Tuesday, October 1, 2013

Besarnya nilai syiling



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Seperti yang kita sedia tahu..duit memang bernilai...namun,jarang sangat orang menghargai duit syiling..yelah..sekarang ni nak beli gula-gula seposen baru dapat sebijik je..


takdelah..aku nak cerita pasal duit syiling je...Alkisah,kat rumah aku ni memang selalu banjir dengan duit syiling..Mr PPP balik keje..duit syiling selalu berterabur je atas lantai...aku pun jarang sangat pergi membeli dengan duit syiling..yelah,kalau dah membeli mesti banyak-banyak terus..takkan nak bayar dengan duit syiling plak..kan? ke ada je orang bawak duit syiling pat lima ratus masa nak bayar pergi shopping kat pasaraya? menangis cashier tu nak kira..hehe

Kakak aku pernah datang rumah aku...dia la duk kutip syiling kat rumah aku..yang dia kutip hari tu cecah RM6..hehe..kadang-kadang aku sendiri bila menyapu lantai..duk kutip syiling jelah kerjanya..

Tapi kan,sejak kat Klinik ni ada mesin jual air (aku duk kuarters) tiba-tiba duit syiling kat dalam rumah ni susut..sebabnya...haaa...kerja dak Irfan la..dia nak beli air kat mesin,dia minta duit dengan aku..dan seperti biasa aku akan cakap..pergi le kutip syiling yang ada kat lantai..kalau cukup,baru boleh beli air..hihi..

Berkesan juga taktik macamtu..takdela membazir..duit bersepah..ye dak?? hehe.

Kadang-kadang kita tak nampak ia bernilai selagi kita tak memerlukannya...macam bercinta juga..selagi ia tak hilang kita tak tahu erti cinta tu..bila dah hilang baru terhegeh-hegeh nak cari..right??




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

1 comment:

  1. akakpun selalu kumpul syiling. Pastu g kedai selamba je bayar dengan syiling yang meriah tu. Tapi peniaga runcit selalunya suka

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE