Thursday, September 26, 2013

Lupakan kecurangan pasangan



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Curang!! satu perkataan yang seakan-akan menghantui seluruh hidup korang?
sungguh,amat sukar untuk melupakan..korang mungkin masih bersama si dia tetapi tak boleh nak melupakan yang korang pernah dicurangi..

Jika korang terus mengingati pengkhianatan yang dilakukan korang akan terus hidup dalam kemarahan. Cubalah untuk melupakannya walau pun payah. Korang mungkin boleh mengalih ingatan itu dengan melakukan aktiviti baru untuk menyibukkan diri.

Fikirlah positif!! walaupun tak positif sangat,sekurang-kurangnya korang akan berjaya mengatasi rasa amarah..anggaplah ia satu cabaran,satu dugaan dalam bercinta ataupun berumahtangga..Pasti lepas ni aku akan menerima komen "memang senang nak cakap,buatnya susah!!".
yes!! memang kalau kita tak buat ia akan lagi susah..kan? at least mencuba..Boleh jadi pengkhianatan itu juga berpunca daripada korang sendiri. Bermuhasabahlah dan nilaikan apa yang berlaku. Ambil pengajaran di atas semua itu..

Elaklah dari mengingati apa yang telah dilakukan oleh pasangan korang..cari apa yang baik-baik sahaja dalam diri pasangan dan jangan sesekali mengungkit tentang perkara itu walaupun korang tengah berperang...

Selagi boleh bertahan,bertahanlah..ada orang yang sayangkan hubungan mereka bersebab..bagi yang dah berkahwin mungkin kerana anak-anak..Cara terbaik ialah dengan melupakan kecurangan tersebut even hati memang  "berdarah"!
Tapi bagi yang belum berkahwin dan dicurangi?? boleh jalanlah!!!


Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.
* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak ?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.
* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
* Suami : Ye lah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?
* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita ?
* Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita ?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita ?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.
* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya ?
* Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.
* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya ?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal ...
* Isteri : ????!!!!!
* Suami : ( Dalam hati ) Alamak kantoiii !! 



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

1 comment:

  1. Lebih baik jangan sesekali atau pun dua kali atau lebih curang.Jujur sentiasa :) baru harmoni perhubungan gitu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
no harsh words please...
Admin tidak akan bertanggungjawab dengan komen yang ditinggalkan.

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE