Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}
5hb 10.2012...aku menerima satu komen yang mengutuk kerjaya sebagai Jururawat
Aku tak faham lah dengan orang yang suka buat blog untuk menghina profession orang...dah tak ada kerja lain ke hape..kalau rasa rajin sangat nak menaip..taip sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat untuk orang lain..yang boleh berikan motivasi kepada orang lain..ini tidak..merapu-meraban kutuk profession orang..
mungkin dia ada sejarah silam kot dengan kerjaya ni atau sengaja nak melepaskan rasa tak puas hati..namun,tak berhak untuk menyahmotivasikan orang lain yang minat dengan kerjaya kejururawatan..
kecian kat profesion nursing ni. gaji mmg banyak tapi ramai nurses ni mmg stupid >>> dipetik dari blog beliau
Jangan lah kerana segelintir nurse yang buat hal.dia terus menghukum profession kejururawatan..
dekat spital nursing berlagak budget mereka di perlukan la sangat. budget staff nurse asyik tak cukup2 padahal aku tengok nurse ni malas yang amat. kerja berkira. tido kat pantri bersembang dan bergosip tak payah cerita la. pastu mengeluh kerja banyak balik lambat padahal kerajaan dah punya la sayang nurse ni siap bagi elaun kritikal lagi padahal kerja ala2 iron maid jer dekat hospital fizikal work tak perlukan otak pun.>>>> dari blog beliau juga
haha..kadang-kadang nak gelak juga dengan statement ni..kerja ala-ala iron maid...fuh kelasss ayat ko bagi jahhh...
ingat nurse ni tak payah belajar ke nak jaga orang?? aku sedih betul dengan orang yang macam ni...
kerja kami ni tak payah guna otak?? dah tu Tuhan bagi otak nak buat apa??
aku memang tak publish komen tu sebab tak nak adik-adik yang baru nak belajar mencintai Nursing akan ada pandangan serong terhadap profession Nursing..termasuk lah aku...walaupun kerjaya ni bukan pilihan aku..tapi aku yakin dan pasti yang tak semua orang mampu menjadi Nurse!
kerjaya sbg nurse memang tak sehebat kerjaya lain.tapi aku bangga jadi nurse..dan kau selalu mengutuk kerjaya nurse ni,aku harap sangat satu hari Tuhan tunjukkan pd kau apa yang seorang nurse mampu buat untuk kau terus hidup!
Tidak ada profesyen yg hina di dunia ini, asalkan ianya halal. Kerja tukang cuci dekat hospital juga profesyen mulia, bayangkan jika tukang cuci tak ada satu minggu, mungkin hospital perlu ditutup (Jika pengarah hospital cuti seminggu, hospital masih boleh beroperasi spt biasa). Pokoknya semua profesyen yg halal perlu dihormati. Cuma manusia yg tak layak dihormati saja yg tak menghormati profesyen org lain...
ReplyDeleteKerja nurse pun ada org maki-maki ea? Apa yang tak kena?
ReplyDeleteTak perlu hina mana2 profesyen pun, kalau rasa tak puas hati simpan je. Takkan sebab seorang kita nak judge semua pun macam tu. Mungkin bf dia dirampas nurse kot. Tu yang dia jadi meroyan.
ReplyDeleteooo..org nk cepat up mmg guna cra mcm ni arra..kalo shida mmg bt xtau jerh..itu mslah dia kalo nk ckp mcm tu..bg shida sburk2 pkerjaan tu pn..yg pnting halal ikhlas, kalo bkn nurse semua psakit btmbah sakit ok! adooiiii..!!
ReplyDeletebukan senang jadi nurse ni kan..berbakti untuk masyarakat.jangan dengar kata orang.as long as kerja tu halal,xde pe pun nak dirisaukan..be strong enough ya..btw,fiza ada amek order offline..pm fiza kat facebook nanti ye..tq dear
ReplyDeletesuka hati dia sahaja hendak berkata begitu. di belakang seorang doktor ialah jururawat. klo tkde nurse, pengsanlah semua dktor2 yg ade kt dunia ni sbb tk ckup tgn nk wat sgale. kite hdup sling memerlukan
ReplyDeletebodoh lah owang tu.dia sakit t bawu dia tau,siapa tlong uruskan dia t...dia tu keje apa? bgaus sngat ker keje dia tu nak kutuk keje owang lain..hah kan! aku pulak yg emo..hehe..sowy
ReplyDeletelah tak baiknye..huhu..dlu sya ada juga dpt interview nurse ni tp dh rezeki sya jadi librry ast jer..syukurlah
ReplyDeleteapa la kutuk2 krjaya nurse pulak..kje nurse tu mulia..wlaupun sy bkn nurse skang tp sy prnah brcita2 utk jd nurse dlu..cme dihalang keluarga sje..smpai skang sy respect pd nurse..bkn mudah nk jd staffnurse..sy penah bc bku jururawat pelatih apa yg diaorg belajar..perhh susah jgk ye..klu xde mnt & kesungguhan mmg xdpt bwk la..mybe dia tu penah gagal amik nursing kot..pasal tu anti sgt dgn nurse..huhu =)
ReplyDeletesenang-senang je hina profession orang..
ReplyDeleteat least dapat pendapatan dari sumber yang halal..
kalau dia masuk hospital, sape yang nak beri rawatan selain doktor, tambah2 kalau bed ridden, nak buat ADL dari head to toe .. kita buat dengan ikhlas tak mengeluh pun sebab kita tahu itu tugas kita, tak berkira pun... yang penting kita ikhlas dan nawaitu... =)
nah benertuh .. apa lah gunanya menghina seseorang ... ia toh gx ada gunanya
ReplyDeletesabar je lah ngan manusia macam nie.. saya kerja di hospital juga.. tapi saya bukan medical team.. tapi kadang2 de jugak benarnya bila sorang doktor ckp pada saya.. "kenapa pesakit kadang2 susah nak berterima kasih dengan orang yg bertukus lumus nak bantu baik kan sakit orang.. kadang2 terpikir jugak kenapa diorang sakit tak baik2.. mungkin sbb doktor yang marawat tak redha merawat mereka".. wallahu'alam... ape2 pun.. tabahkan hati ye.. manusia sekarang perangai makin pelik.. huhuhu...
ReplyDeletemacam2 sekrang.. ritu, L ada tgk satu blog yg hina profesion perguruan.. haish. xda keje lain dah ke diorang nih.. ish3
ReplyDelete