sekarang or korang-korang yang dah bergelar ibu bapa zaman sekarang.ubah mentaliti anak-anak kita agar tidak terlalu tertumpukan pada keindahan sawah padi dan gunung semata-mata..sedangkan banyak lagi pemandangan indah yang boleh dilukiskan!



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, June 12, 2012

Ah!! Lembaga Jururawat



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hari yang paling merungsingkan sebagai seorang student nurse adalah bila menghadapi exam atau berhadapan dengan OSCE..
oh!! aku dah penat melayan perasaan itu..nak makan pun kadang-kadang rasa tak sempat sebab banyak yang nak kena study..

mengadap buku yang tebalnya sama dengan 4 bundle buku latihan garis dua...menghadap nota-nota yang bersusun umpama  semua buku teks tingkatan lima..

bila tiba exam..segalanya terasa bagai tak kena..kadang-kadang roomate tutup pintu kuat sikit pun rasa nak marah..kan.kan? hehe
tapi bagi aku, cara aku menghadapi keadaan itu adalah dengan tidur!.bila rasa letih,aku tidur..bila aku rasa dah tak boleh nak masuk segala yang aku baca..aku tidur!

sebab..pada pendapat aku..korang baca banyak mana pun..korang hafal lah banyak mana pun..semua akan hilang dalam sekelip mata..lagipun,dah tak boleh nak masuk..paksa macam mana pun tetap tak masuk..
tu aku punya perangai..sebab tu masa dekat kolej dulu..bila time exam nak tiba aku banyak tidur dari study..
dan..yang penting sekali..aku tak suka hafal..
apa yang aku buat ialah..fahamkan..bila kita faham,kita akan ingat sampai bila-bila..

jadi,kepada adik-adik Junior yang akan menghadapi LJM esok...jangan gundah gulana..usaha korang akan berbaloi-baloi..
semoga dapat menjawab dengan tenang..





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, June 11, 2012

Dah lama tak 'mengedate'



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

hai..hai..hai.lama tak ngedate kat sini..sangat-sangat tak ada masa untuk buka dan update..buka saja boleh.blogwaking pun tak meninggakan jejak..kemaafan dipinta kepada yang sudi menyinggah di blog usang ni.terutama singgahan tak berbalas..

Sebenarnya baru-baru ni aku balik kampung..5hari aku cuti..sangat best bila ada di kampung.
dan aku ambil kesempatan pergi bercuti dengan family..bukan jauh pun..dalam negeri je..
kami pergi Kolam Air Panas La,Besut Terengganu..

takde lah best sangat pun..tak mandi air panas..kami mandi air lata yang sejuk je sebab kolam air panas dah penuh dengan rakyat...hehe


kolam yang kat atas ni memang penuh dengan orang mandi manda...berendam..so,biarlah..kami bagi peluang dekat orang lain je mandi dulu..hehe

kami bawa bekal dari rumah..nasi yang berlaukkan budu..aku yang dah tak berapa nak berselera makan nasi pun boleh tambah dua kali sebab ada budu.haha..

kadang-kadang tempat kita bercuti tu tak beri makna pun tapi sebab keluarga ada bersama,ia jadi lebih bermakna.





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, June 4, 2012

Bahagia akan datang



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

pernah putus cinta? keliru memilih cinta..atau masalah cinta lain??
lupakan semua itu..
cuba melakukan satu tindakan drastik untuk mengatasi masalah korang tu..
samada..teruskan ataupun lupakan..
senang kan? hehe

kadang-kadang..masa bercinta menuntut pengorbanan yang tiada taranya..
cinta menuntut keputusan yang kadangkala tak mampu kita lakukan..
namun,dengan cinta.segala yang mustahil..tiba-tiba menjadi senang untuk dilaksanakan..hairan kan?

begitu juga keputusan untuk berumahtangga...bukan senang tapi tak mustahil..

Kita tidaklah setabah Siti Hajar dan pasangan kita pun tidak sebaik Ibrahim… namun setidak-tidaknya kita mengakui dan sentiasa mencuba untuk bersabar dengan peneguhan kata “kerana Allah”. Ingatlah, ragam, karenah dan tabiat pasangan kita bukan semuanya untuk diselesaikan. Seperti juga masalah-masalah hidup yang lain ada yang dapat diselesaikan dan ada yang tidak.

Bagaimana menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan? Ya, ada masalah yang kita “kena hidup dengannya.” Selama-lamanya. Ia memang tidak dapat dan tidak perlu diselesaikan… Mengapa? Allah takdirkan begitu sebagai saluran kita merintih, merayu dan bergantung kepada-Nya.

Oh, rupa-rupanya Allah pasangkan kita dengan pasangan kita untuk kita saling merintih kepada Allah dalam menghadapi kerenah masing-masing. Allah menguji kita melalui dia, Allah menguji dia melalui kita.

Inilah yang kita belajar daripada cinta dan sabar dalam rumahtangga Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar. Sesungguhnya, cinta mereka itu bukan cinta biasa!




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, June 1, 2012

Anda mampu mengusirnya pergi



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


kita seringkali lari dari masalah..tanpa kita sedari sebenarnya masalah itu tetap ada bersama walau jauh mana sekalipun kita lari..
mungkin hari ini kita lari dari satu masalah..namun,esok akan tiba lagi masalah lain..

jadi,sesukar mana sekalipun..hadapilah ia..hadapi dengan sebijak-bijak cara agar kita dapat mengucapkan selamat tinggal kepada masalah itu dengan puas hati..

dan,harus di ingat bahawa..Allah tak akan menguji hambaNYA melebihi had yang dia mampu..
jadi,setiap ujian atau cabaran.atau masalah sekalipun..sebesar mana ia datang..anda mampu untuk mengusirnya pergi..

Hari ini mungkin kita bersedih..kita merasa payah dan lelah untuk menghadapi kehidupan..
siapa tahu esok ada cahaya yang datang..dan kita akan dapat tersenyum dengan gembira dengannya..


ketika kau merasa sedih ...pandanglah ke langit ...kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersama mu ...hanya Allah yang tahu rahsia riang tawa dan tangis hiba kehidupan ini ...hidup mungkin menyedihkan tapi ia tetap sesuatu yang indah ....
" kita sering melihat pelangi hanya berada di atas kepala orang lain ...sedangkan pelangi itu juga berlegar dia atas kepala kita...cuba kau dongak kepalamu ke atas ...pasti kau akan tersenyum :) " 



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Teeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttt.... alamak!!! dah habis ?



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


dalam keadaan kepala hampir nak pecah aku kuatkan jari jemari untuk update juga..
dalam keadaan tanpa kekuatan..aku teruskan lagi perjuangan yang tak akan selesai..
dalam kesedihan dan terluka ku teruskan bergelak ketawa...

ah!! kau hipokrit!! kau pengecut!!


ah..sudah!!! sudah!!! aku tak reti nak bermonolog bagai..

beberapa hari ni..asyik terfikir..bagaimana jika ditakdirkan aku jatuh sakit??
bagaimana jika aku tak mampu untuk melakukan aktiviti harian aku sendiri?

adakah seseorang yang mampu untuk menjaga aku? atau mereka2 yang mengenali hanya mampu memandang?? 
ada atau tidak yang akan memandikan aku bila satu hari aku dah tak mampu berjalan sendiri ke bilik air??
ada ke tidak yang mahu mencalitkan bedak dipipi jika aku dah tak mampu??
ada ke tidak yang datang menyuapkan makanan untuk aku??

siapa saja yang ada dalam hidup aku? siapa saja yang menyayangi aku?
mampukan aku mendapatkan teman hidup yang setia menemani aku hingga nyawaku dipenghujungnya?

aku sunyi...sunyi! 

Teeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttt....
alamak!!! dah habis ? aku guna...

p/s: hidup perlukan banyak pertanyaan yang mempunyai jawapan






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

why???



Assalamualaikum wbt.. 



p/s: lari jauh-jauh dari masalah dan senyumlah,,


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE