Friday, September 27, 2013

Tolong fahami isteri anda




Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Wanita bekerja yang berkahwin memang banyak tanggungjawabnya. Selain menjadi isteri kepada suami, mereka tetap tiada pilihan untuk ‘lepas tangan’ melakukan kerja-kerja di rumah serta mendidik anak-anak. Malah peranannya lebih besar kerana harus memberi tumpuan dalam kedua-duanya. Merekalah isteri, merekalah ibu.

1. Fahami tugas isteri
Si suami jangan cepat melenting jika isteri lambat menyediakan makanan atau mengambil apa sahaja yang diminta. Jangan sesekali meletakkan tugas kepada isteri 100% , sebaliknya cubalah berfikiran baik melihat bebanan yang dilakukan isteri dengan hati terbuka. Bayangkan kadangkadang si isteri bergegas pulang ke rumah hanya untuk menyediakan makanan kepada anda dan anak-anak dengan masakan dari air tangannya.

2. Ringankan beban isteri
Ada ramai bapa yang menyangka bahawa tugas untuk menjaga, memandikan, menidurkan dan pelbagai layanan yang diperlukan oleh anak-anak adalah ibunya. Sebenarnya mereka silap, bagi yang memahami konsep perkahwinan, tugas dalam rumah tangga sebenarnya adalah tanggungjawab bersama. Jika si isteri penat, apa salahnya anda sebagai suami tolong meringankan beban. Sekali-skala berjaga malam tiada salahnya.

3. Jangan jemu pandang muka isteri
Ada lelaki yang menganggap isterinya tidak lagi berseri seperti mula-mula berkahwin dahulu.Isteri yang selesa berpakaian batik dan lusuh dipandangnya buruk berbanding pekerja wanita di tempat kerja sendiri.

Buat si isteri, sentiasalah menjaga penampilan dan berat badan supaya suami berasa gembira serta senang melihat diri anda yang sentiasa tampil menawan. Suami pula jangan mengambil kesempatan, tetapi bagilah dorongan.
4. Jangan terlalu memaksa isteri
Inilah masalah yang tidak difahami oleh kedua-dua pasangan. Suami lebih senang ‘ mengarah, meminta dan ‘mahu’, manakala si isteri pula ikut sahaja tanpa bantahan. Sebenarnya jika isteri letih, biarlah si dia berehat dahulu. Tugas dan bebanan yang dihadapi di tempat kerja membuatkan si isteri penat. Oleh kerana tidak mahu dianggap isteri derhaka, dia akan ikut sahaja. Percayalah dalam hatinya berasa sedih kerana hatinya berkata... ‘ Aku mahu rehat sekejap’..

5. Usah rasa tersisih
Suami berasa dirinya diabaikan oleh isteri kerana mereka asyik melayan anak – anak berbanding dirinya. Usah berasa tersisih, sebaliknya anda sebagai suami seharusnya berasa bersyukur kerana isteri anda berusaha untuk melakukan semua tugas tersebut dengan senang hati. Jangan sesekali mengambil kesempatan untuk ‘makan luar’, dengan alasan kurang kasih sayang isteri.

maskulin


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

2 comments:

  1. tiba2..terbayang, mcm mana la agaknya bila hana dah kawin dah ada anak.
    siapalah suami hana? cmna la nak jaga anak kecik. malam2 berjaga, esok keja..huhu

    ReplyDelete
  2. kalaau nak aman bahagia memang kena saling memahami dan bertolak ansur

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE