Thursday, October 3, 2013

Hilangkan ruam bayi



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

RUAM...RUAM..RUAM!!!!
penat memikirkan macam mana nak hilangkan  ruam bayi yang baru lahir?letak itu tak jadi,letak ini tak jadi...baby pulak asyik merengek je sebab tak selesa..jangan bimbang.aku ada tip-tips yang boleh dikongsikan..


Sebenarnya,ruam yang macam ni boleh terjadi sebab tak keringkan dengan betul lepas mandikan baby...dekat lipatan kulit la biasa terjadi macam ni...terutamanya bawah leher dan ketiak..Izra kena dekat belakang telinga...sian dia...
Macam-macam cara yang boleh digunakan untuk hilangkan ruam macam ni..kalau jumpa doktor,dia akan bagi calamine losyen atau calamine cream..aku pun dapat juga tapi guna sekali saja sebab ruam Izra makin banyak dan teruk..mungkin tak sesuai dengan kulit dia.
 Tetapi,mengikut doktor.calamine adalah yang terbaik sebab ia tak menyerap berbanding penggunaan cream jenis steroid contohnya Hydrocortisone cream 1%..

Dibawah adalah senarai bahan-bahan yang boleh digunakan
~Drapolene 
~Sebamed
~ ezzera
~nappy pureen
~virgin coconut oil brand tanamera
~econozine
~bedak baby cinta kat zhulian
~lotion minyak zaitun

Keberkesanan bahan-bahan diatas tak dapatlah aku pastikan sebab aku tak guna pun.Ni adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman ibu-ibu lain..selain bahan kat atas,mengikut orang-orang lama,hanya guna tepung ubi..lepas mandikan baby,keringkan kemudian sapu tepung ubi dikawasan-kawasan yang ada ruam...jangan letak bedak kerana bedak hanya akan terukkan lagi ruam tu...

Doktor yang aku jumpa pulak kata...jalan penyelesaian yang terbaik ialah "aircond"...pasang aircond kat rumah pasal panas pun boleh menyumbang terjadinya ruam sebab baby berpeluh...

Nampak gayanya kena pasang aircond ni sebab rumah aku ni memang panas..hehe

Lepas pergi rumah pengasuh,dia pun ajar aku macam ni..lepas mandi keringkan betul-betul,mandikan dengan sabun sebamed.lepas tu sapu minyak baby johnson yang keler putih 1 badan..kemudian sapu calamine losyen dekat yang tumbuh ruam tu..kasi tebal2 pun takpe.. jangan biarkan baby berpeluh.cuaca sejuk boleh elokkan ruam.So far memang menjadi..

bila sapu minyak johnson tu agaknya air tak melekat kat badan,risiko untuk ruam takdela.Lepas tu pergi jalan-jalan tempat ada aircond aje..shopping lah...hehe

selamat mencuba...InsyaAllah menjadi..


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

12 comments:

  1. drapolene yang paling famous dan ramai orang gunakan kan?

    ReplyDelete
  2. guna tepung ubi/tepung kanji..my baby haddad teruk juga ruamnya sampai berbintil, tapi sekarang dah ok, kulit pun dah cantik balik

    ReplyDelete
  3. akak selalu pakaikan drapolen, ok gak

    ReplyDelete
  4. kesian kalau ruam kat baby ni kan..kena make sure tempat dan ruam tu kering sentiasa.

    ReplyDelete
  5. psg aircond dg jd satu bebanan bg yg kurg mmpu kan huhuu..kena pkir cra traditional la arra huhuu..arra shida de PM dekat fb cer tgk..

    ReplyDelete
  6. yelah kak.. kimi byk ruam..umah jijah panas agaknya.. dah bubuh tepung ubi n sebamed kejap je ok.pastu naik balik ruam..huu

    ReplyDelete
  7. jaa biasanya kalo anak ruam, jaa guna bedak siam yang botol dia kaler kuning tu, menjadi untuk sesapa yg ada masalah kulit/ruam/gatal-gatal.

    ReplyDelete
  8. Guna vco.. insyaallah cepat hilang ruam

    ReplyDelete
  9. Ank I skang tgh ruam2 habis satu badan n muka Huhu..baru lepas Demam..terus naik..ingtkn kena Demam campak..doktor ckp bukn..dia ckp mcm ruam n virus..mmm..ntahlah..now tgh guna celamine lotion..sapu kerap pas mandi..xtau LA ada perubahan ke x..SB skali tgk byk..skali tgk ckit...Pastu naik blik...
    Konpiusss...hrap2 ieandra sembuh LA...Nk g keje ni Huhu..KT leher dia Dah melecet...cian die...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lain dgn anak saya,pas demam tiba2 naik ruam teruk..

      Delete
  10. salam ibu-ibu,

    ibu-ibu boleh cuba krim herbal blend. kebanyakkan krim di pasaran ada bahan kimia berbahaya dan paraben.

    Krim herbal blend diperbuat menggunakan bahan semualajadi. Ada klinikal test dan berkesan.
    Mungkin krim di pasaran berkesan untuk bayi tapi kita tak sedar krim itu menipiskan kulit bayi.

    Krim herbal blend tidak menipiskan kluit bayi kerana guna ramuan semulajadi.

    boleh ke blog saya http://www.vitamin2u.com untuk mencuba

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE