Wednesday, December 14, 2011

suka duka 3 tahun..



Masih aku ingat 3 tahun yang lalu..1 Januari 2009..

aku menjejakkan kaki buat kali pertama ke Kolej Kejururawatan Kubang Kerian..

rasa sayu..rasa sedih..dan juga rasa macam tak dapat nak terima hakikat yang aku berada disini..

terpaksa meninggalkan anak yang sewaktu itu berusia 2 tahun..

Mr PPP juga berada jauh nun di Seremban juga dengan niat yang sama

iaitu menyambung pembelajaran..


selesai sahaja mendaftarkan diri, aku diberi taklimat..

dan sesi mengangkut barang ke bilik menjadikan hati aku bertambah sayu..

saat ditinggalkan, terasa sebak di dada kerana aku tidak pernah berada jauh dari keluarga..

keesokkan harinya sehingga cukup seminggu, sesi orientasi dijalankan..

saat itu juga aku diserang demam..demam rindu!

hati terasa ditekan2..rindukan yang berada di rumah..

kemudian sesi pembelajaran dimulakan..

pada permulaan, terasa agak sukar.. kerana otak matematik..tiba2 kena membaca dan menghafal..

namun, masa hanya sekejap berlalu..selesai praktikal dan exam..semester 1 telah berakhir..

semester 2 dan 3 kemudiannya menyusul..


makin banyak yang perlu diingat..tetapi dengan tunjuk ajar dari pengajar2..semuanya menjadi agak mudah.

semasa semester 4 aku ditempatkan di komuniti mengikut group
di klinik2 di kawasan kelantan..aku ditempatkan di Klinik pengkalan kubor.

masa itu amat menyeronokkan..tak dapat digambarkan dengan kata2..

ingin terasa mengulanginya sekali lagi..

pejam celik..pejam celik..tibalah semester 5..pada semester ini aku diwajibkan menjalankan research dan 

juga management wad..

semakin banyak ilmu yang aku dapat..

dan aku dan kumpulan juga ditugaskan menguruskan dinner untuk semester 6..
dan semester 6 yang dinantikan tiba juga..

saat yang ditunggu..6 bulan yang berharga..

awalnya tidak terasa apa-apa..

apabila selesai menghadiri induksi dan Exam LJM
tambah lagi tibanya hari ini..hari last di kolej..segalanya kelihatan indah..

terima kasih kerana aku dihantar ke sini..

aku suka jadi nurse..(tapi aku tetap dengan cita2 aku)

rugilah sekiranya anda menolak peluang untuk menjadi seorang nurse..

minat boleh di adakan..

soalan pertama yang aku dapat bila datang ke sini dari pengajar adalah "adakah anda menyesal?"

"jika anda mahu,tarik diri..lakukan sekarang"

itu semasa minggu orientasi semester 1..

tapi..sekarang..aku akan berkata..

aku tidak pernah menyesal dan tak akan menyesal..

kiranya aku tak datang ke sini, itulah yang aku sesali sekarang..

aku hanya boleh memberikan kata2 semangat kepada sesiapa yang berkenaan..

keputusannya ada ditangan anda..



serius aku katakan,apabila anda berada dikalangan pesakit.dan anda mampu membuat pesakit tersebut

tersenyum..dan anda mampu melihat pesakit itu berjalan pulang dengan sihat..

anda akan merasa apakah ertinya menjadi NURSE


*sukakan rasa itu*





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

9 comments:

  1. terharu dengar cita akak .. mcm tu la pnaz rasa skg .. huwaaa :') nk tggl fmly .. tapi pnaz x tau rasa syoknya nurse sebab pnaz memang tak minat blah tu dan memag x smbng study untuk jadi nurse .. huhu

    ReplyDelete
  2. baguslah klu suka dengan apa yg kita lakukan,,selamat menjd staff nurse,,;)

    ReplyDelete
  3. yapp, seronok nya jd akak..

    nway,minat boleh diadakan asalkan usaha n focus..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, kerja sebagai nurse ni kena banyak sifat sabar dan juga ikhlas, kan? apapun, goodluck for ur future , sis!

    ReplyDelete
  5. Alahamdulillah bisa berkunjung lagi kerumah sahabat, o iya terimakasih sudah berbagi ceritanya, salam ukhuwah.

    ReplyDelete
  6. salam;
    aku tabik spring dgn ketabahan kerja nurse ni..masa aku masuk ICU 14/12/2011 merekalah yang bertungkus lumus bersama doktor menyelamatkan nyawa aku dan merekalah menjaga aku seperti saudara sendiri..terima kasih pada nurse2 semua.

    ReplyDelete
  7. selamat menempuh alam pekerjaan.... tahniah!

    ReplyDelete
  8. i will be a nurse too..
    its happen to me..drpd otak matematik nk ke bdang menghafal jd payah..mnat boleh dipupuk..mmg btul,tp klau tiada pemangkin ssh tuk sy..can i be ur frenz akk?

    ReplyDelete
  9. i will be a nurse,next sem i'm in final year..dulu mse msuk sem 1,bley ke ak nk jwb sains2 ni sbb otak dr bdang matematik melompat ke arah ini..ssh nk terima hakikt mse tu sbb brcnggh dgn cte2 sndri..now bnde yg dtkutkn adelah boley ke nk tempoh LJM n alam ppekerjaan..
    can i be one of ur frenz to share my feel with u?

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE