Assalamualaikum..
fuh! panas..panas..bahang PRU13 belum habis lagi..dekat facebook pun masing-masing duk share yang macam-macam.saling mengata.saling bertingkah pendapat sesama sendiri..
pada aku,siapa pun yang memerintah..tak kisah.janji Malaysia tetap aman..tak ada peperangan,tak ada rusuhan..
sebab tulah,Allah ajar kita supaya bersyukur dengan apa yang telah kita nikmati.sebab, segala nikmat tu boleh hilang dalam sekelip mata sahaja..
ada antara kita hingga bermasam muka..berpaling antara satu sama lain dek hanya kerana berbeza parti..apa kesudahannya?dan apa pula kebaikannya?
kita bertengkar kerana hal duniwi..sedangkan iman di hati pula setipis daun sawi..apakah?
lupakan saja hal PRU13.tinggalkan jauh-jauh.biarkan mereka buat kerja mereka.amanah yang diberi harap dipikul sebaiknya...
Dah..dah,tak nak cerita tentang mengundi dah.jom cerita hal lain.hehe.
Tanpa kita sedar,dah masuk bulan Mei.sekejap saja masa berlalu..dan rasa tak sabar pula nak mula bercuti selama 3 bulan..nak rehat dari kerja yang membuatkan badan rasa penat..kerja-kerja dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu sungguh memenatkan..yelah,yang dalam perut ni dah masuk 6 bulan setengah..terasa baru semalam buat upt.hehe.
sekarang masih lagi bekerja seperti biasa..beban kerja terasa agak bertambah kerana yang masuk wad semuanya dah agak berusia dan ramai juga yang dah memang bergantung harap 100% pada orang untuk dibantu..
balik rumah pula..tugas-tugas biasa rumahtangga dilaksanakan sebaik-baiknya agar dapat menyenangkan hati suami dan anak.walaupun kadang-kadang tak tahan dengan anak yang suka sepahkan barang,apabila diterangkan yang kita ni penat..dia agak faham.
teringat pula semasa mengandungkan Irfan..semasa kandungan berusia 6 bulan,aku masih lagi naik jip buruk ayah mertua masuk kebun untuk letak baja sawit..jalan ke kebun pula berbukit bukau..memang terhentak-hentak badan bila lalu lopak-lopak dan jalan tak rata..kalau nak dibandingkan dengan keadaan sekarang,memang jauh lebih baik...sekurang-kurangnya dapat juga berehat..
betapa Allah Maha Adil..Dia berikan kesukaran terlebih dahulu agar makhluknya lebih bersyukur dengan kesenangan sekarang..
semoga rasa syukur kita padanya tak pernah pudar walau apa sekalipun keadaan yang kita lalui..
yup, dah masuk bln mei. bmakna... exam dah dekat. waaaa :'(
ReplyDeleteBetul3.. Bersyukur dgn apa yg ada
ReplyDeleteBtw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)
http://insanbiasabiasa.blogspot.com/
Assalamualaikum
ReplyDeletesaya Maisarah, pelajar USMKK dan juga ahli persatuan seni silat cekak malaysia (PSSCM) kelas latihan USMKK
sebenarnya kami bercadang untuk mempromosi silat cekak malaysia di kolej kejururawatan tetapi kami tak tahu mengenai cara belajar dan suasana..
dan kebetulan saya terjumpa blog saudari yg merupakan bekas pelajar kolej tersebut..
jadi saya berharap pihak saudari dpt berkongsi tentang suasana kolej tersebut contohnya bolehkah pelajar kolej menyertai aktiviti luar kolej pada malam hari dan juga jadual kebiasaan bagi pelajar-pelajar di sana..
Untuk pengetahuan saudari, kelas latihan silat diadakn di USM pada waktu malam setiap hari Ahad & Rabu..
Kerjasama daripada pihak saudari sy dahului dengan ucapan terima kasih
MAISARAH AB SAMAD
kyuu.kurohime@gmail.com
USMKK @ PSSCM USMKK
Bila kita bersyukur semuanya jd mudah dan bahagia.
ReplyDeletelama shida xsinggah sini :) sihat ke arra?
ReplyDelete