Monday, December 12, 2011

6 hari bersama mu..



Seperti yang telah diceritakan..

aku telah mengikuti kursus induksi bermula dari 5/12/2011 hingga 10/12/2011 baru-baru ni..

kursus ini adalah wajib bagi bakal atau penjawat awam..

jadi,sebelum melayakkan aku mengambil peperiksaan akhir,

aku kena hadir dengan jayanya kursus ni..


dan, Alhamdulillah..akhirnya

kursus tersebut tamat juga..hehe

saat2 yang dinantikan tiba juga...

kursus tersebut agak menakutkan aku kerana aku terpaksa bercakap di hadapan selama 3 minit...

dengan 161 orang peserta...gugup adalah perkara yang tidak dapat dielakkan..

tambah lagi peserta adalah bukan dari kolej aku kerana ada tetamu jemputan dari Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST)

agak tertekan apabila tajuk pengucapan awam aku sama dengan beberapa orang peserta

sehingga aku terpaksa menukar tajuk beberapa kali kerana tidak mahu mengulangi perkara yang sama..

kami semua juga dibahagikan kepada 10 kumpulan dan diwajibkan melakukan persembahan kumpulan

 semasa majlis penutup..

tambah mendebarkan lagi apabila kumpulan kami merupakan kumpulan pertama yang akan

membuat persembahan..

dan..semuanya telah berjalan dengan lancar..

berakhir pun dengan baik..

dan aku pun sedang menghitung hari untuk balik kampung apabila selesai sahaja
peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)

pada 14/12/2011

>_<




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

4 comments:

  1. http://ceritasukadukasaya.blogspot.com/2011/12/jangan-bersedih-allah-bersama-kita.html

    singgah sini dulu :)

    ReplyDelete
  2. ha'a kan pinaz...macam kem sekolah zaman kecik2 dulu.hehe

    ReplyDelete
  3. wah bakal kjd budak awam lah ye..=] tahniah..arap2 berjaya k

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE