Thursday, June 6, 2013

Peluang kenaikan pangkat bagi Jururawat



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Pertimbangan kenaikan pangkat bagi Jururawat dibuat berasaskan merit disamping perlu memenuhi semua syarat Skim Perkhidmatan dan syarat-syarat lain yang ditentukan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Di antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah :

a) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
b) Diperaku oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan;
c) Terdapat kekosongan jawatan;
d) Bebas daripada tindakan tatatertib;
e) Melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM);
f) Tidak tersenarai sebagai peminjam tegar; dan 
g) Telah mengisytihar harta.

Jururawat Gred U29 berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke Gred U32 dan seterusnya ke gred U36, U42, U44, U48, U52 dan U54 tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan Jururawat.

Jururawat Gred U29,U32,U36 yang menunjukkan prestasi cemerlang adalah layak dipertimbang Kenaikan Pangkat Secara Lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan ke jawatan Pengajar Gred U41 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim
perkhidmatan berkenaan.

CARTA ALIRAN PELUANG KENAIKAN PANGKAT JURURAWAT



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

1 comment:

  1. Isteri JR yg kini di gred U32 juga sudah memohon kenaikan pangkat ke U36 (matron). Sebenarnya jururawat zaman sekarang sangat beruntung, kalau dulu jururawat U29 berkhidmat lebih 20 tahun baru dapat U36, ada juga yang pencen U29....

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE