Wednesday, June 5, 2013

sudah tiba masa bersalin?

Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita
Dalam peringkat awal kelahiran,anda mungkin merasai perkara berikut,



  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya beerlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.
Bagaimana anda rasa dalam peringkat awal kelahiran bergantung kepada:
  • samada anda pernah bersalin sebelum ini;
  • bagaimana anda melihat dan bertindak balas terhadap kesakitan;
  • bagaimana persediaan anda untuk menghadapi kelahiran.

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya:

  • air ketuban anda pecah, atau jika anda syak bahawa anda mengalami kebocoran cecair amnion;
  • bayi anda kurang bergerak berbanding biasa;
  • anda mengalami pendarahan faraj (kecuali jika ia hanyalah sedikit mukus yang bercampur darah);
  • anda mendapat demam, sakit kepala yang teruk, mengalami perubahan dalam penglihatan, atau sakit pada bahagian abdomen yang berterusan dan tidak surut-surut.
Semaklah senarai simptom kehamilan yang tidak boleh anda abaikan sekiranya terdapat perkara lain yang merisaukan anda. 

Tanda-tanda pelahiran yang lain termasuk:
  • ringan (apabila kepala bayi mula ke bawah di pelvis anda);
  • pertambahan lelehan vagina (walaupun selalunya memang terdapat pertambahan semasa kehamilan);
  • pendarahan sedikit (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur darah);
  • kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.

sumber

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

2 comments:

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE