Friday, June 7, 2013

Nenek hebat!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Selamat tengahari..setelah sekian lama menyepi...akhirnya dapat balik update blog sesuka hati...sebabnya,laptop aku dah baik dari sakitnya..tapi aku pula yang jadi sakit sebab keypad ni punyalah susah nak tekan-tekan sampai keluar huruf..ada yang dah rongak-rongak pun.hehe

Sepanjang bercuti dari arena blog ni,macam-macam cerita yang aku ketinggalan rupanya..susahnya nak start mengarang balik..kehilangan kata-kata pula rasanya..tatabahasa pun lari lintang pukang seh!Namun,satu saja yang buat aku gembira...Nuffnang tetap bagi BE..aku dah cashout dah..tunggu cek sampai je....boleh la beli barang baby nanti.hehe

hari ni nak kongsi cerita tentang seorang nenek yang hebat..

Kuala Kangsar: Seorang warga emas layak digelar ‘nenek kental’ apabila mampu memanjat pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter dalam tempoh tidak lebih dua minit sejak 43 tahun lalu, bagi menyara kehidupan tujuh anak dengan pendapatan tambahan antara RM40 hingga RM50 sehari.
Zabedah Mansor, 59, ibu tunggal yang menetap di Kampung Kubang Pekan, di sini, menggunakan kudratnya mengambil upah memanjat pokok kelapa sejak berusia 11 tahun.
Bukan itu saja, wanita yang sudah mempunyai tiga cucu itu juga boleh memanjat pokok durian, petai, pinang, rambutan, duku dan sebagainya tanpa menggunakan galah. “Ia sekali gus menolak anggapan pekerjaan memanjat pokok berkenaan hanya untuk kaum lelaki saja,” katanya.
Menurut Zabedah, kelapa yang dipungutnya dibawa terus kepada pemborong untuk dijual kepada pelanggan yang membuat tempahan mengikut harga pasaran tetap.


ha...tudia!! panjat pokok kelapa tu..korang mampu???


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

3 comments:

  1. wah!! saya pon dah lama tak panjat pokok kelapa..! cool la achik...!! :)

    ReplyDelete
  2. wah :) hebat..

    selamat kembali berblogging kak !
    lama tak singgah kat sini ^^

    ReplyDelete
  3. nenek tu.. kita yang muda ni pun xreti nak panjang

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE