Sunday, June 16, 2013

Senarai Keperluan bayi baru lahir



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Seperti yang telah dijanjikan,kali ni nak berkongsi tentang barang-barang keperluan bayi baru lahir..ada 2 pembahagian iaitu untuk dibawa ke hospital dan juga untuk kelengkapan dirumah..
Dan diingatkan bahawa kelengkapan yang aku sediakan ialah bajet yang sederhana..maklumlah anak ke dua,jadi banyak barang yang re-use sebab yang Irfan dulu masih boleh digunakan..orang kata,selagi boleh jimat,jimatlah..lagipun,barang-barang masih elok lagi..

Bagi yang first time bergelar ibu dan bapa,mungkin lebih banyak belanja yang diperlukan.so,kena menyimpan dari awal..hehe.
Ada yang bertanya,bila boleh mula beli barang-barang bayi??pada aku..tak kisah..anytime..28minggu keatas dah boleh beli..nanti kalau dah sarat baru nak beli,larat ke korang nak shopping bagai??tapi,jangan excited sangat..baru sebulan,korang dah beli macam-macam..hehe



keperluan untuk ke hospital


Beg baby

Baju 3 helai – tak perlu banyak-banyak sebabkebiasaannya tak lama berada di hospital.
Kain lampin – 2 helai.
Stokin tangan dan kaki. – 3 pasang.
Napkin kain –untuk bedung
Pampers – 1 paket,yang newborn punya..atau 5-6 keping sudah memadai..aku malas nak ceraikan dari plastik dia..berterabur pula nanti.
Barut bayi
Topi – 1 pun dah cukup.
Bantal kecil untuk bayi..mudah untuk menyusukan bayi nanti.
Tuala – 1 helai.
Minyak untuk sapu kat perut 
Baby wipes
Alatan mandian bayi..aku beli yang travel punya je.



Beg ibu

Buku merah/Buku pink/Buku rekod kesihatan ibu
IC 
Baju dan skirt labuh - prepare untuk balik rumah je sebab dekat hospital disediakan baju.
Pad – 1 paket..senang,tak payah nak beli lagi kalau tak cukup..bawalebih takpe.
Disposible panties - aku lebih sukakan yang original..
Minyak panas - aku guna produk Tanamera
Minyak selusuh - aku guna produk Tanamera
Alatan mandian
Alatan untuk makan
Sedikit biskut
Minuman 3 in 1
Stokin
Tuala.
Tisu
Disposible/ washable Nursing pad
Deodorant,bedak,sikat
Handphone dan charger

Persediaan untuk bayi dan ibu di rumah

Set jamu bersalin - aku gunakan set Tanamera
Stokin
Bra untuk menyusu
Baju untuk menyusu
Maternity pad
Pantyliners
Bekung
Baju bayi- tak perlu banyak,sebab bayi cepat membesar.aku banyak gunakan yang lama sebab masih elok.
Stokin tangan dan kaki bayi.
Napkin kain 
Pampers – newborn..pun tak perlu beli banyak.
Wet tissue @ tisu basah 
Topi bayi
Selimut bayi dan bantal bayi
Minyak untuk sapu kat perut




Barut- Untuk mengelakkan dari kembung perut.
Tuala.
Alatan mandian dan bedak bayi -aku beli yang travel sahaja
Putik kapas 
Cotton buds– untuk cuci pusat.
Besen mandi bayi.
Bakul alatan mandian.
Pelapik getah.
Pemotong kuku.
krim nappy rash
kelambu bayi
Raga/ bakul – untuk letak pakaian bayi..aku beli box sahaja.



Beg bayi.
Tilam.
Termometer. 
Botol susu, berus botol susu,bottle for milk storage -jika perlu
Nasal aspirator
besen mandikan bayi
stroller




Haa..banyak kan? tu pun rasanya masih ada yang tertinggal..namun,kalau ada yang ni pun rasanya dah mencukupi untuk sementara waktu.
nanti kalau ada lagi yang tak cukup,boleh beli secara ansur-ansur..tak perlu tergopoh gapah.

Jadi,yang bakal menimang cahaya mata dalam masa terdekat ni..dah boleh mula sediakan barang-barang ni..

jom shopping!!!


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

6 comments:

  1. hehe.thanks info, kite tak kawen lagiii.. nak babyyy

    ReplyDelete
  2. banyak benda hana xta.. kena google ni.. muka merah tu apa ek? kang google kuar buku warna merah

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku merah tu buku rekod kesihatan ibu mengandung..ada juga yang panggil buku pink.:)

      Delete
  3. Diaper Bag Simple Dimple.. Jom singgah dan Like https://www.facebook.com/babybeshshop

    ReplyDelete
  4. hai, assalamualaikum ibu2 dan bakal ibu...kalo belum tau nk pilih set bersalin yg mn best, boleh try set bersalin moden shaklee...

    ~boleh ambik walaupon bby ada jaundis atau g6pd...bila bby ada 2 nih, mommies tak bleh ambik jamu kan..
    ~ luka bersalin samada secara ceaser atau normal, cepat baik..
    ~ blh kurngkn sembelit
    ~ bntu banyakkan susu ibu jugak , inshaAllah

    memang terbukti drp testimoni momies yg dh guna set bersalin shaklee...

    boleh singgah blog ni, jika nak survey...
    www.vitaminhouz.com

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE